Thursday, May 7, 2009

Witir.

. Thursday, May 7, 2009


Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..
Asyhadualla ilaha iLlah..
Asyhadualla ilaha iLlah..
Asyhaduanna Muhammadur Rasulullah..
Asyhaduanna Muhammadur Rasulullah..

Ahhh…sayunya.. Kedengaran laungan seruan azan menunjukkan masuknya waktu solat. Waktu asar rupanya. Memang time ‘perdana’ ni..Tulah gelaran yang kami buat.

"Sapalah yg azan?"..Suara Mail tu.. Patutlah.. dia tu memang sedap suaranya. Ada lemak-lemak sikit. Kalau taranum pun dia pandai. Kira ala-ala P.Ramlee la juga.. Tapi rasanya suara Mail lagi sedap..

Time ‘perdana’ ni memang ‘liat’ sikit nk bangun. Hm..mana taknye, time budak2 Martah tidooo.. Bak kata orang jawa ala-ala melayu "Ye patut kok".

Saya bersiap-siap menuju Surau Martah, dekat je pun..cume tingkat bawah asrama je..

Kira sedar dalam sedar, atau kita sedar tidak sedar.. Rupenya dah ada kajian menunjukkan bahawa laungan azan ini akan sentiasa berterusan, saat demi saat, detik demi detik, mungkin hingga kiamat juga. Sama seperti orang bertawaf di Baitullah dan Sae’.
Sila klik di sini: http://www.youtube.com/watch?v=xs7WnOd-R0w

Tika kawasan Jahor Bahru ingin mengakhiri azannya, dalam masa yang sama mungkin daerah Benut sedang bermula. Manakala kawasan di daerah-daerah Melaka ingin memulakan azannya, ketika itu juga daerah Benut belum lagi mengakhiri azanya. Beritulah seterusnya dari Melaka ke Seremban, Nilai, Sepang, Tg. Sepat dan Kg. Kundang.. Eh, kenapa pulak Kg. Kundang? Mcm tk pernah dengar pun.. O.K la.. kita tukarlah namanya.. Apakata kita panggil je Kundang Village? Hehe.. ok gak tu..

Dalam Surau.
Terus saya melangkah masuk ke surau, sambil mata liar melihat-lihat luar tingkap surau. Hanya ada kehijauan pelepah-pelepah pokok kepala sawit je. Ada juga lalang-lalang yang meninggi sama tingginya dengan pagar. Kekadang tu ada juga orang yang sedang mengarit rumput, tak pun sedang ngepek benjen (kelapa sawit)..

Saya mengalihkan pandangan ke dalam surau pula.
“Solatlah witir, solatlah witir, solatlah witir, sesungguhnya Allah itu witir. Wahai ahli Quran, solatlah witir”.

Itulah salah satu hadith yang saya baca di poster Surau. Walau bagaimanapun, saya tak berapa ingat ayat sebenarnya. Tapi nanti di bawah, saya akan sertakan juga beberapa buah hadith yang berkaitan.

Tapi..
“Agak-agaknya kenapa ye Nabi kita bersabda begitu?”. “Nabi kita menggesa agar kita bersolat witir”. Saya mengira-ngira dalam fikiran. Mesti ada rahsia atau hikmahnya. Tapi yang pasti, ia adalah salah satu solat-solat sunat. Nampak macam senang je..Ala, cume satu rakaat je pun cukup.

Saya mencapai di rak buku..dan cuba membelek-belek kamus Mu’jam Wajiz kepunyaanku.. Kamus yang kubeli ketika pesta buku awal tahun ni..murah je..cume 5 geneh je.. kira lebih kurang RM3 je.. Mana tak murah, sebab beli di toko-toko Bikyak..(barang2 terpakai)..

Secara ringkasnya. Kalimah ( وَتـَـرَ ) bermaksud di antaranya; Bersendirian atau tunggal dalam bilangan. Mengurangi dalam hak dan hartanya. Sepertimana firman Allah swt dalam surah Muhammad, ayat ke; 35:
وَ لـَنْ يَتِـرَ أَعـْمَـالُكُمْ
“Dan Allah tidak sekali-kali mengurangi (pahala) amalan-amalan kamu”.

Kelebihan Solat Witir.
Sabda Nabi saw yang bermakud;

“Sesungguhnya Allah swt telah membekalkan buat kamu satu salat,
maka peliharalah ia, iaitu solat Witir”.

(Diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad)

‘Abdullah bin ‘Umar r.a berkata, ada seorang lelaki pernah bertanya Baginda saw tentang solat malam. Baginda saw menjawab, maksudnya;
“Solat malam itu 2 rakaat, 2 rakaat dan jika seseorang kamu bimbang masuknya waktu Subuh, maka hendaklah dia mengerjakan solat Witir satu rakaat (sebagai penutup bagi solat yang telah dikerjakan)”.
(Diriwayatkan oleh Bukhari, no: 995)

- Bilakah Waktu Mengerjakannya?
- Selepas solat fardhu Isyak hinggalah terbitnya fajar (masuk waktu Subuh).
Dari Ibn ‘Umar r.huma dari Nabi saw, Baginda saw bersabda bermaksud;
“Jadikahlah penghujung solat malammu dengan Witir”.
(Muttafiqub ‘alaih)
(Bukhari, no: 472 dan Muslin, no: 749)

- Berapakah Bilangan rakaatnya?
Paling banyak, 11 rakaat. Paling kurang, 1 rakaat sahaja.

- Apakah Kaedah Bacaannya?
Hendaklah selepas membaca surah al-Fatihah kita diajar agar membaca;
1- Rakaat pertama : Surah al-‘Ala.
2-Rakaat kedua : Surah al-Kafirun.
3- Rakaat ketiga : Surah al-Ikhlas.
(Diriwayatkan oleh an-Nasai).

Ada ketikanya Nabi saw membaca pada rakaat ketiga; surah al-Ikhlas dan Muawwizatain (Surah al-Falaq dan an-Nas).
(Diriwayatkan oleh an-Nasai)

- Petua Untuk para Hafiz.
Dari ‘Ali ra, beliau berkata: Solat Witir itu bukanlah suatu kewajipan seperti solat-solat wajib itu, akan tetapi Nabi saw telah menetapkannya dengan sabdanya yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah itu witir (tunggal), Dia menyukai yang witir. Maka solatlah Witir duhai ahli Quran”.
(Diriwayatkan oleh abu Daud, no: 1416, at-Tirmizi, no: 453 dan katanya kedudukan Hadith ini adalah Hasan iaitu dalam Musnad Ahmad, no: 1262). Ruj; Riwadus Solihin dalam bab: Galakan dalam Solat Witir dan Keterangan ianya merupakan Sunat Muakkad serta Keterangan Waktunya.

0 comments:

Post a Comment