Monday, March 14, 2011

Mengetahui nama-nama Jin di dalam al-Quran

. Monday, March 14, 2011
1 comments



BAHAGIAN 2: ( جِنّ ـ جِـنّة ـ جَانّ )


Ta’rif;

Raghib al-Asfahani berkata lafaz (الجِنّ ) mempunyai 2 makna:


1- Alam rohani yang tersembunyi dan tidak dirasai oleh manusia. Oleh itu malaikat dan jin termasuk dalam bahagian ini. Setiap malaikat adalah jin, tetapi bukan bererti setiap jin adalah malaikat!!

2- Jin adalah salah satu jenis makhluk di alam rohani.


Dari jenis kedua ini pula, terdapat 3 makhluk yang ghaib iaitu;

1- ‘Yang terbaik iaitu Malaikat’.

2- ‘Yang paling buruk iaitu syaitan’.

3- ‘Yang pertengahan (ada yang baik dan yang buruk’).


Jika dihitung, kita akan dapati di dalam al-Quran kalimah ini diulang sebanyak 22 kali.


Manakala kalimah ( جِـنّة ) pula bermaksud; 1- ‘Sekumpulan jin’. 2- ‘Orang gila atau orang yang kemasukan jin’ (مجنون ). Kalimah ini diulang sebanyak 10 kali di dalam al-Quran.

Kalimah ( جَانّ ) bermaksud; 1- ‘Jin’. 2- ‘Sejenis ular’. Dan kalimah terdapat sebanyak 7 diulang di dalam al-Quran.


‘Ijaz Kalimah ( جِـنّة ) dalam surah as-Sooffat.


Firman Allah swt dalam Surah as-Sooffat, ayat ke-158;

“(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari Akhirat)”.

(sila lihat mashaf untuk melihat ejaan sebenar, harap maaf)


Kalimah ( جِـنّة ) dalam ayat di atas membawa maksud; ‘Malaikat’. Ia ditafsirkan sedemikian kerana Malaikat termasuk makhluk yang tertutup daripada pandangan mata. Manakala Imam Ibn Mujahid lebih mengkhususkan lagi yang dimaksudkan dengan ( جِـنّة ) pada ayat tadi adalah sebutan (panggilan) sekelompok Malaikat yang mempunyai sebutan ( جِـنّة ).


Berdasarkan penafsiran ayat tersebut, disebut bahawa orang Kafir telah membuat satu tuduhan bahawa Allah swt mempunyai hubung kait dengan Malaikat, iaitu Malaikat sebagai ‘Anak perempuanNya’!! Tuduhan itu kelak di akhirat akan diperhitungkan dan Malaikat juga tahu di akhirat nanti orang Kafir itu akan dihadirkan di depan Allah swt. Mereka juga akan diminta bertanggungjawab atas ucapan itu.


Manakala Imam Ibn Kathir pula menerangkan bahawa Ibn ‘Abbas menafsirkan kalimah tersebut dalam ayat ke-158 itu dengan makna ‘Iblis’. Ini kerana musuh-musuh Islam menuduh Allah swt adalah saudara iblis. Maha suci Allah dari tuduhan mereka itu. (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 163-164)


Kesimpulan dari tafsir-tafsir tadi menjadi satu andaian kepada kita bahawa lafaz-lafaz di dalam bahasa Arab, khususnya dalam al-Quran tidaklah hanya terikat dengan satu makna sahaja. Mungkin satu kalimah membawa makna lebih dari dua, tiga dan lebih dari itu. Cara untuk kita mengenal pasti apakah makna yang sesuai, tidak dapat tidak kita hendaklah melihat kepada maksud atau sasaran sesebuah ayat itu. Dalam ilmu Balaghah ia dipanggil sebagai ( سياق الكلام ).


Keadaan seperti itu ia dipanggil sebagai ( اللفْظُ المُشتَرَك ) juga dikenali dengan ( الوجوه ). Imam as-Suyuti berkata; "al-Wujuh ialah Fafaz Musytarak yang digunakan bagi satu kaliamh dengan makna yang banyak, seperti lafaz الٲمّة”. (Al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an)

‘Ijaz Kalimah ( جَانّ ) Dalam surah an-Naml dan al-Qosos.


Firman Allah swt dalam surah an-Naml, ayat ke- 10 dan surah al-Qosos, ayat ke-31;

“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu, maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, janganlah takut. Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut (surah an-Naml)


“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (dia pun mencampaknya). Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman” (surah al-Qoshosh)

(sila lihat mashaf untuk lebih jelas, maaf kerana saya tidak dapat sertakan nasnya di sini)


Ulama’ Tafsir mengatakan kalimah ( جَانّ ) dalam ayat di atas ialah ‘Sejenis ular yang besar dan geraknya begitu cepat’. Manakala Imam as-Syaukani menekankan penggunaan kalimah ini dalam ayat tersebut memberi isyarat bahawa ular itu mempunyai gerak yang cepat seperti cepatnya gerakan jin.


Ular’ dalam ayat-ayat di atas adalah ular yang asalnya berbentuk tongkat yang dipegang oleh nabi Musa as. Berubahnya tongkat menjadi ular adalah Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Baginda as.


Sebagai kesimpulan umum, ketiga-tiga kalimah yang disebutkan di atas dari sudut maknanya adalah sesuai dan sejajar dengan maksud bahasa kalimah ( جِـنّة ) itu sendiri, iaitu ‘Alam ghaib yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh manusia termasuk juga Malaikat dan syaitan’. Seperti juga kalimah ( جَنِيْن ), iaitu kandungan yang berada di dalam perut ibu ketika mengandung. Tetap juga kita tidak dapat melihatnya. Begitu juga kalimah(مجنون ), bermaksud; ‘Orang gila’, kerana orang yang gila itu dinilai sebagai perkara yang subjektif. Tidak seperti buku yang boleh disentuh dan dilihat. Bukan seperti jam tangan yang sentiasa di tangan, dapat disentuh, dilihat dan dipegang.


Wallahu ‘Alam..


Rujukan;

-Kamus al-Quran, rujukan lengkap kosa kata dalam al-Quran, Katua Panel;Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff, PTS.

-Mu’jam al-Mufahras.

-Al-Itqan, Imam as-Suyuti.

Read More »»

Tuesday, March 1, 2011

Perbezaan Baris Punca berubahan Makna

. Tuesday, March 1, 2011
0 comments

(جَنّةجِنّة - جُنّة)

1- Soalan: Apakah perbezaan ketiga-tiga perkataan di atas?

Bahagian 1: (جَنّة) ‘Syurga’

Lafaz Jannah (جَنّة) dari segi bahasa bermaksud ‘Taman yang mempunyai buah kurma dan tumbuh-tumbuhan, kebun dan rumah yang penuh dengan kenikmatan di akhirat’. (al-Mu’jam al-Wasit, M/s; 141).

Manakala kata Jama’ bagi lafaz (جَنّة) ialah; (جَـنَّات جِـنَان). Walaupun demikian hanya lafaz (جَـنَّات dan جَنّة) sahaja yang Allah swt guna dalam penggunaan KalamNya di dalam al-Quran.

Lafaz (جَنّة) terdapat di dalam al-Quran sebanyak 66 kali. Manakala (جنتكَ): 2 kali, ( جنتَهُ): 1 kali, (جنتِـى): 1 kali, (جنتان): 3 kali, (جنتين) : 4 kali, (بجنتيهِمْ): 1 kali dan (جَـنّات): 69 kali. (al-Mu’jam al-Mufahris lil Alfaz al-Quran al-Karim).

Di di dalam al-Quran kita akan dapati semua tempat ayat yang berbunyi seperti ini dikaitkan dengan 'harf jar' (مِن ) yang terletak sebelum ( تحتها الأنهار … ), iaitu; ( تجـرى مِن تحتها الأنهار ). Akan tetapi hanya 1 tempat sahaja yang tidak disertakan 'harf jar' (مِن ), iaitu dalam surah at-Taubah, ayat; 100:

šcqà)Î6»¡¡9$#ur tbqä9¨rF{$# z`ÏB tûï̍Éf»ygßJø9$# Í$|ÁRF{$#ur tûïÏ%©!$#ur Nèdqãèt7¨?$#

9`»|¡ômÎ*Î/ šÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã £tãr&ur öNçlm; ;M»¨Zy_

̍ôfs? $ygtFøtrB ㍻yg÷RF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Yt/r& 4 y7Ï9ºsŒ ãöqxÿø9$# ãLìÏàyèø9$# ÇÊÉÉÈ

“Dan orang-orang yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.

(sila lihat al-Quran untuk ejaan yang lebih jelas. Maaf di atas kesulitan)


Di dalam ayat ini hanya Imam Ibn Kathir sahaja yang membaca dengan mengekalkannya serta memberi baris bawah pada huruf ( تاء ) yang kedua pada kalimah ( تحـتِها ), iaitu (تجرى مِن تحتِها الأنهار ) dan ianya juga bertepatan dengan Mashaf Makki, kerana di dalam Mashaf ini kalimah ( مِن ) dikekalkan.


Dari segi tulisan pula, kalimah (جَـنَّات) ditulis dengan membuang Alif selepas huruf Nun dan digantikan dengan Alif Kecil (sila lihat Mashaf). Akan tetapi jika dalam penulisan biasa, Alif tadi hendaklah dikekalkan seperti asal. Hal ini berlaku kerana, Tulisan atau Resam al-Quran itu merupakan suatu perkara yang dinilai sebagai Tauqifi, iaitu yang bersandarkan wahyu semata-mata. Suatu yang Tauqifi, tidaklah layak disangkal lagi, kerana itulah tuntutan agama serta itulah istimewanya Resam Uthmani ini.

Read More »»

Tuesday, December 28, 2010

Makanan Asasi di Mesir

. Tuesday, December 28, 2010
1 comments

Jika kita di Malaysia, nasi lah makanan ruji kita setiap hari. Ada orang tak boleh dalam sehari tu mesti pekena nasi.

Begitu juga masyarakat Mesir dan mungkin masyarakat arab seluruh dunia. Roti menjadi makanan asasi mereka.

"tak kenal maka tak cinta"

Itulah yang hendak saya katakan. Bukan saya mengajak untuk menyukai roti pun.. Sekadar bercerita yang lazimnya masyarakat kita di Malaysia, bila sebut Arab, biasanya dikaitkan dengan makan 'roti'. Yang terbayang di benak ialah roti yang berbentuk bulat, roti tempayan dan sebagainya. Walhal bila kita datang atau berada di tanah Arab ini, macam-macam jenis ada, malah roti yang kita katakan 'bulat-bulat' tadi pun perbagai kegunaannya.

Mereka memanggil roti ini dengan panggilan; 'Aish'.. Dikatakan 'Aish' bermaksud 'hidup'. Maka orang Mesir makan roti 'Aish' ini kerana hendak teruskan hidup. Wallahu 'Alam..

Di bawah ini saya sediakan beberapa gambar untuk tatapan semua, yang beberapa hari lepas saya 'tangkap'. Mereka sedang memproses roti 'Aish' yang sudah kering atau 'Aish' yang lama. Untuk dijadikan makanan haiwan, seperti burung, ayam dan sebagainya.

Roti keras dimasukkan dalam mesin proses

Pekerja sedang menjalankan tugasnya

Inilah hasilnya.. hancur seperti biji-bijian




Mesin proses yang mudah dialih-alih kerana hanya menggunakan lori kecil sahaja

Read More »»

Sunday, December 5, 2010

Buku Baru Beli.

. Sunday, December 5, 2010
0 comments


Tiada tajuk khas kali ini. Cuma sekadar ingin memberi kepada siapa yang diizinkanNya untuk menerimanya.


Sebesar hajat di hati ingin membeli Tafsir Alusi di Maktabah Andalus rupanya belum diizinkan juga.


Semalam, dengan hati berkobar-kobar saya menuju Maktabah Andalus untuk membeli kitab Tafsir. Setibanya di sana, saya bertanya kepada penjaga kaunter;


“Lausamah, Tafsir Ruhul Ma’ani, Alusi, ada tak?” (selepas dialih bahasa).

Nampak raut mukanya seperti kurang pasti. Terus dia bertanya kepada kawannya.. Hm, tak da lah pula. Lekuh hati.. Tapi tak apa lah. Alang-alang dah sampai ni, elok tengok-tengok buku-buku yang tersusun rapi di bahagian bawah Maktabah ni.


Dengan yakin, bahagian kanan rak tu biasanya untuk ruangan kitab-kitab Dr. Qaradhowi. Sebelah kiri sekali untuk kitab-kitab tentang al-Quran, Qiraat dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya. Yang tengah pula, lain-lain. Kurang pasti. Tak pelah, tengok yang kiri dulu. Tak banyak pilihan. Sebab kitab-kitab tentang al-Quran banyaknya di Maktabah Darus Sahabah. Memang banyak.


Mata saya tertumpu. "Al-Qur’an".. Judul bukunya. Cover buku pun agak menarik dan tertarik.


Dulu-dulu masa di sekolah, ustaz kami ada bagi sedikit panduan bagaimana hendak beli buku baru.

1, tengok tajuk buku.

2, siapa penulisnya dan biodatanya.

3, tengok kulit luar bahagian belakang sekali, kalau ada sinopsis, boleh juga dijadikan gambaran umum apa yang dibincangkan dalam buku tersebut.

4, baca juga isi kandungan sub-sub tajuk pada bahagian permulaan buku. Kira begitulah caranya.


Sempat saya baca secara rawak, buku setebal 700 lebih muka surat ini membincangkan dakwaan-dakwaan orientalis terhadap Islam, al-Quran, Syariah Islam, sirah dan sebagainya. Penulis, Dr. Solah ‘Abdul Tafah al-Khalidi cuba menjawab segala tohmohan yang dilemparkan oleh puak yang hanya belajar dengan niat terselindung hajatnya. Mereka mengkaji Islam dan mencari-cari kalau-kalau ada ruang untuk ditashkikkan (was-waskan) di fikiran pembacanya. Penulis juga telah membidas kata-kata nista dari buku tersebut, yang berjudul, “HAL AL-QURAN MA’SUM?”.. ‘Adakah al-Quran itu Ma’sum?”..



Agak pelik juga tajuknya. Tapi itulah senjata mereka sebagai mencucuk jarum demi mendatangkan keraguan kepada pembaca, lebih-lebih lagi terhadap fikiran seorang Muslim. Mungkin dia juga sebaris dengan orientalis Francis Muris Bukai’ dan juga ‘Ashwak Banik’, dari Sudan (maaf kerana tidak tahu ejaan sebenarnya). Jika di Mesir sendiri seperti Dr Ahmad Kholafallah (maaf sekali lagi jika namanya tidak lengkap).

Buku “HAL AL-QURAN MA’SUM?” adalah ditulis oleh Abdullah al-Fadi. Memang meragukan kerana tanpa berfikir panjang pastinya kita akan katakana, dia adalah seorang Muslim. Saya juga tertipu.


Walhal, itu bukanlah nama sebenarnya, tetapi ia telah ditulis oleh kumpulan-kumpulan atau persatuan tertentu. Dan kemudianya menggunakan nama samaran; ‘Abdullah al-Fadi.


Saya membelek-belek mencari harga. LE102 je!??.. (bahasa orang KL- orang Selangor pun samee). Mahal juga ye. Saya bertanya di kuanter, kot-kot ada diskaun. Hmmm, seperti yang dijangka, kini harganya hanya LE56. Tapi macam terbatuk-batuk juga nak membayarnya. Sekarang buku “AL-QUR’AN WA NAQDU MATO’EN 'AN AR-RUHBAN” cetakan Darul Qolam sudah di tangan, Alhamdulillah. Mudah-mudahan ianya bermanfaat dan akan saya manfaatinya. Mudah-mudahan pembelian ini, jual beli yang diberkati Allah. Amin..


“Insya Allah, Tafsir Alusi kelak anda akanku temui”.

Kerana ada lagi Maktabah yang belum dijengok. Pastinya Maktabah Qirbah nun di sana. Memang dah lama berniat ingin memiliki sendiri Tafsir Alusi. Berkebetulan tahun ini ‘bahas’ tugasan dari Dr, “keluarkan Qiraat-qiraat serta taujihnya dari Tafsir Alusi” ini. Allahu yubarik lana..

Read More »»