Friday, January 15, 2010

Tarikh Keramat.. Khatam al-Quran.

. Friday, January 15, 2010

Bermula dengan nama Markaz Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Selangor (MARTAH) mula beroperasi pada awal tahun 1990 di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam.

April 1990.
MARTAH telah menempa sejarah di mana MARTAH Lil Banat mula ditubuhkan di Kampung Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam dan ditadbir secara berasingan. Kemudian dari Masjid Negeri, MARTAH berpindah ke Istana Sultan Alaeddin, Bandar, Jugra pada 2 Jun 1997.

Tarikh 23 April 2002.
Rasmilah MARTAH dengan pertukaran nama ke Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Sultan Alaeddin, Bandar (MATISDAR). Perasmian yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Syarifuddin Idris shah Ibni al-Marhum Sultan Salahuddin 'Abdul Aziz Shah Al Haj.

MATISDAR kemudiannya telah diisytiharkan sebagai sebuah institut pengajian tinggi setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang lain. Penisytiharan ini sekaligus telah menukar sistem pengajian penggal kepada sistem semester secara rasminya.

Nilah Gambar Asal Istana Sultan Alaeddin.. Bile dh cantik, barulah Maya Karin dtg nk belakon.."Pulangkan!!"..Anda pernah tengok cerita tu??

-Kita sambung blk cerita tadi..
Atas intensif pihak pentadbiran, akhirnya pada 25 Disember 2002, pelajar banat dan banin digabungkan di bawah satu pentadbiran MATISDAR sebagai satu langkah untuk memudahkan pengurusan pihak JAIS. Penggabungan ini telah memberi kesan yang positif dalam usaha menyemai budaya ilmu di kalangan pelajar. (sumber; Tentatif Majlis Khatam al-Quran. Tak tahu la sapa yg kumpul maklumat ni)..

De mcm bdk pondok tak??

Kami merupakan generasi ke-9 Martah, asal ada 30 org, tapi tahun demi tahun, bilangan kami mulai berkurang. Ada yg berhijrah ke sekolah lain dan mcm2 lg.. Tinggallah 9 org yg sempat khatam di Martah.. Tapi Alhamdulillah, hingga kini hubungan kami tetap utuh walaupun masing2 berjauhan dan berkerjaya..

Dan kini, MARTAH tlh ditukar kpd MITIB. Tempat sama, cuma nama dan pengambilan pljr baru je yg lain, bermula dr form1.

..(Teman2 seangkatan)..
  1. Hafiz =21/6/2002. Jumaat.
  2. Izzudin =30/12/2002.
  3. Edry =8/1/2003. Rabu.
  4. Redwan =10/1/2203. Jumaat.
  5. Syafawi =13/1/2003. Isnin.
  6. Nazir =14/1/2003. Selasa.
  7. Khalid =17/1/2003. Jumaat.
  8. Firdaus =23/1/2003. Khamis.
  9. Syukri =25/6/2003. Rabu.
Terima Kasih kepada guru2 kami, Baarakallahulakum..



Dari Istana ke Bangunan Rasmi..

3 comments:

Unknown said...

Dari tintataghyir. Moga maahad-maahad tahfiz di negara terus subur dan dapat melahirkan generasi yang lebih baik dari sebelumnya.
Cadangan ana pada akh, cuba guna pulgin http://comluv.com/ Ia akan meransang pengunjung yang mempunyai blog untuk memberikan komen. Cuba lihat blog saya ada link artikel anta yang terbaru di bawah komen anta. Ana pun baru sahaja pakai tu.Kenapa komen pakai id link tak boleh? Jadi ana komen pakai id Google jelah.

Ibnu Fawwaz said...

salam wak.. tak sangka ko kuarkan balik gambo lame... heheh. bestla ko wak.

mohd nazir said...

syuk..apsal ko punye tk de tampat nk komen2..nk borak2 tk blh...huk3..

Post a Comment