Al-Quran tidak banyak menyebut kisah nabi Yahya. Walau bagaimana pun secara
jelas Allah telah memberitahu bahawa baginda merupakan anak nabi Zakaria.
Bahkan nama Yahya juga diberi oleh Allah swt, yang tidak pernah wujuh nama
seperti itu. Ini sungguh membuktikan satu kemuliaan kepada baginda serta ayahnya, nabi Zakaria. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi;
Bermaksud;
“(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): "Wahai Zakaria! Sesungguhnya
Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak
lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun
yang senama denganNya”[1].
Baginda disifatkan sebagai; yang diberkati, dijadikan mukmin yang beriman dengan kitab
suci al-Quran. Baginda juga akan menjadi pemimpin (سَيِّدًا) kepada kaumnya serta dijauhkan daripada segala
perkara maksiat.[2]
Inilah janji Allah dan pilihanNya kepada hamba-hamba yang saleh. Bahkan
kelahiran baginda merupakan suatu bentuk mukjizat kepada yahnya nabi Zakaria.
Selain
itu, al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang beriman dengan
kalimah dari Allah’(مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللهِ).
Maksud ’kalimah’ di sini ialah;
- Kalimah yang datangnya
dari Allah, iaitu ’Kitab Taurat’.
- ’Isa ibn Maryam, iaiti berdasarkan ayat ke 45 surah Ali ’Imran.
Al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang menahan diri dari berkahwin’ (حَصُورًا). Kalimah ini hanya terdapat dalam surah Ali ’Imran
dan dikhaskan untuk kisah nabi Yahya sahaja. Maksud ’menahan diri’ di sini
ialah menahan diri dari pengaruh hawa nafsu, menjauhkan diri dari berbuat
kemungkaran dan kehendak syahwat.[3] Seterusnya
baginda disifatkan sebagai ’seorang nabi dari orang yang saleh’ (نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ).[4]
Menurut as-Sabuni, ketika nabi Yahya diangkat menjadi nabi baginda berusia 30
tahun.[5]
Walaupun umat Islam hari tidak pernah jumpa dengan mana-mana
nabi dan rasul, tetapi mereka tetap boleh mengenali semua utusan Allah itu
berdasarkan nama-nama dan sifat-sifat mereka yang disebut di dalam al-Quran
dan hadith. Untuk itu Allah swt bermaksud;
ç
Bermaksud; ” ... Lalu dia diseru oleh malaikat
sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah
memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki
bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan
juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari
orang-orang yang soleh”.[6]
Bahkan menurut
Abu Bakar al-Asy’ari, nabi Yahya terkenal dengan kebijaksanaan dan amat
mendalam ilmu pengetahuannya dalam syariat nabi Musa serta selalu memberi fatwa
bila ada orang yang bertanyakan soalan.[7]
[1] Surah Maryam, (19: 7).
[2] Dr Afif Abdul Fathah, hlm. 715.
[3] Kemuliaan Para Nabi,
Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm. 677.
[4] Solah Khalidi, hlm. 4: 143-145.
[5] Kemuliaan Para Nabi,
Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm.677.
[6] Surah Ali ‘Imran, (3: 39).
[7] Sejarah Anbiya’, hlm. 3: 76.
0 comments:
Post a Comment