Thursday, December 17, 2009

Sms

. Thursday, December 17, 2009

Dialog Memberi Salam:

SMS 1; "Salam.."
SMS 2; "Askum.."
SMS 3; "Slm.."
SMS 4; "Salam Alaik.."
SMS 5; "Aslkm.."
SMS 6; "Assalamualaikum.."

Dialog Menjawab Salam:
SMS 1; "Wslm.."
SMS 2; "Wa'alaikumus Salam.."
SMS 3; "W/Slm.."
SMS 4;"Wlkm Slm.."

Mungkin sebahagian dari kita tak lari dari cara menaip SMS untuk memberi dan menjawab 'Salam'..

Dialog di atas hanyalah sebagai gambaran yang jelas bahawa sebahagian dari kita begitulah yang kita taip, semata-mata untuk senjimatkan ruang sms. Dah namanya pun 'Short Message Service'. Mestilah nak 'short-short'...

SALAM ( سـلام ).
Jika diintai dalam Kamus Dewan edisi ke4, 'Salam' memberi maksud;
  1. Sejahtera, damai dan Pemberian hormat.
  2. Sejenis tumbuhan, jiwat dan Eugenia cumini.
  3. Salmon (Indonesia).
Dari segi bahasa Arab ( السَّـلام )bermaksud;
  1. ( التّحـيّة ) "Salam penghormatan di kalangan orang Muslimin".
  2. ( الأمـان ) "Aman".
  3. ( الصُـلْحُ ) "Perdamaian".
Manakala jika dikatakan; ( دار السَـلام ), ia bermaksud; " Syurga". (Mu'jam Wajiz)

Secara tuntasnya, perkataan 'Salam' itu sendiri dalam segi maknanya pun sudah menunjukkan suatu perkara baik. Kerana itu juga perkataan 'ISLAM' berasal dari perkataan 'SALAM'.
Justeru, makna memberi salam kepada saudara kita adalah merupakan suatu ucapan atau doa kesejahteraan kepadanya. Sepertimana yang diriwayatkan dari Soheh Bukhari dan Muslim, dari 'Abdullah bin 'Amru bin al-'Ash r.a bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.;
"Manakah Islam yang lebih baik?". Jawab Baginda s.a.w; "Kau memberi (menjamu) makan dan memebri Salam kepada yang kau kenal mahupun yang tidak kenal".

Jika kita hanya menaip 'Salam' dlm sms kita, ia hanya bermakna 'Sejahtera' sahaja. Manakala 'Askum' dan seumpamanya, mungkin tidak memberi apa-apa maksud. Ini hanya pertimbangan peribadi saya sahaja. Begitu juga cara memjawab 'Salam'. Oleh itu marilah sama-sama kita menyucapkan salam kesejahteraan kepada saudara kita dengan ucapan yang jelas. Mungkin jika hendak ringkas pun, pastinya ianya dapat dibunyikan dengan betul.

CARA MEMBERI SALAM.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa', ayat; 86, bermaksud:
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi Salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya.."

Ucapan; ( السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ) dan jawabnya; ( وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ), iaitu hanya dengan menambah huruf ( و ). Inipun sudah memadai dan dikira sebagai membalas 'Salam' yang lebih baik seperti yang dianjurkan dalam ayat di atas.

Seterusnya Ulama' Syafieyah berkata, jika yang memberi salam itu berkata; "Assalamualaikum". Juga dikira 'Salam'. Jika dengan; "Assalamualaik atau Salam Alaik", tetap dianggap 'Salam'. Maka jawablah dengan; "Wa Alaikas Salam atau Wa Alaikumus Salam". Jika hanya menjawab dengan; "Alaikumus Salam", iaitu tanpa dimulai dengan "Wa", boleh juga dan memadai. Inilah pendapat mazhab yang soheh, yang masyhur yangmana telah dinaskan oleh Imam as-Syafie dalam kitab al-Um.

Untuk lebih maklumat, sila klik di sini.

Rujukan;
- Al-Mu'jam al-Wajiz, Jumhuriyah Misr al-'Arabiyah.
- Kamus Dewan, edisi ke-4.
- Al-Azkar, Imam an-Nawawi rahimahullahu 'alaih.

0 comments:

Post a Comment