TOHMAHAN NISTA TERHADAP NABI S.A.W. Al-Quran diturunkan dengan penuh seni bahasa dan balaghah arabiyah, kepada umat yang ketika itu mahir malah pakar dalam selok besok bahasa. Para penyair yang hebat-hebat, masing-masing berlumba-lumba membuktikan syair mereka adalah yang terbaik. Tetapi sungguh hairan, al-Quran yang penuh dengan keunikan bahasa, kefasihan pentuturannya, dan ketinggian bahasanya itu, rupa-rupanya diturunkan kepada seorang manusia yang buta huruf, yang tidak reti membaca malah tidak tahu mengeja!! Maka turunkan al-Quran sebagai mencabar kewibawaan mereka dalam apa jua lapangan. Semata-mata untuk membuktikan bahasa Nabi kita Muhammad s.a.w benar-benar seorang Rasul yang diutuskan oleh Tuhannya. Baginda tidak melainkan hanya menyampaikan apa yang diutuskan dan apa yang diarahkan oleh Tuhannya ‘Azza wa Jalla. Dek kerana kedegilan dan keangkuhan mereka, dengan mudah mereka melontarkan kata-kata, Muhammad ini hanyalah seorang SIHIR! Bagaikan orang sudah kehabisan idea. Sebagai menjawab, mudah sahaja sebagaimana yang dikatakan oleh Syekh Mutawalli Sya’rawi dalam kitabnya; “Mu’jizat al-Quran”. 1- Kita katakana, adakah orang yang disihir itu mempunyai kebebasan memilih jika berhadapan dengan sihir? Tentu sekali tidak. Kalau Muhammad s.a.w itu seorang ahli sihir yang telah menyhir atau menguasai orang ramai dengan sihirnya, maka kenapakah Baginda tidak menguasai MEREKA KESEMUAnya dengan kehebatan sihirnya itu? 2- Berdasarkan orang-orang yang berada dalam pengaruh sihir, mereka tidak mempunyai leluasa kebebasan memilih. Mereka tidak mampu mengatakan bahawa sihir itu benar atau palsu. Maka kita katakan kepada mereka lagi, kamu sendiri yang mengatakan Muhammad s.a.w sebagai ahli sihir sedangkan kamu tidak beriman dengannya adalah menjadi bukti yang jelas tentang kedustaan kamu sendiri. Seolah-olah kamu tidak terkena sihirnya yang memukau itu. Musyrik Mekah menghujum lagi, katanya Nabi kita seorang PENYAIR. Sekali lagi menampakkan kehabisan idea semata-mata keegoan mereka terhadap bukti-bukti nyata di hadapan mata mereka sendiri. Bagaikan mahu menegakkan benang yang sememangnya basah. Mereka sendiri akui dan mengatahui bahawa nabi s.a.w tidak pernah mencipta sebarang puisi dalam hidupnya. Tapi mengapa mereka tiba-tiba menuduh Baginda dengan sedemikian rupa. Muhammad seorang GILA?! Sungguh ajaib bukan. Manusia yang dahulunya mereka sendiri memanggil dengan al-Amin (yang dipercayai), kini mereka katakan seorang MAJNUN ‘gila’! Adakah manusia yang sebaik-baik akhlak itu, yang mulia malah dihormati oleh mereka sebelum ini, rupa-rupanya seorang gila? Kita katakan lagi, jika benarlah Baginda seorang yang gila, pasti orang gila itu akan mencaci maki kamu semua. Atau pun akan melontar batu-batu terhadap kamu. Apakah orang gila mempunyai akhlak yang mulia? Berpakaian baik? Berbudi bahasa? Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah: إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (٦)خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (٧)وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨) 6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. 7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar. 8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Walluhu Ta’ala ‘Alam..
<!--[if gte mso 9]>
Pengunjung
Sembang-sembang
Labels
- 'Ijaz Quran (6)
- 'Ijaz Sains (5)
- al-Quran (20)
- Ayat Mutasyabihat (4)
- Coretan (25)
- iklan (6)
- ilmiah (23)
- jualan (1)
- Kesenian (1)
- kisah (9)
- Malaysia (1)
- Orientalis (2)
- Pengembaraan (1)
- Qiraat (4)
- sejarah (2)
- Ziarah (2)
Monday, November 14, 2011
Tohmahan Terhadap Nabi: Ahli Sihir, Penyair, Gila
Labels: 'Ijaz Sains, al-Quran, OrientalisSunday, December 5, 2010
Buku Baru Beli.
Labels: al-Quran, ilmiah, kisah, OrientalisTiada tajuk khas kali ini. Cuma sekadar ingin memberi kepada siapa yang diizinkanNya untuk menerimanya.
Sebesar hajat di hati ingin membeli Tafsir Alusi di Maktabah Andalus rupanya belum diizinkan juga.
Semalam, dengan hati berkobar-kobar saya menuju Maktabah Andalus untuk membeli kitab Tafsir. Setibanya di sana, saya bertanya kepada penjaga kaunter;
“Lausamah, Tafsir Ruhul Ma’ani, Alusi, ada tak?” (selepas dialih bahasa).

Nampak raut mukanya seperti kurang pasti. Terus dia bertanya kepada kawannya.. Hm, tak da lah pula. Lekuh hati.. Tapi tak apa lah. Alang-alang dah sampai ni, elok tengok-tengok buku-buku yang tersusun rapi di bahagian bawah Maktabah ni.
Dengan yakin, bahagian kanan rak tu biasanya untuk ruangan kitab-kitab Dr. Qaradhowi. Sebelah kiri sekali untuk kitab-kitab tentang al-Quran, Qiraat dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya. Yang tengah pula, lain-lain. Kurang pasti. Tak pelah, tengok yang kiri dulu. Tak banyak pilihan. Sebab kitab-kitab tentang al-Quran banyaknya di Maktabah Darus Sahabah. Memang banyak.
Mata saya tertumpu. "Al-Qur’an".. Judul bukunya. Cover buku pun agak menarik dan tertarik.
Dulu-dulu masa di sekolah, ustaz kami ada bagi sedikit panduan bagaimana hendak beli buku baru.
1, tengok tajuk buku.
2, siapa penulisnya dan biodatanya.
3, tengok kulit luar bahagian belakang sekali, kalau ada sinopsis, boleh juga dijadikan gambaran umum apa yang dibincangkan dalam buku tersebut.
4, baca juga isi kandungan sub-sub tajuk pada bahagian permulaan buku. Kira begitulah caranya.
Sempat saya baca secara rawak, buku setebal 700 lebih muka surat ini membincangkan dakwaan-dakwaan orientalis terhadap Islam, al-Quran, Syariah Islam, sirah dan sebagainya. Penulis, Dr. Solah ‘Abdul Tafah al-Khalidi cuba menjawab segala tohmohan yang dilemparkan oleh puak yang hanya belajar dengan niat terselindung hajatnya. Mereka mengkaji Islam dan mencari-cari kalau-kalau ada ruang untuk ditashkikkan (was-waskan) di fikiran pembacanya. Penulis juga telah membidas kata-kata nista dari buku tersebut, yang berjudul, “HAL AL-QURAN MA’SUM?”.. ‘Adakah al-Quran itu Ma’sum?”..
Agak pelik juga tajuknya. Tapi itulah senjata mereka sebagai mencucuk jarum demi mendatangkan keraguan kepada pembaca, lebih-lebih lagi terhadap fikiran seorang Muslim. Mungkin dia juga sebaris dengan orientalis Francis ‘Muris Bukai’ dan juga ‘Ashwak Banik’, dari Sudan (maaf kerana tidak tahu ejaan sebenarnya). Jika di Mesir sendiri seperti Dr Ahmad Kholafallah (maaf sekali lagi jika namanya tidak lengkap).

Buku “HAL AL-QURAN MA’SUM?” adalah ditulis oleh Abdullah al-Fadi. Memang meragukan kerana tanpa berfikir panjang pastinya kita akan katakana, dia adalah seorang Muslim. Saya juga tertipu.
Walhal, itu bukanlah nama sebenarnya, tetapi ia telah ditulis oleh kumpulan-kumpulan atau persatuan tertentu. Dan kemudianya menggunakan nama samaran; ‘Abdullah al-Fadi.
Saya membelek-belek mencari harga. LE102 je!??.. (bahasa orang KL- orang Selangor pun samee). Mahal juga ye. Saya bertanya di kuanter, kot-kot ada diskaun. Hmmm, seperti yang dijangka, kini harganya hanya LE56. Tapi macam terbatuk-batuk juga nak membayarnya. Sekarang buku “AL-QUR’AN WA NAQDU MATO’EN 'AN AR-RUHBAN” cetakan Darul Qolam sudah di tangan, Alhamdulillah. Mudah-mudahan ianya bermanfaat dan akan saya manfaatinya. Mudah-mudahan pembelian ini, jual beli yang diberkati Allah. Amin..
“Insya Allah, Tafsir Alusi kelak anda akanku temui”.
Kerana ada lagi Maktabah yang belum dijengok. Pastinya Maktabah Qirbah nun di sana. Memang dah lama berniat ingin memiliki sendiri Tafsir Alusi. Berkebetulan tahun ini ‘bahas’ tugasan dari Dr, “keluarkan Qiraat-qiraat serta taujihnya dari Tafsir Alusi” ini. Allahu yubarik lana..
Read More »»Waktu Mesir
Kalendar Hijri
About Me
- mohd nazir
- Nama diberi Mohd Nazir bin Abdul Kadir, berasal dari Selangor. Email:dakwatpena@yahoo.com.my / temansejati_1@yahoo.com. Pernah menuntut di Madrasah Hafiz Klang, MARTAH Negeri Selangor dan kini penuntut di al-Azhar as-Syarif.
Blog Kawan2
-
MABADI’ ILMU TAJWID6 years ago
-
Apartemen Seks Bebas di Jakarta10 years ago
-
HARI-HARIKU YANG ENDAH..12 years ago
-
-
Diharamkan Mengumpat13 years ago
-
-
-
My Self-Talk :-)15 years ago
-
Marhaban ya nur aini!15 years ago
-
Saya sudah pegang AbgNgah D700015 years ago
-
-
-
-
-
-