Sunday, August 1, 2010

Kehidupan Baru di Tanahair

. Sunday, August 1, 2010
0 comments

Assalamualaikum ..


Sudah lama rasanya tidak mengedit blog ini.. Rasa suram dan lembab sahaja sesawang ini, dek kerana Syabkah Ma'lumat. Kalau dulu on je komputer dalam bilik, yahoo.com mudah sahaja. Sekarang terpaksalah menagih pada kawan-kawan di MITIB bila teringin nak bukak internet.
Lihatlah kehebatan kucing Made in Egypt ini


Hebat..hebat.. Mungkin makan Pil Dob ke???

Walau apa pun alhamdulillah di kesempatan ini, yang tika ini Allah memberiku keizinan untuk meneruskan lagi 'kegiatan' tangan untuk mencoret. Baru seminggu lebih saya sudah berkhidmat sebagai guru Tasmik di MITIB (ma'ahad intregasi tahpiz sains dan teknologi kg. bandar).. Walaupun hanya sebagai guru ganti, tapi alhamdulillah kerjaya sebagai guru Tasmik memang menyeronokkan. Malah menenangkan jiwa, bukan kerana lokasinya sahaja malah mungkin kerana berkat al-Quran itu sendiri sebagai Syifa'..

Saya mula mem'belek-belek' pandrive lama yang terlalu banyak berjasa untuk diriku. Lama rasanya kakiku sudah tinggalkan bumi Mesir. Rindunya pada debu-debu tanah berbaur 'najis' himar itu.. Pasti menyegarkan rongga-rongga pernafasan. Rindu pada kuliyahku, pada Bumi Tonto, pada Syoubro, pada rakan-rakan, pada rumah sewaku.. Harap-harao kelak saya akan kembali lagi, amin..


Beginilah padi-padi di Tonto di proses. Tiada bahan tambahan.. Peladang terus mendapat hasilnya sendiri.
Kelas tambahan Dr. Mustafa 'Ulwah

Read More »»

Sunday, June 6, 2010

Jemputan Walimah 'Arus..

. Sunday, June 6, 2010
1 comments

Iklan..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kepada sahabat serta kenalan, kepada saudara juga guru-guru.. Dengan huluran salam, kalian dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan saya ini.. Huhdurukum Syarafuna..

Read More »»

Monday, May 24, 2010

Kesenian Islam Dalam Ukiran

. Monday, May 24, 2010
0 comments


Al-Quran dahulunya tidak punyai apa-apa titik atau pun baris, sama ada huruf Nun mahupun Ba', semuanya sama. Kemudian diberi baris sejak zaman Imam Ali r.a. Kemudian diberi titik pada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dan kini ia sentiasa diberi perhatian sehinggalah berlakunya 'Tahsinat'. Diberinya warna-warni, tanda-tanda Waqaf dan sebagainya..


Ka'abah, Baitullah..

Huruf apakah ini?

Tulisan dalam bentuk 'Taswiriyyah' (bergambar).. Mungkin kita sendiri boleh menafsirkan apakah aktiviti-aktiviti yang sedang mereka lakukan.

Cincin Besi.. boleh tempah di 'Attabah, Mesir. Sila perhatikan perkataan ( إبراهيم ) di dalam surah al-Baqarah dengan surah-surah lain. Apakah perbezaannya??

"Dan Engkaulah sebaik-baik pemberi Rahmat"
Surah al-Mu'minun; 118.

Berapa kalikah perkataan 'Muhammad' di dalam al-Quran?..


















Apakah kalimah paling banyak di dalam al-Quran?..
Jawapannya; Allah, iaitu sebanyak 2697 kali.

Read More »»

Saturday, May 15, 2010

Mukjizat Dalam Kalimah ( صراط ).

. Saturday, May 15, 2010
0 comments

Pesanan; Untuk lebih memudahkan memahami, digalakan membuka Mashaf supaya dapat melihat ejaan sebenar dalam Resam Uthmani.

Firman Allah swt dalam surah al-Fatihah:
اهدنا الصراط المستقـيم

“Tunjukilah kami jalan yang lurus”. (ayat; 6).

Kalimah ( صراط ) kalau dieja dalam bahasa Melayu; ‘Sirat’. ‘Sirat’ juga kekadang digunakan untuk nama seseorang, kerana terdapat di kalangan orang Jawa yangmana dinamakan dengan nama tersebut. Mungkin kerana bapa mereka ketikamana hendak menetapkan nama-nama anak, mereka mengunakan kalimah-kalimah di dalam al-Quran. Lantas, mereka membuka mukasurat pertama al-Quran, lalu jumpalah ayat ke 6 surah al-Fatihah ini. Ditambahkan pula dengan maksudnya yang baik dan bagus. Mungkin bolehlah saya katakana, si bapa ini ingin mengambil berkat di atas pernamaan ini, kerana diambil dari al-Quran.

Begitu juga tulisan asal bangsa Melayu adalah dalam tulisan ‘Rumi’ (terbina dari huruf-huruf Hijaiyyah). Ini semua adalah kerana ( تبــّركا ). Ditambah lagi kerana ia ditulis dari kanan ke kiri.

Tafsir Makna ( صراط ).
Di dalam kitab Ghoribul Quran wa Tafsiruhu, karangan ‘Abdullah bin Yahya bin al-Mubarak al’Adawi al-Baghdadi (Ibn Yazidi) berkata, ( صراط ) ialah ( طريق ). Sebahagian ahli tafsir berkata ia adalah; ‘Kitab Allah’ dan sebahagian yang pula mengatakan; ‘Islam’.

Disamping itu Imam az-Zamakhsyari ada berkata di dalam tafsirnya;
“Yang dimaksudkan di sini ialah ‘jalan yang benar’ iaitu ajaran Islam”.

Disebalik Makna ( صراط ).
Yahya bin Salam at-Taimiy dalam menafsirkan kalimah ini, bagi beliau ia mempunyai 2 makna iaitu;

1. Dengan maksud ( طريق ) ‘Jalan’.
Sepertimana firman Allah swt dalam surah al-‘Arof, ayat;86:

ولا تـَقعـُـدوا بكل صراطٍ تـُوعِدون
“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan”.


2. Dengan maksud ( دين ) ‘Agama’.
FirmanNya dalam surah al-Fatihah, ayat; 6:

اهدنا الصراط المستقـيم
“Tunjukilah kami jalan yang lurus”.


Jadi, bolehlah kita simpulkan bahawa disebalik maksud ( الصراط المستقيم ) hanya berkaitan Agama Islam, Jalan Yang Lurus, Kitab Allah swt dan seumpamanya. Ini menunjukan bahawa kebenaran itu hanyalah dalam ajaran Islam sahaja, iaitu satu agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita sebagai panduan di dunia ini dalam menuju jalan yang lurus dan benar ini. Wallahu ‘Alam..

Apa Yang Menariknya Dalam Kalimah ( صراط ) ini?
Allah swt sengaja memilih kalimah ini dalam firman-firmanNya di dalam al-Quran. Tidak pula dengan kalimah-kalimah yang semakna atau hampir maknanya, contohnya ( طريق - شريع ) atau seumpamanya. Kita katakan;

“Jalan Haji Salleh” : ( شريع الحج صالح ). Atau “Jalan al-Kahhal” : ( شريع الكحـّـال ). Jalan ini terletak di Shoubra, iaitu area Rod Faroq. (tempat tinggal saya dahulu ketika di Shoubro – sekadar kenang-kenangan sahaja).

Di dalam kalimah ( صراط ) terkandung 5 sifat yang istimewa iaitu;
1. Ia hendaklah merupakan satu jalan yang lurus.
2. Jalan yang mudah.

3. Jalan yang dilalui.

4. Jalan yang luas.
5. Jalan yang boleh menyampai kita kepada tujuan atau maksud.

Oleh kerana kalimah ini dalam bahasa Arab, eloklah kita bertanya bangsa Arab sendiri tentang istimewanya kalimah ini. Bangsa Arab tidak akan menamakan ‘Jalan yang berbengkang bengkok’ itu dengan ( صراط ). Atau jalan yang susah dilalui dan jalan yang terhalang untuk sampai ke destinasi… Oleh itu saya berkira-kira bahawa kalimah-kalimah al-Quran semuanya adalah tersirat rahsia-rahsia yang agung, kerana ia sendiri adalah Mukjizat.

Beberapa Perubahan Huruf dalam Kalimah ( صراط ).
Ia boleh dibaca dengan ( صراط – سراط – زراط ). Oleh sebab kaedah bahasa Nahu menjadikan al-Quran sebagai sumbernya, maka mari kita melihat apa yang berlaku dalam sekitar Qiraat:

- ( سراط )
: Dibaca oleh Riwayat Ruwais dan Ibn Mujahid dari Qunbul.
- ( زراط ) : Dibaca dengan ‘Isymam’ oleh Imam Hamzah. ‘Isyamam’ di sini ialah menyebut huruf ‘Shod’ dengan bunyi huruf ‘Zai’. Secara prektikalnya, bunyinya ialah dengan sebutan huruf ( ظ ) orang awam.
- ( صراط ) : Baki Imam (selain dari yang disebutkan di atas).

Terdapat juga dalam beberapa suku bangsa Arab yang menukar terus kepada huruf ‘Zai’; ( زراط ). Iaitu bahasa bagi Bani ‘Uzrah, Bani Kilab dan Bani Qoin. Mereka mengatakan ( أصدق ) ke ( أزدق ).

Kenapa Berlakunya Pertukaran Huruf-huruf Ini?

1. ( سراط ) :

Dengan huruf ‘Sin’. Ia adalah yang asal. Jika ditanya; “Jadi, kenapalah dalam al-Quran tidak ditulis sahaja dengan ‘Sin’, sebab ia yang asal?”. Jawabnya; “Sebab jika ia ditulis dengan ‘Sin’ tidak boleh dibaca dengan huruf ‘Shod’ pula. Sebabnya, ‘Shod’ itu adalah hasil perubahan dari ‘Sin’ dan ‘Shod’ itu adalah ‘cabangan’ dari ‘Sin’. Secara logiknya, jika sesuatu perkara itu telah ditetapkan kerana ia yang asal, tidak mungkin dapat diubah-ubah lagi”.

Bacaan dengan huruf ‘Sin’ adalah merupakan bahasa kebanyakan bangsa Arab.

2. ( صراط ) :
Huruf ‘Shod’ adalah ‘cabangan’ dari yang asal. Hujah mereka yang membaca dengan huruf ‘Shod’ juga adalah kerana mengikut tulisan tulisan Resam Mashaf. Sebagai panduan umum, Resam Mashaf juga boleh dikira sebagai sumber penghujahan yang kuat.

3. ( زراط ) :
Dibaca dengan ‘Isymam’ kerana sifat huruf ( ص ) dengan huruf ( ط ) pada kalimah ( صراط ) adalah tidak sama dan berselisih iaitu pada sifat ( حهر ). Ini kerana huruf ( ص ) sifatnya ( مهموس ), manakala huruf ( ط ) pula bersifat ( مجهور ). Sebagai pendahuluannya, sifat ‘Mahmus’ dan ‘Majhur’ merupakan dua sifat yang berlawanan. Oleh itu, ia dibaca dengan ( ز ) (Isymam) kerana huruf ( ز ) ini bersifat (جهر ).

Bacaan ‘Isymam’ ini merupakan bahasa sebahagian bangsa Arab, seperti bangsa Qois. Semalam, pensyarah kami, Dr. Muhammad Mustofa ‘Ulwah berkata di dalam biliknya, bahasa bangsa Qois merupakan di antara bahasa Arab yang paling ‘Fasih’, selain bangsa Quraish itu sendiri.

Jika Ditanya, Bagaimanakah Hendak Menyebut ‘Isymam’ Ini?
As-Syeikh ‘Abdul Fatah al-Qodhi ada memberitahu kita kaedahnya iaitu dicampurkan kedua-dua huruf ‘Shod’ dan ‘Zai’ ini. Dari hasil percampuran itu lahirlah satu huruf yang bukanlah huruf ‘Shod’ atau ‘Zai’. Tetapi hasilnya ialah bunyi huruf ‘Shod’ yang kuat berbanding bunyi huruf ‘Zai’.

Akhirnya, kaedah-kaedah pensuaraan dan penyebutan hanya dapat ditentukan dengan cara bertalaqqi musyafahah dengan guru-guru yang ahli sahaja. Walaupun kekadang pengajian al-Quran ini berlangsung melalui talian talifon sama ada di radio atau tv, akan tetapi secara hakikatnya, ia tidaklah memadai. Walau bagaimanapun ia tetap dendatangkan manfaatnya, insya Allah..

Rujukan; Al-Quran & Terjemahannya, Al-Budur az-Zahirah – As-Syeikh ‘Abdul Fatah al-Qodhi, Kasyful Musykilat fi Taujih al-Qiraat – Dr. Nasr ‘Abdul Sa’id, Al-Kasyfu – Makki Abi Tolib, Ghoribul Quran wa Tafsiruhu - Ibn Yazidi dan At-Tasorif fi Tafsir al-Quran mimmasytahabat Asmauh.. - Yahya bin Salam at-Taimiy.

Read More »»

Saturday, May 1, 2010

Untuk Kenang-kenangan je..

. Saturday, May 1, 2010
0 comments

Masjid Ahmadi, Tonto.. Gambar ketika mula-mula mengenali bumi Tonto.

Bersama pensyarah kami, Dr. Muhammad Mustafa 'Ulwah. Salah seorang AJK Mashaf di Majma' Buhuth, Mesir...Kami bergambar sejurus habis kelas.


Pandangan dari luar pintu utama Kuliyah al-Quran.

Pasang pe tu Pak Jaga? Ooo.. pegawai nak datang melawat rupanya..

Kelihatan 'Amid Kuliyah sedang berucap dalam Majlis Takrimi pelajar-pelajar cemerlang..

Balik dari Majlis Takrimi... menyantap..

Pandangan dalam bangunan lama..

Dalam kelas.. bangunan lama..

Hari peperiksaan.. belum mula lagi.. Gambar ini diambil kira-kira 2 tahun yang lalu, tapi sekarang dinding dah cantik dah..

Read More »»

Tuesday, April 6, 2010

Kelahiran Baru..

. Tuesday, April 6, 2010
5 comments

(Gambar kenang-kenangan di Gathering 2007, Sg Songkak)

“Assalamualaikum.Fifa dh slmt mlhrkn ank ke-2 pd jm 2.43pg td. Ank lelaki,3.85kg d Hsptl Bnting”.

Sent: 14-Mar-2009 | 09:01:24 am

------------------- 1 ---------------------

“Slm, alhmdulillah slmt isteri sy melahirkn ank lelaki jam 3.03am td. Terima Kasih kasih ats doa2 kalian.. dua2 chat..”.

Sent: 21-Jan-2010 | 04:39:22 am

------------------- 2 ---------------------
Antara beberapa sms-sms yang masih saya simpan lagi hingga ke hari ini. Nasib baiklah handphone ni versi agak 'lama' punya, kalau tak macam-macam lagi yang masih saya simpan. Bolehlah buat kenang-kenangan.. Sekadar boleh talipon..boleh sms, jadilah..

Kedua-dua sms tu datangnya dari kawan-kawan lama. Kawan yang bertahun-tahun berkawan. Masing-masing dah naik 'status'. Kalau dulu pergi sana sini sama-sama. Hm.. macam budak-budak sekolah menengah la.. Mesti bestkan kalau kenang-kenang zaman masa dok hostel dulu. hehe..

Teringat ketika tingkatan 4, sewaktu tahun 1 di Martah, cuti-cuti hujung minggu yang mencatatkan sejarah bagi diri. Bak kata orang, orang kampong turun pekan. Mana taknya, tulah buat pertama kalinya kaki ini memijak kota kaca yang berasap sana sini, KL. Jalan beramai-ramai menuju Menara Petrosains. Kali pertama juga berouting sejauh KL tu..

Berdebar-debar, takut, ‘cuak’ pun ada… Melihat perbagai jenis manusia di depan mata yang sentiasa menjadikan diri sentiasa berwaspada. Ini kerana kesan dari cerita-cerita kawan-kawan bila je balik hostel, de je kene ‘paw’. Kasut hilang la.. Handphone hilang pun ada.(Bukti pernah sampai sampai Singapore.. bersama kawan lama - ala-ala Ferhad.hehe..)

Begitulah hidup kita sebenarnya, dulu muda.. sekarang mudanya dah hujung-hujung.. nak kata berumur pun, masih segan-segan lagi..

Sedar tidak sedar, kawan-kawan yang dahulunya ‘bujung’, kini ramai yang dah bergelar ayah, baba, abah… Dahulunya kita budak, kini menjadi ayah budak pula. Hidup tetap diteruskan kerana ia adalah amanah dari Tuhan untuk hambaNya.. Umur itu amanah, anak juga amanah, anak juga ‘fitnah’, juga harta.

Allah swt berfirman dalam surah al-Anfal, ayat; 28;
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”


Surah al-Munafiqun, ayat; 9:
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian. Maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.


Bonda pernah bercerita tentang perbualan kaum-kaum ibu di kelas pengajian mereka. Ustazah menyuruh gini..gini..gane..gane… dalam mendidik anak-anak.. Sampok seorang Wak Wedok (makcik – bahasa Jawa), “Ye.. wong seng orak eneng anak ye orak rasain..ye wak Ru??”.. Agaknya gitulah gaya bahasanya. Selepas diterjemah kira lebih kurang maksudnya gini; “Orang yang tak de anak ye tak dapat merasai kesusahannya mendidik anak, betul tak Wak Ru”..

Sebenarnya ustazah itu memang belum de rezeki lagi untuk dapat zuriat. Walaupun hanya berdasarkan prosa kata yang pendik sedemikian, hakikatnya mungkin lebih susah dari itu. Betul tak Kak Long? Semoga kedua orang tua kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt, amin..

Read More »»

Friday, April 2, 2010

Tika Senja di Tebing Nil

. Friday, April 2, 2010
0 comments

Kedudukan Tonto dan Shoubro.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Ustaz, esok ana cdg nk dtg Tonto, naik kerata.. Kalau ustaz sempat siapkan kotak kitab tu, i/Allah ana amik sekali”.


“Em, sapa ni?” Tanya saya terpinga2.. Mana taknya, pagi2 gini jarang sekali orang menalipon. Tak lah pagi sangat, dalam pukul 9 je. Dalam seminggu pun, blh dikira berapa kali tepon ni berdering (walaupun bukan ring ring bunyi).
“Darul Bayan..”. Balasnya...

Ooo.. baru tahu. Kalau ikutkan jadual, tempoh untuk pungut kotak2 kitab ni dh abis. Kalau ada pun lps exm. Dalam bulan7-8 nanti. Alhamdulillah, ada juga rezeki akhirnya. Dah lah ni kali pertama mengepos kitab2.

“I/Alllah boleh je. Pagi ini ana siapkan semuanya. Tapi petang ni ana dh kat Shoubro. Jadi ustaz esok amik je lah kt rumah ana ye?”.

“Ok, bereh..” Balasnya. Orang Kelantan kot..

Pagi tu gak saya bersungguh2 siapkan dua kotak kitab tu. Nampaknya terpaksalah berhenti ‘melancar’ untuk modal Tasmik pagi tu. Dan terpaksa juga ‘cuti’ Tasmik lagi dalam minggu ni.. Rugi-rugi.. Tapi dalam begitu juga. Hati kecik ini berbolak balik, nak pegi Tasmik ke tk?.. Mana tau nanti balik dari Tasmik boleh siapkan kotak ni lagi..

Hm.. sambil tangan menyusun kitab2. Otak tetap berfikir, nak tak..nak pergi ke tk.. Dan akhirnya, “Tak payah pergilah. Tasmik bile2 blh pergi. Kotak ni kalau tk dpt siapkan, mmg tk dapatlah nk pos”.

Selepas solat zohor, saya sambung blk tugas td. Alhamdulillah, 2 buah kotak ini pun siap disusun, ‘dipakaikan’ baju bewarna coklat.. dan siap dah tulis alamatnya sekali. Jam pun dah pukul 1.30ptg.

Pukul 2.30ptg itu juga saya bersiap2 untuk musafir ke Shoubro, jadual mingguan saya seperti minggu2 lps. Dan Alhamdulillah, kali ini sempat juga sampai ke Masjid ar-Rahman, di Kurnish sebelum waktu Maghrib. Tertera jam henset lebih kurang pukul 5 ptg.. Sekarang jadual baru saya setiap hari Khamis ialah di Masjid ar-Rahman, ‘mentasheh’ Matan Fawasil karangan Syeikh ‘Abdul Fatah al-Qodhi dan Talaqqi Qiraat Jama’ dengan Syeikh Ahmad ‘Abdur Rahim. Beliau merupakan seorang Ulama’ Qiraat yang hebat, guru kami juga di Maahad Shoubro dan tempat rujuk guru2 kami di Maahad juga. Tanyalah ustaz2 kita di Malaysia yg lepasan Maahad Qiraat, i/Allah pastinya mengenal siapa Syeikh ini..Menara Masjid ar-Rahman (kanan). Menara Hotel (kiri)

Tahun lepas sempat saya dan Amanullah berjumpa guru kami di Malaysia, Ustaz Hisyam. Katanya “Pegilah Talaqqi dgn dia.. dia tu wali”.. Alhamdulilllah, akhirnya kami berdua masih diberi kesempatan lagi di Bumi Musa ni, walaupun secara zahirnya, usia kami di Mesir ini dh hujung2 pun.Simpang ke Masjid. (jalan depan) ke Sg Nil.

Kawasan Kurnish ni terletak betul2 berdekatan dgn Sg. Nil. Sungai yang menjadi kebanggaan Umat Mesir dan kita semua. Dari masjid kalau jalan kaki pun rasanya 3minit je dh sampai sungai. Dekat dgn jalan besar pun.. Cumanya kami biasanya berjalan kaki je dari Rodul Faroq ke masjid itu, dalam 15 – 20minit.( روض الفـرج) itu tulisan jawinya.

Untuk akhirnya, terima kasih juga kami ucapkan kepada kwn kami, Samsul Muhaimin.. kerana dialah yg memperkenalkan tempat ini kpd kami. Walaupun dia sudah setahun lbh di Malaysia. Tak tahulah dia dah berapa lama Talaqqi di masjid tu. Mungkin dlm setahun sbb kebetulan rumah dia pun tinggal dekat je dgn masjid. Dlm 15minit mungkin.. tapi dekat jauh rasanya bukanlah pengukurnya, yang penting ialah kehendak diri kita sendiri juga. Dan yg paling mustahak ialah KEIZINAN dari sang pencipta itu sendiri.. Semoga kita akan diberkatiNya, amin…

Rodul Faraq | 3.05pm | Jumaat

Read More »»