Saturday, September 26, 2009

Hujan Rahmat @ Hujan Bala'??

. Saturday, September 26, 2009
0 comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

18..92009 / Jumaat.

Hari demi hari merentasi Madrasah Ramadhan pasti ada naik turunnya. Walaupun Rahmat Ilahi itu berbondong-bondong menerjah ke seluruh pelosok dunia, tetapi hamba tetap jua seakan-akan menepisnya. Adakala hamba itu merasai benar-benar dekat pada sang Penciptanya, adakala jauh sejauh-jauhnya. Begitulah keadaan turun naiknya IMAN seseorang. Bertambah dan berkurang..




Hari ini sejak seawal subuh, hujun tidak putus-putus membasahi dataran hijau ini. Begitulah ketetapan Allah swtd alam pentadbitanNya. Hujan tetap turun hingga hampir jam 12 tgh. Dengan keagunganNya juga, bumi ini telah dibanjiridengan air langit. Habis dapur rumah ditenggelami air, walau cuma sekali je..

Kejadian ini bagiku adalah 'first time' sepanjang saya hidup. Kita mungkin sukar mengerti, adakah ia hujan 'RAHMAT' ataukah hujan 'BALA''..

Jika kita perhatikan pada terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita akan dapati kalimah ( غيث ) : 'GHOITH' dan ( مطر ) : 'MATOR', diterjemahankan dengan maksud "Hujan". Tetapi pada hakikatnya, ia tetap lain dan berbeza dari segi maksud sebenarnya dan cara penggunaan kedua-duanya. Inilah kehebatan al-Quran, walau pun hanya lafaz-lafaznya sahaja, tetapi ia tetap menyerlahkan kemukjizatan Ilahi. Ini adalah kerana 'bukanlah ia melainkan Wahyu semata-mata'.

Sains dan al-Quran.

Jika ditanya, "adakah sains terdapat dalam al-Quran atau al-Quran terdapat dalam sains??"

Lantas kita pun sejanak berfikir, mana satukah yang benar? Bagi saya, kedua-duanya tetap betul. Akan tetapi jika didalami ia berbeza. Hujahnya, jika kita katakan;


"Sains terdapat dalam al-Quran".

Ia benar kerana memang kitab al-Quran ini mengandungi semua aspek dan perkara. Ini adalah kerana al-Quran adalah kitab yang diturunkan sebagai panduan kehidupan kita. Sudah pasti ia mengandungi semua perkara, termasuklah ilmu-ilmu sains, sosiosejarah, hukum hakam dan sebagainya. Cumanya ia tidaklah sedetail seperti yang terdapat dalam buku-buku rujukan sains. Ini semua adalah kerana Allah swt menghendaki agar kita sentiasa belajar dan mendalaminya.

Seterusnya, jika kita katakan;

"Al-Quran terdapat dalam sains".

Ia juga benar kerana kini terbukti berdasarkan kajian demi kajian yang dibuat oleh pakar-pakar sains, jelas menunjukan bahawa beberapa hasil kajian tersebut sebenarnya sama malah terdapat di dalam al-Quran. Buktinya, ahli sains dalam kurun ke-17 dan ke-18 mula mengenal pasti bahawa proses kejadian manusia (embrio) ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu hasil percampuran benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovem). Al-Quran dengan jelas lagi terang tanpa disuluh, telah mendahului menyatakan bahawa kajadian manusia itu sendiri akan melalui 7 peringkat. Sepertimana firman Allah swt dalam surah Nuh, ayat; 14, yang bermaksud;

"Dan telah diciptakan kamu dalam beberapa peringkat".

FirmanNya lagi dalam surah al-Mu'minun, ayat; 12-14 (sila rujuk al-Quran terjemahan).

Setelah kita amati kesemua keterangan di atas, kita simpulkan bahawa "SAINS TERDAPAT DALAM AL-QURAN". Alasannya, kerana al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lampau telah pun menyebutkan. Ini jelas menunjukan bahawa al-Quran telah mendahului segala-galanya.

Mengapa al-Quran terlebih dahuluinya?..
Kerana al-Quran adalah wahyu Allah swt. Bukannya buku-buku kasil kajian manusia. Dialah jua Yang Maha Mengetahui segala-galanya kerana Dialah pencipta segala pencintaan. Subhanallah..

BAGAIMANA KITARAN HUJAN BERLAKU?.
Kita sejak di bangku sekolah lagi telah diajar tentang kitaran hujan. Yang berlaku melalui wap air laut yang naik ke atas. Kemudian wap itu pada sesuatu tahap, menjadi berat. Seterusnya jadilah titisan air.

Al-Quran sendiri telah mendahului dalam menerangkan kepada sekalian manusia tentang kejadian hujan ini. Ini jelas sepertimana dalam fimanNya dalam surah ar-Rum, ayat; 48, yang bermaksud:

"Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira".

FirmanNya lagi dalam surah al-'Arof, ayat; 57, yang bermaksud;

"Dan Dia lah (Allah) ymenghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)".

Semua ini jelas kepada kita bahawa siapakah yang maha kuasa mentadbir segala-galanya?Siapakah yang maha mengetahui dikala pakar-pakar kajian membuat kajian-kajiannya?
Buat akhirnya, ingin saya nukilkan beberapa potongan syair yang mampu saya taip di sini yang dicopy n paste dalam buku "KITIB AT-TAUWID, DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS, tulisan; 'Abdul Majid 'Azizi az-Zindani". Buku ini adalah hadiah dari Ibu angkatku, semoga Allah merahmatimu..

Kata seorang penyair yang dimuatkan di dalam buku tersebut;
"Saudaraku, jadilah orang yang memerhatikan awan,
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan..
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat,
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut..
Lalu matahari menguasai laut,
untuk dibangkitkan wap air daripadanya..
Diangkat airnya ke atas,
melepasi bukit-bukit yang tinggi..
Dan diliputinya udara sejuk,
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit..
Sekiranya Dia mahu dijadikan udara panas,

maka kita tidak mendapat walau setitis hujan..
Dan menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran,

hujan turun selepas awan diperah.. "
(panjang lagi)

Salam 'Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesalahan dan kesilapan..

Wassalam..
19.9.2009 / 11.48am

Read More »»

Friday, September 11, 2009

al-Quran Terjemahan..

. Friday, September 11, 2009
0 comments


no tel; 013-2352052
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Bulan Ramadhan juga dipanggil 'Bulan Rahmat', 'Bulan Digandankan Pahala' dan juga 'Bulan al-Quran'.. Ia dipanggil bulan al-Quran kerana pada bulan inilah al-quran mula-mula diturunkan, iaitu dari ayat 1-5, surah al-'Alaq.. Itulah wahyu pertama yang turun ke bumi dikhaskan hanya turunkan kepada hamba yang dipilihNya itu..
Imam as-Sujuti berkata dalam kitabnya, Itqon fi 'Ulum al-Quran;
"Jika sesuatu itu mempunyai banyak nama, ia menunjukan kemuliaannya"
Setiap amalan sunat akan digandakan pahalanya dengan pahala amalan wajib (1sunat : 1wajib).. Kalau amalan wajib, apatah lagi...
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengwar-warkan kepada kalian tentang tawaran hebat di atas. marilah kita sama-sama membaca kitab suci al-Quran ini. Tidak cukup hanya sekadar membacanya, malah pelajarilah dan dalamilah ilmu-ilmunya. Apalah ertinya jika membaca al-Quran tanpa berguru dan lantas menyebabkan kesalahan membaca dan menuturkannya dan mema. Kerana Nabi saw sendiri membaca dan memperdengarkan bacaannya dengan Jibril as...
Salam Ramadhan..

Read More »»

Wednesday, September 2, 2009

Nak Pakai Inai ke??

. Wednesday, September 2, 2009
0 comments

Bismillahirrohmaanirrohim..

Sebelum terus memasuki perbincangan tentang tajuk di atas, apakah hukum penggunaan inai bagi wanita?

Secara kesimpulannya, pendapat yang benar (rajih) ialah mengatakan HARUS bagi wanita menggunakannya sacara mutlak adalah lebih baik kerana hujah yang dipegangnya adalah kuat dan hadis-hadis yang dinyatakan semuanya umum, mutlak serta tiada dalil yang mengkhususkannya. Wallahu ‘Alam..
BAGI LELAKI?
Jika untuk berubat hukumnya adalah tidak mengapa dan jika niatnya untuk berhias maka hukumnya adalah seperti berikut;


Kebanyakan Fuqaha’ dari kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, satu riwayat daripada Syafi’e, Hambali dan Zohiri berpendapat ianya MAKRUH, iaitu mengecat atau mewarnai kedua belah tangan dan kaki bagi lelaki.

Disebut di dalam kitab Fatawa al-Hindiyyah;
“Dan tidak sepatutnya bagi budak lelaki mengecat kedua-dua belah tangan dan kakinya kecuali ketika berhajat sahaja”.
(Nizamuddin, as-Syeikh Nizamuddin dan sekumpulan Ulama’ India,
al-Fatawa al-Hindiyyah, cet; 3, Darul Ihya’ li at-Turath, Kaherah, Mesir)

PARA FUQAHA’ BERDALILKAN DENGAN DALIL-DALIL BERIKUT:

HADIS 1.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa “Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang pondan yang mengecat kedua belah tangan dan kakinya dengan inai. Maka Nabi s.a.w bertanya; ‘Kenapa hal kamu ni?’. Dikatakan kepada Nabi s.a.w; ‘Wahai Rasulullah s.a.w dia menyamai perempuan’. Lalu Nabi s.a.w mengarahkan supaya dihalau (dia) ke paya (tempat yang mempunyai banyak air)”.
(Sunan Abi Daud)

- Cara penghujahan dalil di atas:
Hadis ini menunjukkan bahawa amalan mewarna (mengecat) merupakan perhiasan wanita. Apabila ianya digunakan oleh lelaki ia akan menunjukkan persamaan dengan wanita dan Nabi s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya juga.

HADIS 2.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksudDaripada Anas r.a bahawa “Nabi s.a.w melarang lelaki memakai atau melumur zakfaran”.
(Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, jilid; 14, hlmn; 79; Sunan Abi Daud, jilid; 4, hlmn; 80)

- Apakah ‘Zakrafan’ itu?
Zakfaran ialah sejenis tumbuhan yang kuning kemerahan dan digunakan untuk ubat-ubatan atau memasak.

- Cara penghujahan dalil di atas:
Nabi s.a.w melarang memakai warna kuning kemerah-merahan (warna Zakfaran), begitu juga diambil hukum yang sama bagi mewarna kedua belah tangan kerana warna merah cenderung kepada warna kuning.

KESIMPULAN.
- Amalan mengecat atau mewarnai dengan niat untuk berubat adalah HARUS bagi lelaki dan wanita. Adapun jika dengan niat untuk perhiasan, maka bagi wanita dalam pendapat yang rajih adalah HARUS.
- Manakala bagi lelaki pula MAKRUH dengan kata sepakat para Fuqaha’. Wallhu ‘Alam..

Rujukan;
Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam, Ahmad Dahlan bin Salleh, B.A (Hons) Syariah Islamiah, Uni. Az-Azhar, Cet; 2, Feb. 2003, Darul Syakir Enterprise, M/s; 72-77.

Read More »»

Monday, August 10, 2009

lama tak bukak tenet..

. Monday, August 10, 2009
0 comments

Assalamualaikum wrt wbkt....

Bila dah balik Malaysia ni, lama dah tk bukak tenet, jarang2 je on.. lagi2 hidup di kawasan desa, nak pergi CC pun malas.. pergi pun klau memang betul2 ada benda yang nak dibuat..
Sebagai mukadimahnya...Sepanjang cuti ni, alhamdulillah macam2 juga perkara yang telah saya lalui dan lakukan..

Minggu lepas saya dah selesai membuat Seminar Permahaman al-Quran, Dalam Qiraat Hafs, di SRA Tg. Sepat.. Tiada bayaran yang saya kenakan. Seminar ini memang saya sengaja buat khas tuk para guru-guru di sekolah tersebut. Seminar itu berlangsung salama dua hari. Setiap hari mengambil masa 2 jam jer.. Secara umumnya, ini adalah perkembangan yang baik. Lebih2 lagi dalam memberi faham serta ilmu kepada masyarakat khasnya dalam Manhaj atau Kaedah bacaan al-Quran melalui Riwayat Hafs. Jadi, kepada mana2 sekolah atau sesiapa pun, dengan senang hatinya saya menawarkan diri ini untuk kalian. Tiada lain yang dicari melainkan keberkatan dan tersebarnya ilmu ini..mudah-mudahan..

Seterusnya, hari sabtu lepas baru je saya mengikuti progam 'Halaqoh al-Quran 30 juz' di MITIB, Jugra, Banting..MITIB atau nama penuhnya; Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi... Yang dahulunya merupakan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Istana Sultan Alaeddin, Jugra..atau singkatannya ialah MARTAH..

Turun serta sebagai peserta luar ialah kawan sekuliyah saya, Ust Nur Hafees bin Basir.. termasuk saya juga.. Rasa seronok membanjiri hati ini. Mana taknya, dahulunya sekolah itulah tempat saya belajar dan kini tempat generasi anak-anak pula yang belajar. Cuma bezanya hanya pada nama, kaedah dan statusnya jer.. Pun begitu, ia tetap sama, iaitu tempat anak-anak Selangor belajar dan tempat mula belajar menghafaz Kalam Ilahi yang maha agung ini.. Semoga apa-apa yang kita lakukan ini kan dikira sebagai amal, sebagai Saham kita bertemu yang Khaliq..Insya Allah...

Sebagai akhir..dalam kesempatan ini, ingin saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Karim.. mudah-mudahan Allah swt akan merahmati dan melindungi Umat Islam seluruhnya..Amin...

Read More »»

Wednesday, July 22, 2009

al-Fatihah

. Wednesday, July 22, 2009
0 comments

Al-Fatihah kepada guru kami, Syeikh Redha Salim 'Ali yang telah kembali kehadrat Ilahi pada 20/7/2009 pada hari Sabtu.. Semoga roh dan jasadnya dilindungi dan dirahmati Allah swt..

Read More »»

Tuesday, July 14, 2009

Iklan

. Tuesday, July 14, 2009
2 comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah swt...
Kepada teman-teman juga kawan-kawan, kini saya telah berada di Malaysia sejak 1/7 lalu.. Jika ada apa-apa, ni no tepon saya; 013-2352052.
Untuk makluman semua, seminar pendek yang ingin saya lakukan ialah yang kaitan; Seminar Pemahaman Bacaan al-Quran, Sejarah Ringkas Ilmu Resam dan Dhob, Keajaiban al-Quran dari sudut Sains ('Ijaz Sains) dan seumpamanya..
Seminar ini lebih menjurus kepada kaedah2 yang terdapat dalam Manhaj Bacaan Riwayat Hafs, melalui kaedah Syatibi. Semoga dengan sedikit usaha kita dalam membaiki dan mendalami ilmu2 al-Quran, mudah-mudahan ia akan diterima sbg amal ibadah kita..
Wassalam..

Read More »»

Wednesday, July 8, 2009

Yang bernama Ibu, Bonda, Mak, Mama, Umi.

. Wednesday, July 8, 2009
2 comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Lama sungguh tak jengok-jengok blog ni.. Kehidupan dikampung, tak sama seperti di kawasan-kawasan lain. Kini, genap seminggu dah saya berada di tanahair, semenjak pulang dari Bumi Kinanah itu.

Dalam tempoh ini juga,tak banyak perkara yang dapat saya lakukan. Sekadar teman dan jaga bonda sahaja. Alhamdulillah.. walau hanya melihat ibu pun, tetap dikira ibadat. Semoga kita akan diberi kesempatan melakukan ibadah ini di dunia. Cubalah kita bayangkan saudara-saudara kita yang lain, yang ibunya sudah tiada lagi, nak panggal mak, ibu, mama, umi pun tak tau nak diucapkan kepada siapa. Mujur masih ada mak mentua bagi yang dah berumahtangga.. Jika mereka sudah tiada, maka terputuslah ibadah ini. Hanya yang ada ibadah melihat al-Quran dan Kaabah atau pun seumpamanya..

Teringat beberapa tahun dahulu, kakak iparku pernah berkata sesuatu kepadaku.. Kakak ipar saya ini orang daerah-daerah Banting je. Kira setengah jam je untuk sampai ke rumahku ini. Semenjak bapaku meninggalkan alam dunia, dialah yang menjaga mak. Sebab abangku (suaminya dan kini sudah tiada lagi di dunia) dan sekeluarganya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Bonda, sekali gus menjaga Bonda. Mungkin tak semua menantu perempuan yang sanggup tinggal bersama mak mentua tuk beberapa tahun lamanya. Sambil kami berdua berbual-bual di meja makan, dia pun meluahkan perasaannya.

"Akak ni bertuah, masih ada mak lagi, masih boleh menumpang kasih mak lagi, walaupun cuma mak mentua".

Sambungnya lagi.."Akak masih boleh lagi jelok mak". 'Jelok' ialah bahasa Jawa yang bermaksud 'memanggil'..

Betapa besarnya seorang 'ibu' itu, walau memandang pun sudah dijanjikan ganjaran pahala. Pernah Baginda saw memberitahu seorang sahabat, hinggalah Baginda saw mengulangi dengan sabdanya; "ibumu, ibumu, ibumu..".

Firman Allah swt dalam surah al-Isro', ayat; 23:
فَلا تقل لَهما أفٍ
Bermaksud;"Maka janganlah kamu mengatakan kepada mereka berdua;ah.."

Berdasar ilmu Qiraat,pada kalimah أفٍّ boleh dibaca dengan 3 Qiraat iaitu;
1- Baris Atas pada huruf Fa'
2- Baris Bawah.
3- Baris Bawah serta Tanwin.

Untuk Qiraat yang ketiga ini (Baris Bawah serta Tanwin), ia berdasarkan pada kalimah ( صـَهٍّ ) yang bermaksud; ( اُسـْكُتْ )iaitu 'Diamlah atau senyaplah dari apa jua bunyi'.

Berdasarkan kefahaman di atas, kita mungkin mampu untuk membuat satu simpulan bahawa berdasarkan Qiraat ketiga ini, menyeru agar kita tidak sekali-kali meninggikan suara, menyentak suara apatah lagi membuatkan apa-apa yang boleh menyebabkan mereka terasa atau berkecil hati. Begitulah Allah swt menggarispandukan kepada hamba-hambaNya dalam berhadapan kedua ibu bapa kita.Kerana hanya Islamlah agama yang senpurna yang diturunkan oleh Allah swt.

Pun begitu, mungkin segelintir dari kita yang hanya mampu punyai 'Mak Angkat'.. Mungkin ada di antaranya yang dipelihara sejak kecil lg, ada juga bila dh berumur sikit, baru beremak angkat..Walau apa pun, mereka tetap ibu kita juga. Saya percaya mereka tetap menganggap kita sebagai anak kandungnya sendiri. Mereka tetap bersusah payah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang... Sejak kita kecil hingga dewasa..hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun.. Merekalah yang memelihara kita. Dan Tuhan itu Maha Adil dan Maha Kuasa..setiap amal kebaikan pasti diganjari kelak..

Selamat Hari Ibu Untuk Selama-lamanya... Semoga Bondaku dan Bonda Kalian Selamat Di mana Jua Mereka Berada..Dunia dan Akhirat..Amin..

Read More »»