Tuesday, June 2, 2009

Jantung Mula Berdegup. (Part-2,akhir)

. Tuesday, June 2, 2009

Peringkat 1; Benih Manusia (Sperma & Ovem).


Di dalam syarak bilamana percampuran antara sperma dan ovem ia dipanggil ( الأمشاج ).

Timbul pula persoalan di sini, siapakah yang mula-mula menceritakan kepada kita semua tentang semua ini? Dan siapakah yang telah memberitahu kepada manusia, bagaimanakah asal usul kejadian mereka sendiri?
Jawapannya, sudah mesti Dialah Allah yang menjadi sekalian makhluk-makhlukNya. Dialah jua menamakan peringkat ini dengan ( الأمشاج ). Sepertimana firmanNya dalam surah al-Insan, ayat; 2:

Bermaksud;
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan Melihat”.

Manakala para Mufassir telah menafsirkan ( الأمشاج النطفة ), bermaksud;
“Air mani (benih) yang bercampur iaitu yang bercampur antara air lelaki (sperma) dengan air wanita (ovem)”.

Proses Persenyawaan.
Proses ini berlaku dan berakhir pada akhir minggu ke-1 selepas persenyawaan (hanya seminggu sahaja). Selepas masuknya awal minggu ke-2, bermulalah peringkat baru iaitu ‘seketul darah beku’ ( علقة ) yang melekat dengan kukuhnya pada dinding rahim sang ibu.

Lihatlah bagaimana bertepatan kajian sains dengan firman Allah swt di dalam al-Quran, iaitu tempoh seminggu ini bertepatan dengan tempoh yang Allah swt tetapkan melalui;
- ( ثم ) berlaku pada peringakat;
  1. طين من سلالة .
  2. Dari ( نطفة ) ke ( علقة ). Iaitu kalimah ( ثم ) berfungsi sebagai ‘satu tempoh yang lama’.
Tidakkah ‘seminggu’ itu satu tempoh yang lama? Jadi, siapakah yang menetapkan tempoh ini? Adakah ia terjadi dengan sendirinya? Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu berperingkat-peringkat.

Peringkat 2; Seketul Darah.
‘Alaqoh, iaitu ‘Segumpal Darah’ juga dinamakan dengan ‘darah’ secara umumnya, dengan ‘darah yang sangat merah’ dan dengan ‘darah yang keras’.

Berdasarkan pentakrifan di atas, didapati ia memang bertepatan dengan keadaan janin ketika peringkat ini. Iaitu pada minggu ke-3.

Ia juga diertikan seumpama ‘lintah’. Gambar di bawah ini adalah; Gambaran 'lintah' (yang atas)











Tempoh.
Seawal minggu ke-2 hinggalah akhir minggu ke-3, peringkat ‘Alaqoh ini merupakan tempoh yang agak lama dan mengalami bentuk-bentuk yang pelbagai.

Peringkat 3; Segumpal Darah.

Apakah yang dimaksudkan dengan ( مضغة )?

Imam al-Alusi berkata; “Ia adalah sepotong (ketulan) daging sekadar yang dapat dikunyah….”.

Ini bertepatan dengan keadaan janin pada peringkat awal ini. Gumpalan darah ini mempunyai saiz yang dapat disimpul bermula sekecil biji gandum ke saiz biji kacang ‘ful’. Iaitu sekitar 3-5mm..

Kecilkan kita dulu? Itulah hakikat kejadian kita ketika dalam kandungan ibu. Betapa agungnya apa yang diciptakanNya, malah LEBIH agung lagi si pencinta itu.

Bersyukurlah.. kalau bukan dek kerana ibu yang mengandung, tak kan lahir kita di dunia…

Terbayangkah kita apalah perasaan seseorang yang bergelar ibu, mak, mama, umi, ummi, mum atau seumpamanya..bila si anak dengan mudah dan tanpa ada sedikit perasaan selayaknya sebagai anak, lantas pacul dimulutnya; “Lebih baik aku tak lahir kat dunia ni!! Dahlah hidup susah macam ni, macam-macam dah aku buat..”

“Woi orang tua, aku tak mengaku kau mak aku la, dulu kau besarkan kami pun dengan duit haramkan?!!”.. Tulah dialog yang saya ingat dari drama-drama kat Tv. Tak ingat pula tajuk drama tu..

Saya teringat lagi, dulu-dulu masa ‘agak-agak’ muda lagi.. kami adik beradik sama menonton Tv. Tiba-tiba mak meluahkan, dia cakap; “Cerita Tv tu bukan saja-saja je nak buat cerita macam tu.. tujuannya supaya kita amik iktibar..” Mungkin sebab tulah, sampai sekarang saya suka benar tengok drama-drama Makcik sorang ni. Sapa lagi kalau bukan Fauziah Nawi. Watak wajib si anak pula, sapa lagi kalau bukan Rosyam Noor. Lagi-lagi hidup di perantauan ni, mesti terkenang bondaku yang tercinta. Moga-moga dikau dirahmai di dunia dan di akhirat. Anakmu yang sedozen ini, memang tak setanding dengan pengorbanan yang telah dikau curahkan tanpa sedikit perasaan ungkit dan membeza-bezakan anak-anakmu.

...Kembali ke tajuk asal kita..pada peringkat ini iaitu dalam pada awal minggu ke-4, janin akan berbentuk-bentuk seperti terbentuknya kepala, dada dan perut. Begitu juga dengan organ-organ dalaman.

Pada peringkat inilah al-Quran telah menamakan sebagai peringkat ( مخلقة وغير مخلقة ). Sepertimana firmanNya dalam surah al-Haj, ayat; 5.

Imam Al-Alusi berkata dalam menafsirkan ( مخلقة وغير مخلقة );
“Sebagai keterangan pada keadaan ( مضغة ) itu (segumpal daging), yangmana awalnya ia berbentuk ketulan serta tidak terzahir bentuk-bentuk anggota badannya. Kemudian setelah beberapa ketika ia membentuk sikit demi sikit dengan jelas”.

Berdasarkan ayat di atas, ia menunjukkan proses ‘kejadian’ ( تخليق ) bermula dalam peringkat ini.. Dan…. Bermulalah degupan jantung itu untuk pertama-tama kalinya bagi setiap manusia. Subhanallah..

Tempoh.
Tempoh proses ‘kejadian’ ( تخليق ) ini bermula seawal minggu ke-4 atau dengan detailnya pada hari ke-22. Dan berakhir pada akhir minggu ke-6. selepas itu bermulalah peringkat baru iaitu peringkat ‘tulang yang dipakaikan (disaluti) dengan daging’.

Itulah yang dinamakan bila ‘Jantung Mula Berdegup’.

Wallahu Ta’ala ‘Alam..

1 comments:

mohd nazir said...

kalau ada tersalah..harap sudilah menegur..

Post a Comment