Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Ed Fitri

. Saturday, August 27, 2011


(pemilihan gambar tema kali ini menginatkan kampung halaman, rindu juga..)

Setelah sekian lama tidak berramadhan dan berhari raya di perantauan, rasa seperti pelajar baru yang baru sampai di bumi Ambiya' ini. padahal sudah bertahun-tahun di tempat orang ini.

Alhamdulillah, Eid kali ini bersama insan ketiga putra sulung kami, Muhammad Ramadhan bin Mohd Nazir. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal tahun ini diberi keberkatan olehNya dan lebih membahagiakan hati-hati ini dengan hadirnya zuriat pewaris kami.

Menyingkap maksud Eid itu sendiri, (العَيْدُ) merupakan kalimah Arab, yang merupakan pecahan dari (العَوْد), iaitu "Kembali". Ini kerana ia sentiasa berulang-ulang setiap tahun. Atau kerana 'kembalinya keseronokan' bila mana kembalinya raya itu.


BILAKAH SOLAT EID MULA DISYARI'ATKAN?

Solat Eia Fitri dan Eid Adha mula disyariatkan atau diwartakan pada tahun ke-2 Hijrah. Manakala yang mula-mula Nabi saw bersolat ialah Solat Eid Fitri, iaitu pada tahun yang sama juga.


ASAL USUL PENSYARIATANNYA.

Ini berdasarkan firman Allah swt yang ditujukan kepada Nabi kita Muhammad saw. Sepertimana termaktub dalam al-Quran, melalui ayat ke-2, surah al-Kauthar, yang maksudnya;

"Oleh itu, kerjakanlah Solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"

Berdasarkan maksud 'SOLAT' dalam ayat tadi, para Ulama' mengatakan;

"Maksud Solat di sini ialah SOLAT EIDUL ADHA"


Bersempena bulan Ramadhan Karim ini, dikesempatan yang amat berharga ini, saya ingin mengucapkan Selamat Beribadat dan Selamat Menyambut Eidul Fitri kepada para pembaca dan para pemblog yang dihormati. Mudah-mudahan 'Perayaan' ini tidak kita cemari dengan unsur-unsur negatif, dari dosa nista. Kerana 'Raya' kita adalah ibadah, dan setiap ibadah adalah pahala. Hanya niat sahaja lah yang membezakan antara IBADAT dan ADAT.


ADAT???

Ye, adat!! Kerana tanpa berniat, sedekah yang kita hulurkan hanyalah semata-mata pemberian kita untuk si penerima. Niatlah kerana mencari keradhaan Allah swt. Kerana tanpa niat juga 'Perayaan' yang akan kita sambut kelak hanya menjadi perkara adat atau kebiasaan yang akan disambut tiap-tiap tahun sahaja. Tanpa ada nilai pahala di sisinya.Oleh itu, niatlah. Kerana 'Perayaan' ini dituntut dalam agama.
Akhirnya, semoga Ramadhan pada tahun ini, adalah Ramadhan yang terbaik dari Allah untuk hamba-hambaNya. Mudah-mudahan juga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang amat berharga dengan kelahiran baru kami, Muhammad Ramadhan, amin..

Salam Ramadhan dan Salam Eidul Fitri...
Maaf Zahir Batin yang Kami Pinta...

Tanta - Egypt | 28 Ramadhan

0 comments:

Post a Comment