Showing posts with label Ayat Mutasyabihat. Show all posts
Showing posts with label Ayat Mutasyabihat. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Keutamaan 'Harta' berbanding Anak-anak.

. Tuesday, May 3, 2011
0 comments


Bagi mereka yang sering membaca al-Quran, atau bagi mereka yang memperhatikan serta menghayati makna-makna kalam Allah, kekadang kita akan dapati sesuatu kisah itu berulang-ulang. Tidak hanya dalam satu surah, malah terdapat dalam beberapa surah dalam sesebuah kisah. Sebagai contoh ialah kisah Nabi Allah Musa a.s. terlalu banyak ayat yang benceritakan tentang kisah Baginda a.s.


Walaupun begitu, ‘pengulangan’ sesuatu kisah dalam al-Quran sudah semestinya mempunyai tujuan dan sebabnya yang tersendiri. Antaranya;

  1. Supaya kita sentiasa mengambil pengajaran dan ambil berat serta sebagai peringatan tentang kisah-kisah umat terdahulu. Dan seterusnya berdoa mudah-mudahan kita dilindungi.
  2. ‘Pengulangannya’ dalam beberapa surah dikira sebagai pelengkap cerita, iaitu kekadang dalam surah ini didatangkan dengan ayat pendik. Dalam surah yang lain pula dengan ayat yang panjang. Jadi ia saling lengkap melengkapi dan saling membantu dalam menyampaikan kesempurnaan sesebuah kisah.
  3. Ajaibnya, dalam tempoh selama 23 tahun itu (semenjak kenabian), iaitu dalam tempoh yang lama itu, tidak ada pun kisah-kisah yang bertentangan. Jika benarlah al-Quran ini dari diri Muhammad, nescaya banyaklah pertembungan demi pertembungan yang terzahir. Ini tidak lain kerana al-Quran ialah kitab Wahyu dari Allah swt. Dialah Yang Maha Mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menandingiNya. kerana Dialah Tuhan yang menjadi semua benda.

Dalam pada itu juga, terdapat beberapa kalimah al-Quran yang di ‘Ta’khir dan Taqdim’ kan. Kekadang kita dapati dalam surah ini sesebuah kalimah diakhirkan, dalam surah itu pula diawalkan. Seperti pada kalimah (أمْوَالِكُمْ) dan (أنْفُسِكُم).


Jika salah satu diawalkan, pasti ada sebabnya mengapa Allah swt sengaja mengawalkan. Begitu juga sebaliknya.


Di sini kita ambil satu contoh dari firman-firmanNya, dalam surah al-Anfal, ayat ke-28:

(#þqßJn=÷æ$#ur !$yJ¯Rr& öNà6ä9ºuqøBr& öNä.ß»s9÷rr&ur ×puZ÷GÏù žcr&ur ©!$# ÿ¼çnyYÏã íô_r& ÒOŠÏàtã ÇËÑÈ


Bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.


Imam al-Alusi berkata dalam tafsirnya ‘Ruhul Ma’ani’, dalam memberi sebab mengapa ‘harta’ didahului daripada ‘anak-anak’;

“Oleh kerana fitnah pada harta itu lebih banyak berbanding fitnah anak, maka (أمْوَالِكُمْ) iaitu harta didahului..” (M/s; J5/ 255).


Lafaz (أمْوَالِ) adalah lafaz Jama’ (kata berbilang), Mafradnya (kata tunggal) ialah (مَالٌ), yang bererti apa yang dimiliki daripada segala barangan. Menurut Arab Badawi, ia mencakupi haiwan ternak seperti unta dan lambing. Dalam Kamus Mu’jam Wasit dijelaskan, ia yang dimiliki oleh induvidu atau kumpulan berupa harta benda, perniagaan, wang atau harta benda yang tidak bergerak seperti perabot rumah, tanah rumah dan sebagainya.


Di dalam al-Quran kita akan dapati ia disebut sebanyak 61 kali, bermula dari surah al-Baqarah (ayat;155) hingga surah Nuh (ayat;12) (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 51).


Wallahu 'Alam..

Read More »»

Monday, March 14, 2011

Mengetahui nama-nama Jin di dalam al-Quran

. Monday, March 14, 2011
1 comments



BAHAGIAN 2: ( جِنّ ـ جِـنّة ـ جَانّ )


Ta’rif;

Raghib al-Asfahani berkata lafaz (الجِنّ ) mempunyai 2 makna:


1- Alam rohani yang tersembunyi dan tidak dirasai oleh manusia. Oleh itu malaikat dan jin termasuk dalam bahagian ini. Setiap malaikat adalah jin, tetapi bukan bererti setiap jin adalah malaikat!!

2- Jin adalah salah satu jenis makhluk di alam rohani.


Dari jenis kedua ini pula, terdapat 3 makhluk yang ghaib iaitu;

1- ‘Yang terbaik iaitu Malaikat’.

2- ‘Yang paling buruk iaitu syaitan’.

3- ‘Yang pertengahan (ada yang baik dan yang buruk’).


Jika dihitung, kita akan dapati di dalam al-Quran kalimah ini diulang sebanyak 22 kali.


Manakala kalimah ( جِـنّة ) pula bermaksud; 1- ‘Sekumpulan jin’. 2- ‘Orang gila atau orang yang kemasukan jin’ (مجنون ). Kalimah ini diulang sebanyak 10 kali di dalam al-Quran.

Kalimah ( جَانّ ) bermaksud; 1- ‘Jin’. 2- ‘Sejenis ular’. Dan kalimah terdapat sebanyak 7 diulang di dalam al-Quran.


‘Ijaz Kalimah ( جِـنّة ) dalam surah as-Sooffat.


Firman Allah swt dalam Surah as-Sooffat, ayat ke-158;

“(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari Akhirat)”.

(sila lihat mashaf untuk melihat ejaan sebenar, harap maaf)


Kalimah ( جِـنّة ) dalam ayat di atas membawa maksud; ‘Malaikat’. Ia ditafsirkan sedemikian kerana Malaikat termasuk makhluk yang tertutup daripada pandangan mata. Manakala Imam Ibn Mujahid lebih mengkhususkan lagi yang dimaksudkan dengan ( جِـنّة ) pada ayat tadi adalah sebutan (panggilan) sekelompok Malaikat yang mempunyai sebutan ( جِـنّة ).


Berdasarkan penafsiran ayat tersebut, disebut bahawa orang Kafir telah membuat satu tuduhan bahawa Allah swt mempunyai hubung kait dengan Malaikat, iaitu Malaikat sebagai ‘Anak perempuanNya’!! Tuduhan itu kelak di akhirat akan diperhitungkan dan Malaikat juga tahu di akhirat nanti orang Kafir itu akan dihadirkan di depan Allah swt. Mereka juga akan diminta bertanggungjawab atas ucapan itu.


Manakala Imam Ibn Kathir pula menerangkan bahawa Ibn ‘Abbas menafsirkan kalimah tersebut dalam ayat ke-158 itu dengan makna ‘Iblis’. Ini kerana musuh-musuh Islam menuduh Allah swt adalah saudara iblis. Maha suci Allah dari tuduhan mereka itu. (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 163-164)


Kesimpulan dari tafsir-tafsir tadi menjadi satu andaian kepada kita bahawa lafaz-lafaz di dalam bahasa Arab, khususnya dalam al-Quran tidaklah hanya terikat dengan satu makna sahaja. Mungkin satu kalimah membawa makna lebih dari dua, tiga dan lebih dari itu. Cara untuk kita mengenal pasti apakah makna yang sesuai, tidak dapat tidak kita hendaklah melihat kepada maksud atau sasaran sesebuah ayat itu. Dalam ilmu Balaghah ia dipanggil sebagai ( سياق الكلام ).


Keadaan seperti itu ia dipanggil sebagai ( اللفْظُ المُشتَرَك ) juga dikenali dengan ( الوجوه ). Imam as-Suyuti berkata; "al-Wujuh ialah Fafaz Musytarak yang digunakan bagi satu kaliamh dengan makna yang banyak, seperti lafaz الٲمّة”. (Al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an)

‘Ijaz Kalimah ( جَانّ ) Dalam surah an-Naml dan al-Qosos.


Firman Allah swt dalam surah an-Naml, ayat ke- 10 dan surah al-Qosos, ayat ke-31;

“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu, maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, janganlah takut. Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut (surah an-Naml)


“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (dia pun mencampaknya). Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman” (surah al-Qoshosh)

(sila lihat mashaf untuk lebih jelas, maaf kerana saya tidak dapat sertakan nasnya di sini)


Ulama’ Tafsir mengatakan kalimah ( جَانّ ) dalam ayat di atas ialah ‘Sejenis ular yang besar dan geraknya begitu cepat’. Manakala Imam as-Syaukani menekankan penggunaan kalimah ini dalam ayat tersebut memberi isyarat bahawa ular itu mempunyai gerak yang cepat seperti cepatnya gerakan jin.


Ular’ dalam ayat-ayat di atas adalah ular yang asalnya berbentuk tongkat yang dipegang oleh nabi Musa as. Berubahnya tongkat menjadi ular adalah Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Baginda as.


Sebagai kesimpulan umum, ketiga-tiga kalimah yang disebutkan di atas dari sudut maknanya adalah sesuai dan sejajar dengan maksud bahasa kalimah ( جِـنّة ) itu sendiri, iaitu ‘Alam ghaib yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh manusia termasuk juga Malaikat dan syaitan’. Seperti juga kalimah ( جَنِيْن ), iaitu kandungan yang berada di dalam perut ibu ketika mengandung. Tetap juga kita tidak dapat melihatnya. Begitu juga kalimah(مجنون ), bermaksud; ‘Orang gila’, kerana orang yang gila itu dinilai sebagai perkara yang subjektif. Tidak seperti buku yang boleh disentuh dan dilihat. Bukan seperti jam tangan yang sentiasa di tangan, dapat disentuh, dilihat dan dipegang.


Wallahu ‘Alam..


Rujukan;

-Kamus al-Quran, rujukan lengkap kosa kata dalam al-Quran, Katua Panel;Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff, PTS.

-Mu’jam al-Mufahras.

-Al-Itqan, Imam as-Suyuti.

Read More »»

Saturday, March 20, 2010

Buah Kurma dalam al-Quran..

. Saturday, March 20, 2010
2 comments

Kurma atau Tamar??


Di dalam al-Quran Allah swt memanggil ‘Kurma’ dgn kalimah ( النـَـخْل ). Manakala di kalangan bangsa Arab ia dipanggil dengan: ( نخيل التمر – نخيا البلح - رطب ). Sepertimana firman Allah swt dalam surah al-An’am, ayat; 99 & 141 yg bermaksud:

Ayat; 99:
"Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang yang beriman".

Ayat; 141:
"Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau".

Perhatian! Kedua2 ayat di atas adalah ayat Mutasyabihat, ayat;99 dlm juz-7 dan ayat;141 dlm juz-8. Perhatikanlah..

Di dalam al-Quran, ia didatangi dgn kalimah2 ini: ( نخيل – النخل – النخلة - نخلاً ). Iaitu sebanyak 20 kali.
Kalimah ( رطب ) pula terdapat hnya sekali shj, iaitu dlm surah Maryam, ayat; 25.

Dalam hadith pula sebagaimana yg diriwayatkan oleh Bukhari yang diceritakan oleh Anas ra, Nabi saw ada memakan bbrp buah tamar dan Baginda saw memakannya dalam bilangan ganjil.

Masyarakat Melayu juga memanggil ia dengan beberapa nama, contohnya; “Tamar, Kurma, Tamar Balah dan dll”. Tetapi yg selalu kita dengar, ‘Tamar dan Kurma’ sahaja.

Jika diperhatikan nama2 itu, kemungkinan besar masyarakat Melayu kita menggunakan nama tersebut kerana mengambil terus dari bahasa Arab. Mungkin kerana kemuliaannya dan mungkin jua kerana asal usulnya di Tanah Melayu dulu pohon ini tidak wujud. Maka tidak hairan juga, pohon atau benih ini dibawa masuk oleh perdagang Arab, selaku Ulama’ yang dtg ke Tanah Malayu kita dahulu. Atas pengorbanan mereka lah tok moyong kita dahulu dapat merasai dan mengenal buah ‘Tamar’ ini.. Sampailah sekarang, cumanya kkdg orang kurang minat nak makan buah Tamar ni. Mujurlah sekarang ni dh di 'up' kan.. Dh jadi jus kurma atau kordial kurma, contohnya 'Kordial Kurma Madu HPA' barulah blh..hihi.

Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil; Date, Palm, (Nukhl).

'Ayam Masak Kurma' pula bagaimana?..

KELEBIHAN BUAH KURMA.

Buah Kurma Dapat Mencegah Darah Tinggi

Dari Salman bin ‘Amir ra bhw Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud, “Apabila berbuka salah satu kamu, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Andaikan kamu tidak memperolehnya, maka berbukalah dengan air, maka sesungguhnya air itu suci.”
(H.R Ibn Majjah. No; 1689)

Kandungan Buah Kurma.

Didalam buah kurma banyak mengandung mineral, zat besi, magnesium, dan kalium. Zat besi sangat penting untuk mencegah anemia. Selain itu, buah kurma memiliki nilai energi dan vitamin yang sangat tinggi, kandungan gula kurma sebagian besar merupakan gula-gula monosakarida, sehingga mudah dicerna oleh tubuh. Gula-gula itu antara lain berupa glukosa dan fruktosa. Berikut ini beberapa khasiat buah kurma:

1. Kurma Kering:
Berfungsi menguatkan sel-sel usus dan membantu melancarkan saluran kencing, karena mengandung serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus. Untuk Para Ibu; ia dapat menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.

2. Kurma Basah:
Kurma ini dapat mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu kehamilan. Kurma segar memiliki kandungan hormon yang menyerupai hormon oxytocine, iaitu hormon yang memiliki fungsi membantu proses kelahiran.

Serta dapat membantu meminimalkan risiko kematian ibu dan bayinya saat proses melahirkan. Hal ini berdasarkan penelitian terbaru para ahli kedoktoran yang menyatakan bahwa buah kurma basah mempunyai pengaruh mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa systolenya (kontraksi jantung ketika darah dipompa ke pembuluh nadi).

3. Para doktor menganjurkan untuk memberikan beberapa buah kurma di pagi hari kepada anak-anak dan orang yang lanjut usia, agar kondisi kejiwaannya lebih baik.

Jus Kurma juga merupakan penawar mujarab untuk mengatasi masalah insomnia. Selain itu, mengkonsumsi buah kurma dapat mencegah stroke.

4. Kurma sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Sebab disaat seseorang berbuka puasa, cairan tubuh seperti gula dan air merupakan zat yang pertama kali diperlukan orang berpuasa, kondisi tubuh yang tidak mendapatkan suapan makanan dan minuman seharian menyebabkan berkurangnya glukosa (zat gula) pada tubuh dapat mengakibatkan penyempitan dada dan gangguan pada tulang-tulang. Dan berkurangnya air membuat melemahan dan mengurangi daya tahan tubuh. Dengan mengawali berbuka puasa dengan yang manis, seperti buah kurma, dapat mengembalikan dengan cepat kondisi tubuh seperti semula.

5. Buah kurma memiliki zat garam mineral yang dapat menetralisasi asam, seperti Kalsium dan Potasium. Buah kurma adalah makanan yang baik untuk menetralisasi zat asam yang pada perut. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dapat mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

6. Buah kurma juga mengandung vitamin A yang sangat berguna untuk mata, pertumbuhan tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesehatan kulit serta menenangkan sel-sel saraf. Kandungan potasium pada kurma juga diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Selain itu buah kurma dapat merangsang selera makan serta bagus untuk mereka yang menghidapi sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu dan membantu otak untuk menambah daya ingat.

7. Kurma banyak mengandung zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

8. Bagi yang sering mengalami batuk, jus kurma dapat membantu menyembuhkan. Karena kandungan gula dalam buah kurma dapat menghilangkan gatal-gatal di kerongkongan sekaligus menghentikan batuk.
Rujukan;
Al-Quran, www.KabariNews.com/?31915 , Nabatat Tibiyyah, Dr. Muzaffar Ahmad dan wikipedia.


Read More »»

Thursday, January 21, 2010

Ayat Mutasyabihat ayat; 57&122 Surah an-Nisa'.

. Thursday, January 21, 2010
2 comments

AYAT-1:

والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها أزواج مطهرة ونـُدْخِلهُمْ ظـِلاظليلا

57
. "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi".
AYAT- 2:
والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها وَعْد اللهِ حَـقـّـًا ومَن أصدق مِن اللهِ قِيلا

122. "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?".

Sekali baca kedua2 ayat ini macam sama je. Ceritanya pun hampir sama. Tapi setelah diperhatikan, hm..kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang terendiri. Jadi ia blh jga kita klaskan sebagai ( التكرار ). Teringat pula masa thn 2, ‘Tikror’ merupakan salah satu madah kuliyyah kami di Klyh Quran. Sebagai tanda hormat kami pada guru, kami sebutkan namanya; Dr. Hamdi Sultan Hasan Ahmad dlm kitab muhadarohnya ( أسلوب التكرار فى القرءان الكريم ودلالته وأسراره ). Semoga Allah swt memeliharanya, amin…

Mungkin bg seseorang penghataz al-Quran, pastinya kekadang kita sendiri keliru bilamana sampai ayat-ayat mcm ini. Jadi bagaimana kita hendak membezakan dan menentukan kedudukan kedua2 ayat ini? Secara umumnya, mari kita perhatikan point2 ini;
  • Kedua2 ayat ini terletak dalam surah an-Nisa’. Dalam juz ke-5.
  • Kedua2 ayat ini juga menceritakan balasan2 kenikmatan kpd orang2 Mukmin yang beramal Soleh.Yang mana mereka tetap kekal di dalam syurga. Iaitu dengan firmanNya; ( خالدين فيها أبدا ).
  • AYAT -1; (ayat ke-57) berada di Maqro’ ke-2, iaitu ayat terakhir Maqro’ ini. Ayat selepasnya adalah awal Maqro’, iaitu ( إنّ الله يأمركم أنْ تُـؤدّوا الأمنت إلى أهلها.. ).
  • AYAT -2; (ayat ke-122) pula berada di Maqro’ ke-6, ( لا خَيْر فى كثير .. ).
  • AYAT -1; Berada belah kanan muka surat, bahagian tengah2 muka.
  • AYAT -2; Berada belah kiri muka surat. Bahagian atas sekali (awal muka).
  • AYAT -1; Munasabah ayat (hubungkait dgn ayat sebelumnya).
Hubungkait dgn ayat sebelumnya ialah memberitahu kita perbezaan antara dua kelompok; Mukmin dan Kuffar. Ayat sebelumnya menceritakan bhw mereka yg tidak meriman dgn ayat2 Allah dan mendustai apa2 yang dibawa oleh Rasul2Nya, khasnya al-Quran. Kelak mereka akan dibakar dgn api neraka yg dasyat itu. Ini sepertimana dalam FirmanNya dlm ayat ke-56;

إن الذين كفروا بئاياتنا سـوف نُصليهم نارا كـلما نـضجت جلودُهم بـَدّلناهم جُلودا
غَيرها لـيَـذُوقوا العَذاب إن اللهَ كان عَزيزا حكيما
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sensara itu dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Kulit mereka ini slps dibakar, akan diganti dgn kulit baru. Ini menggambarkan kpd kita bhw mereka akan sentiasa merasai kesengsaraan yang tiada putusnya.

Ibn Kathir ada menyebut di dlm tafsirnya, bhw al-‘Amash dari Ibn ‘Umar r.a berkata;
“Apabila dibakar kulit mereka, akan diganti pula dgn kulit yang berwarna putih seperti kertas”. H.R Ibn Abi Hatim.

Kemudian ayat ini ditutup pula dgn; ( إن الله كان عزيزا حكيما ). Ini jelas, bhw sesungguhnya Allah swt itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam memutuskan sesuatu keputusan, adil dalam membalasi hamba2Nya, sama ada dgn syurga mahupun neraka. Kerana adakah layak seorang hakim itu, menghukum dgn tanpa adil??. Bagi yang kufur, nerakalah tempatnya. Bagi yang Mukmin pula, syurgalah tempat selayaknya. Mudah2an kita akan tergolong dlm golongan ahli syurga..

Selepas ayat ke-56 ini, barulah ayat yang menceritakan tantang org2 Mukmin yg beramal soleh dan ganjaran2 kenikmatan, iaitu mereka akan dimasukkan ke dlm syurga, yang mana dibawahnya ada beberapa batang sungai yg mengalir cantik dan dikurniakan pula dgn pasangan-pasangan iaitu isteri-isteri yang suci bersih serta dimasukkan ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Ibn ‘Abbas dlm tafsirnya berkata; “Sungai2 itu ialah terdiri dari arak, susu, madu dan air”.

Katanya lagi maksud isteri2 yg suci ialah; “Yang suci dari haid dan nifas”.
Manakala Ibn Kathir dlm tafsirnay pula berkata; “Mereka yang suci dari haid dan nifas serta suci juga dari sifat menyakitkan hati, tidak berperangai hina dan tiada sifat tercela (kekurangan)”.

Soalan;
Perhatikan pada ayat ke-57; ( سـَنُدخلهم .. ) dan ayat ke-56; ( سـَوْفَ نـُصْليهم . . ). Kenapakan Allah swt menggunakan huruf ( س ) untuk orang Mukmin dan ( سوف ) pula untuk yang kufur?.

Jawapan:
- ( س ) yang membawa maksud ‘akan’ iaitu dalam tempoh terdekat.
Seolah2 akan segera dimasukkan ke dalam syurga. Ini supaya mereka dpt merasai dengan sebenar2nya bhw balasan kenikmatan itu dpt dikecapi dgn cepat dan dirasai dgn sepenuh keyakinan.

- ( سوف ) yang bermaksud ‘akan’, tetapi dlm masa yang lama.
Ia menggambarkan bhw jauhnya hari pembalasan itu, yang mana mereka terpaksa menunggu tibanya hari pembalasan tersebut, ini adalah krn org Kafir ini sangat terseksa dek krn kecelaruan dan azab ketika di padang mahsyar lg. Seolah2 mereka merasai lama sgt azab yg menimpa mereka walaupun blm sampai hari pembalasan.
  • AYAT-2; Munasabah ayat (hubungkait dgn ayat sebelumnya).
Hubungkait dgn ayat-ayat sblmnya ialah Allah swt menerangkan kpd kita tentang mereka yg mensyirikkan Allah swt, mereka yg menjadi hamba syaitan dan blsn di atas apa yg mereka lakukan itu.

Manakala ayat ke-122 (ayat yg difokuskan) pula tentang org2 Mukmin yang beramal soleh serta balasan mereka dgn syurga. Iaitu sama seperti ayat ke-57, surah an-Nisa’ ini. Akan tetapi dlm ayat ini Allah swt telah menggunakan kalimah ( حـقـًا ) pada FirmanNya ( وعد الله حقّــا ), sebagai taukid atau pengukuh janjiNya Allah kpd hamba2Nya. Walaupun begitu, perlulah diingat bhw janji Allah itu adalah benar, krn sememangnya Allah bersifat Maha Adil. Iaitu ( لا يُـظْـلَمُونَ ), “Mereka tidak sekali2 akan dizalimi”.

Az-Zamakhsyari dlm fatsirnya berkata, dalam ayat ( وعد الله حقّــا ) ini terdapat 3 ‘taukid’ (pengukuh).
  • AYAT -1; Diakhiri dgn ( ونـُدخلُهم ظِلا ظَـلِيلا ), “serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi”.
  • AYAT -2; Diakhiri dgn ( ومَن أصدق مِنَ اللهِ قيلا ), “dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”
Mudah-mudahan dgn sedikit penerangan ini, Allah swt menerangkan hati kita dalam memahami ayat2Nya ini, teruma diri saya sendiri. Sungguh berat benar amanah al-Quran ini untuk dipikul.. Kami berdoa kpdMu ya Allah, kuatkanlah hati2 ini d dlm agama dan beramal semata2 keranaMu Allah, amin..

Wassalam..

Rujukan;
Al-Quran, Tafsir Ibn 'Abbas, Tafsir Munir Pro. Dr. Wahbah, Tafsir al-Kashsyaf lil Zarkashi dan al-Burhan fi Taujih Mutasyabihil Quran lil Imam Karmani.

Read More »»