Sunday, May 13, 2012

Allah memuji Nabi Daud: Rool Model Muslim

. Sunday, May 13, 2012
0 comments



Al-Quran tidak banyak menyebut kisah nabi Yahya. Walau bagaimana pun secara jelas Allah telah memberitahu bahawa baginda merupakan anak nabi Zakaria. Bahkan nama Yahya juga diberi oleh Allah swt, yang tidak pernah wujuh nama seperti itu. Ini sungguh membuktikan satu kemuliaan kepada baginda serta ayahnya, nabi Zakaria. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi;

Bermaksud; “(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): "Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama denganNya”[1].
               
Baginda disifatkan sebagai; yang diberkati, dijadikan mukmin yang beriman dengan kitab suci al-Quran. Baginda juga akan menjadi pemimpin (سَيِّدًا) kepada kaumnya serta dijauhkan daripada segala perkara maksiat.[2] Inilah janji Allah dan pilihanNya kepada hamba-hamba yang saleh. Bahkan kelahiran baginda merupakan suatu bentuk mukjizat kepada yahnya nabi Zakaria.

            Selain itu, al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang beriman dengan kalimah dari Allah’(مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللهِ). Maksud ’kalimah’ di sini ialah;

  1. Kalimah yang datangnya dari Allah, iaitu ’Kitab Taurat’.  
  2. ’Isa ibn Maryam, iaiti berdasarkan ayat ke 45 surah Ali ’Imran.
Al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang menahan diri dari berkahwin’ (حَصُورًا). Kalimah ini hanya terdapat dalam surah Ali ’Imran dan dikhaskan untuk kisah nabi Yahya sahaja. Maksud ’menahan diri’ di sini ialah menahan diri dari pengaruh hawa nafsu, menjauhkan diri dari berbuat kemungkaran dan kehendak syahwat.[3] Seterusnya baginda disifatkan sebagai ’seorang nabi dari orang yang saleh’ (نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ).[4] Menurut as-Sabuni, ketika nabi Yahya diangkat menjadi nabi baginda berusia 30 tahun.[5]

Walaupun umat Islam hari tidak pernah jumpa dengan mana-mana nabi dan rasul, tetapi mereka tetap boleh mengenali semua utusan Allah itu berdasarkan nama-nama dan sifat-sifat mereka yang disebut di dalam al-Quran dan hadith. Untuk itu Allah swt bermaksud;
ç
Bermaksud; ” ... Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.[6]

            Bahkan menurut Abu Bakar al-Asy’ari, nabi Yahya terkenal dengan kebijaksanaan dan amat mendalam ilmu pengetahuannya dalam syariat nabi Musa serta selalu memberi fatwa bila ada orang yang bertanyakan soalan.[7]




[1] Surah Maryam, (19: 7).
[2] Dr Afif Abdul Fathah, hlm. 715.
[3] Kemuliaan Para Nabi, Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm. 677.
[4] Solah Khalidi, hlm. 4: 143-145.
[5] Kemuliaan Para Nabi, Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm.677.
[6] Surah Ali ‘Imran, (3: 39).
[7] Sejarah Anbiya’, hlm. 3: 76.

Read More »»

Wednesday, May 2, 2012

Kelebihan Membaca al-Quran

. Wednesday, May 2, 2012
0 comments


Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.

Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).



Berada dalam rahmat ALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)."
(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


selamat membaca al-Quran

Read More »»

Saturday, December 3, 2011

Jualan al-Quran Terjemahan dan Tajwid

. Saturday, December 3, 2011
0 comments

















untuk tempahan dan belian, sila klik di sini

Read More »»

Monday, November 14, 2011

Tohmahan Terhadap Nabi: Ahli Sihir, Penyair, Gila

. Monday, November 14, 2011
1 comments

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

TOHMAHAN NISTA TERHADAP NABI S.A.W.

Al-Quran diturunkan dengan penuh seni bahasa dan balaghah arabiyah, kepada umat yang ketika itu mahir malah pakar dalam selok besok bahasa. Para penyair yang hebat-hebat, masing-masing berlumba-lumba membuktikan syair mereka adalah yang terbaik.

Tetapi sungguh hairan, al-Quran yang penuh dengan keunikan bahasa, kefasihan pentuturannya, dan ketinggian bahasanya itu, rupa-rupanya diturunkan kepada seorang manusia yang buta huruf, yang tidak reti membaca malah tidak tahu mengeja!!

Maka turunkan al-Quran sebagai mencabar kewibawaan mereka dalam apa jua lapangan. Semata-mata untuk membuktikan bahasa Nabi kita Muhammad s.a.w benar-benar seorang Rasul yang diutuskan oleh Tuhannya. Baginda tidak melainkan hanya menyampaikan apa yang diutuskan dan apa yang diarahkan oleh Tuhannya ‘Azza wa Jalla.

Dek kerana kedegilan dan keangkuhan mereka, dengan mudah mereka melontarkan kata-kata, Muhammad ini hanyalah seorang SIHIR!

Bagaikan orang sudah kehabisan idea.

Sebagai menjawab, mudah sahaja sebagaimana yang dikatakan oleh Syekh Mutawalli Sya’rawi dalam kitabnya; “Mu’jizat al-Quran”.

1- Kita katakana, adakah orang yang disihir itu mempunyai kebebasan memilih jika berhadapan dengan sihir? Tentu sekali tidak. Kalau Muhammad s.a.w itu seorang ahli sihir yang telah menyhir atau menguasai orang ramai dengan sihirnya, maka kenapakah Baginda tidak menguasai MEREKA KESEMUAnya dengan kehebatan sihirnya itu?

2- Berdasarkan orang-orang yang berada dalam pengaruh sihir, mereka tidak mempunyai leluasa kebebasan memilih. Mereka tidak mampu mengatakan bahawa sihir itu benar atau palsu. Maka kita katakan kepada mereka lagi, kamu sendiri yang mengatakan Muhammad s.a.w sebagai ahli sihir sedangkan kamu tidak beriman dengannya adalah menjadi bukti yang jelas tentang kedustaan kamu sendiri. Seolah-olah kamu tidak terkena sihirnya yang memukau itu.

Musyrik Mekah menghujum lagi, katanya Nabi kita seorang PENYAIR.

Sekali lagi menampakkan kehabisan idea semata-mata keegoan mereka terhadap bukti-bukti nyata di hadapan mata mereka sendiri. Bagaikan mahu menegakkan benang yang sememangnya basah.

Mereka sendiri akui dan mengatahui bahawa nabi s.a.w tidak pernah mencipta sebarang puisi dalam hidupnya. Tapi mengapa mereka tiba-tiba menuduh Baginda dengan sedemikian rupa.

Muhammad seorang GILA?!

Sungguh ajaib bukan. Manusia yang dahulunya mereka sendiri memanggil dengan al-Amin (yang dipercayai), kini mereka katakan seorang MAJNUN ‘gila’!

Adakah manusia yang sebaik-baik akhlak itu, yang mulia malah dihormati oleh mereka sebelum ini, rupa-rupanya seorang gila? Kita katakan lagi, jika benarlah Baginda seorang yang gila, pasti orang gila itu akan mencaci maki kamu semua. Atau pun akan melontar batu-batu terhadap kamu. Apakah orang gila mempunyai akhlak yang mulia? Berpakaian baik? Berbudi bahasa?

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (٦)خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (٧)وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Walluhu Ta’ala ‘Alam..

Read More »»

Wednesday, October 19, 2011

Teringat Mesir

. Wednesday, October 19, 2011
2 comments








Read More »»

Monday, October 3, 2011

KISAH HUZAIFAH AL-YAMANI.

. Monday, October 3, 2011
0 comments

Tentara Sekutu Mulai Goyah

Kemudian pada malam musim dingin yg berat itu Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan kepada kaum musyrikin ‘tentara’ berupa angin kencang yg menerbangkan tenda-tenda serta memorakporandakan peralatan dan bekal mereka. Akhir mereka tdk lagi dapat bertahan lama di sana. Sementara tentara Allah Subhanahu wa Ta’ala dari kalangan malaikat menggoncang bumi yg mereka pijak dan melemparkan rasa takut ke dlm hati mereka.

Al-Imam Ahmad rahimahullahu meriwayatkan dlm Musnad- dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ رَجُلٌ يَقُوْمُ فَيَنْظُرَ لَنَا مَا فَعَلَ الْقَوْمُ يَشْتَرِطُ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ يَرْجِعُ أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّةَ. فَمَا قَامَ رَجُلٌ، ثُمَّ صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَوِيًّا مِنْ اللَّيْلِ، ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَيْنَا فَقَالَ: مَنْ رَجُلٌ يَقُوْمُ فَيَنْظُرَ لَنَا مَا فَعَلَ الْقَوْمُ ثُمَّ يَرْجِعُ؟ يَشْرِطُ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجْعَةَ: أَسْأَلُ اللهَ أَنْ يَكُوْنَ رَفِيْقِي فِي الْجَنَّةِ. فَمَا قَامَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ مَعَ شِدَّةِ الْخَوْفِ وَشِدَّةِ الْجُوْعِ وَشِدَّةِ الْبَرْدِ، فَلَمَّا لَمْ يَقُمْ أَحَدٌ دَعَانِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُنْ لِي بُدٌّ مِنْ الْقِيَامِ حِيْنَ دَعَانِي فَقَالَ: يَا حُذَيْفَةُ، فَاذْهَبْ فَادْخُلْ فِي الْقَوْمِ فَانْظُرْ مَا يَفْعَلُوْنَ وَلاَ تُحْدِثَنَّ شَيْئًا حَتَّى تَأْتِيَنَا. قَالَ: فَذَهَبْتُ فَدَخَلْتُ فِي الْقَوْمِ وَالرِّيْحُ وَجُنُوْدُ اللهِ تَفْعَلُ مَا تَفْعَلُ لاَ تَقِرُّ لَهُمْ قِدْرٌ وَلاَ نَارٌ وَلاَ بِنَاءٌ،

فَقَامَ أَبُوْ سُفْيَانَ بْنُ حَرْبٍ فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ، لِيَنْظُرِ امْرُؤٌ مَنْ جَلِيْسُهُ. فَقَالَ حُذَيْفَةُ: فَأَخَذْتُ بِيَدِ الرَّجُلِ الَّذِي إِلَى جَنْبِي فَقُلْتُ: مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ: أَنَا فُلاَنُ بْنُ فُلاَنٍ. ثُمَّ قَالَ أَبُوْ سُفْيَانَ: يَا مَعْشَرَ قُرَيْشٍ إِنَّكُمْ وَاللهِ مَا أَصْبَحْتُمْ بِدَارِ مُقَامٍ، لَقَدْ هَلَكَ الْكُرَاعُ وَأَخْلَفَتْنَا بَنُوْ قُرَيْظَةَ، بَلَغَنَا مِنْهُمُ الَّذِي نَكْرَهُ وَلَقِينَا مِنْ هَذِهِ الرِّيْحِ مَا تَرَوْنَ، وَاللهِ مَا تَطْمَئِنُّ لَنَا قِدْرٌ وَلاَ تَقُوْمُ لَنَا نَارٌ وَلاَ يَسْتَمْسِكُ لَنَا بِنَاءٌ فَارْتَحِلُوا فَإِنِّي مُرْتَحِلٌ. ثُمَّ قَامَ إِلَى جَمَلِهِ وَهُوَ مَعْقُوْلٌ فَجَلَسَ عَلَيْهِ ثُمَّ ضَرَبَهُ فَوَثَبَ عَلَى ثَلاَثٍ، فَمَا أَطْلَقَ عِقَالَهُ إِلاَّ وَهُوَ قَائِمٌ وَلَوْلاَ عَهْدُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تُحْدِثْ شَيْئًا حَتَّى تَأْتِيَنِي؛ وَلَوْ شِئْتُ لَقَتَلْتُهُ بِسَهْمٍ. قَالَ حُذَيْفَةُ: ثُمَّ رَجَعْتُ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي مِرْطٍ لِبَعْضِ نِسَائِهِ مُرَحَّلٍ فَلَمَّا رَآنِي أَدْخَلَنِي إِلَى رَحْلِهِ وَطَرَحَ عَلَيَّ طَرَفَ الْمِرْطِ ثُمَّ رَكَعَ وَسَجَدَ وَإِنَّهُ لَفِيْهِ فَلَمَّا سَلَّمَ أَخْبَرْتُهُ الْخَبَرَ. وَسَمِعَتْ غَطَفَانُ بِمَا فَعَلَتْ قُرَيْشٌ وَانْشَمَرُوا إِلَى بِلاَدِهِمْ
‘Siapa yg mau mencari berita apa yg dilakukan mereka?’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mensyaratkan bahwa dia harus kembali niscaya Allah masukkan dia ke dlm surga. Namun tdk ada seorangpun yg berdiri. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat malam itu lalu menoleh kepada kami: ‘Siapa yg mau mencari berita apa yg dilakukan mereka kemudian kembali?’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mensyaratkan dia harus kembali ‘Saya mohon kepada Allah agar diamenjadi temanku di dlm surga’ (1).

Namun tdk ada juga yg bangkit berdiri krn takut dan berat rasa lapar serta dingin yg menusuk tulang. Ketika tdk juga ada yg bangkit Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memanggilku. Tidak ada alasan bagiku utk tdk berdiri ketika beliau memanggilku. Kata beliau: ‘Hai Hudzaifah pergilah menyusup ke tengah-tengah mereka dan lihat apa yg mereka lakukan. Jangan melakukan tindakan apapun hingga engkau menemuiku.’

Akupun mulai menyusup ke tengah-tengah mereka sementara angin dan tentara Allah Subhanahu wa Ta’ala berbuat apa yg dia lakukan sehingga periuk mereka berantakan. Demikian pula api dan tenda-tenda mereka. Abu Sufyan bin Harb berkata: ‘Wahai kaum Quraisy hendak tiap orang dari kalian melihat siapa teman duduk di sebelahnya.’
Hudzaifah pun berkata: ‘Akupun segera mencekal tangan orang di sebelahku dan berkata: ‘Siapa engkau?’ Dia berkata: ‘Saya Fulan bin Fulan.’

Kemudian Abu Sufyan berkata: ‘Wahai sekggalian Quraisy sesungguh kaliandemi Allah tdk berada di tempat yg tetap. Perbekalan sudah hancur dan Bani Quraizhah telah mengingkari kita. Sudah sampai kepada kita beritayg tdk kita sukai. Dan kitapun sudah mendapati dari angin kencang ini apa yg kalian lihat. Demi Allah periuk tdk lagi pada tempat api juga padam dan tenda-tenda kita roboh mk berangkat lah kalian krn sesungguh aku akan berangkat.’

Setelah itu dia beranjak ke arah tunggangan yg terikat dan duduk di atasnya. Setelah itu dia memukul dan melompat tiga kali tidaklah dia melepaskan tali penambat melainkan dia sudah berdiri. Kalau bukan janji Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar ‘Jangan berbuat sesuatu sampai menemuiku’ kalau aku mau pasti aku panah dia sampai mati.’

Kata Hudzaifah pula: ‘Kemudian aku kembali menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yg sedang shalat di kain selimut bergaris milik salah seorang istrinya. Ketika beliau melihatku beliau memasukkan aku ke dlm kemah dan melemparkan ujung selimut itu kemudian rukuk dan sujud sementara beliau di dalamnya. Setelah selesai salam aku pun menceritakan hasil kepada beliau.
orang2 Ghathafan yg juga mendengar tindakan Quraisy segera bersiap kembali ke kampung halaman mereka.”

Akhir Allah Subhanahu wa Ta’ala menghalau musuh-musuh-Nya dlm keadaan penuh kejengkelan. Mereka tdk memperoleh keuntungan apapun. Allah Subhanahu wa Ta’ala menghindarkan kaum mukminin dari peperangan. Dia menepati janji-Nya memuliakan tentara-Nya menolong hamba-Nya dan menghancurkan pasukan sekutu sendirian. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat kembali ke Madinah serta meletakkan senjata mereka. Surah al-Ahzab, ayat; 25.

Namun Jibril ‘alaihissalam menemui beliau yg sedang mandi di rumah Ummu Salamah dan berkata: “Engkau sudah meletakkan senjatamu? Sesungguh para malaikat belum meletakkan senjata mereka. Majulah menyerang mereka ini yakni Bani Quraizhah. mk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berseru:
مَنْ كَانَ سَامِعًا مُطِيْعًا، فَلاَ يُصَلِّيَنَّ الْعَصْرَ إِلاَّ بِبَنِي قُرَيْظَةَ
“Siapa yg mendengar dan taat mk janganlah dia shalat ‘Ashar kecuali di perkampungan Bani Quraizhah.”


Maka berangkatlah kaum muslimin secepat sedangkan persoalan Bani Quraizhah adl sebagaimana telah disinggung sebelumnya.
Dalam perang Khandaq ini yg gugur sebagai syuhada dari kalangan kaum muslimin sekitar sepuluh orang.

Sumber: www.asysyariah.com

Read More »»

Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Ed Fitri

. Saturday, August 27, 2011
0 comments


(pemilihan gambar tema kali ini menginatkan kampung halaman, rindu juga..)

Setelah sekian lama tidak berramadhan dan berhari raya di perantauan, rasa seperti pelajar baru yang baru sampai di bumi Ambiya' ini. padahal sudah bertahun-tahun di tempat orang ini.

Alhamdulillah, Eid kali ini bersama insan ketiga putra sulung kami, Muhammad Ramadhan bin Mohd Nazir. Mudah-mudahan Ramadhan dan Syawal tahun ini diberi keberkatan olehNya dan lebih membahagiakan hati-hati ini dengan hadirnya zuriat pewaris kami.

Menyingkap maksud Eid itu sendiri, (العَيْدُ) merupakan kalimah Arab, yang merupakan pecahan dari (العَوْد), iaitu "Kembali". Ini kerana ia sentiasa berulang-ulang setiap tahun. Atau kerana 'kembalinya keseronokan' bila mana kembalinya raya itu.


BILAKAH SOLAT EID MULA DISYARI'ATKAN?

Solat Eia Fitri dan Eid Adha mula disyariatkan atau diwartakan pada tahun ke-2 Hijrah. Manakala yang mula-mula Nabi saw bersolat ialah Solat Eid Fitri, iaitu pada tahun yang sama juga.


ASAL USUL PENSYARIATANNYA.

Ini berdasarkan firman Allah swt yang ditujukan kepada Nabi kita Muhammad saw. Sepertimana termaktub dalam al-Quran, melalui ayat ke-2, surah al-Kauthar, yang maksudnya;

"Oleh itu, kerjakanlah Solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)"

Berdasarkan maksud 'SOLAT' dalam ayat tadi, para Ulama' mengatakan;

"Maksud Solat di sini ialah SOLAT EIDUL ADHA"


Bersempena bulan Ramadhan Karim ini, dikesempatan yang amat berharga ini, saya ingin mengucapkan Selamat Beribadat dan Selamat Menyambut Eidul Fitri kepada para pembaca dan para pemblog yang dihormati. Mudah-mudahan 'Perayaan' ini tidak kita cemari dengan unsur-unsur negatif, dari dosa nista. Kerana 'Raya' kita adalah ibadah, dan setiap ibadah adalah pahala. Hanya niat sahaja lah yang membezakan antara IBADAT dan ADAT.


ADAT???

Ye, adat!! Kerana tanpa berniat, sedekah yang kita hulurkan hanyalah semata-mata pemberian kita untuk si penerima. Niatlah kerana mencari keradhaan Allah swt. Kerana tanpa niat juga 'Perayaan' yang akan kita sambut kelak hanya menjadi perkara adat atau kebiasaan yang akan disambut tiap-tiap tahun sahaja. Tanpa ada nilai pahala di sisinya.Oleh itu, niatlah. Kerana 'Perayaan' ini dituntut dalam agama.
Akhirnya, semoga Ramadhan pada tahun ini, adalah Ramadhan yang terbaik dari Allah untuk hamba-hambaNya. Mudah-mudahan juga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang amat berharga dengan kelahiran baru kami, Muhammad Ramadhan, amin..

Salam Ramadhan dan Salam Eidul Fitri...
Maaf Zahir Batin yang Kami Pinta...

Tanta - Egypt | 28 Ramadhan

Read More »»