Sunday, April 3, 2011

Di Manakah Mashaf Uthman Sekarang?

. Sunday, April 3, 2011
0 comments

Amir Timur

Di manakah negara Uzbekistan


wajah-wajah masyarakat di Uzbekistan


Musium Amir Timur



Mushaf pertama di dunia.

Pada zaman Nabi, al-Quran dihafal di dalam dada para Sahabat. Pada masa itu, penulisan al-Quran dibuat secara peribadi. Hal ini berlalu sehinggalah zaman Saidina Uthman. Ada dua sebab yang utama penulisan al-Quran secara rasmi dibuat.


1. Ramai penghafal al-Quran yang ikut berperang dan ramai juga pengahafal al-Quran ini yang gugur syahid.
2. Wilayah Islam telah tersebar luas dan ini membuatkan wilayah ini memerlukan mushaf untuk dibaca.

Terdapat kisah ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu di dalam usaha menundukkan Armania dan Azabaijan, seorang sahabat bernama Saidina Huzaifah al-Yamani bertemu dengan Saidina Uthman mencadangkan al-Quran di tulis secara rasmi. Ia untuk mengelakkan berlakunya kekhilafan pada al-Quran. Akhirnya Saidna Uthman telah bersetuju.
Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip al-Quran di dalam salinan-salinan yang sempurna. Salinan ini kemudian dihantarkan ke wilayah-wilayah Islam.

Salah satu mushaf itu ada bersama Saidina Uthman. Ketika terjadi fitnah kepada Saidina Uthman, beliau telah dikurung di dalam kepungan di rumah beliau. Pada waktu-waktu genting tersebut, Saidina Uthman banyak bertadarus dengan mushafnya. Sehinggalah saat terakhir hayatnya. Para pemberontak menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Pada ketika itu Saidina Uthman baru sahaja mengulang al-Quran yang telah beberapa kali dikhatamkannya. Saidian Uthman baru memasuki ayat ke 137 surah al-Baqarah ketika pedang pemberontak menusuk tubuhnya. Darah beliau menyimbah pada al-Quran yang ditatangnya. Isterinya cuba menahan pemberontak tersebut dan mengakibatkan beberapa jarinya terputus:


Pembunuhan tersebut menjadikan umat Islam kehilangan seorang khalifah yang juga menantu Nabi saw. Sejurus kemudian, Saidian Ali dilantik menjadi Khalifah. Mushaf al-Quran tersebut telah dibawa kepada Saidina Ali di Kufah sebagai bahan pengadilan kes pembunuhan tersebut. Al-Quran tersebut tetap berada di sana sehinggalah tentera Monggol melanggar Baghdad. Ketika itu, mushaf ini telah diselamatkan dan disimpan dengan baik di Basrah.

Setelah zaamn Monggol berlalu, lahirlah seorang pemimpin Islam yang menganggap dirinya sahaja panglima terunggul. Beliau adalah Amir Timur atau juga dikenali sebagai Timurlane. Timurlane telah menyerang banyak negara-negara Islam dan membunuh penduduknya. Semua barang rampasan dibawa balik ke Samarqand. Di antara negeri yang diserangnya adalah Basrah.

Ketika menyerang Basrah, Timurlane telah membawa Mushaf Uthmani ini ke Samarqand.
Samarqand kemudiannya masuk dibawah jajahan Rusia. Pada tahun 1869, Jeneral Pan Kaukaman telah membawa al_Quran ini ke St. Petersberg. Ia disimpan di sana hinggalah pada tahun 1917. Lenin mengarahkan ia dipindahkan ke Ufah Tataristan, negeri di bawah jajahan Rusia juga. Pada tahun 1924, ulama Tashkent telah meminta agar ia diserahkan kembali kepada umat Islam. Pada tahun itu, ia dibawa ke Tashkent dan diletakkan di bawah jagaan Muzium Sejarah Uzbekistan.

Pada tahun 1989 ia telah dipindahkan ke Idarah Diniyyah (Pejabat Agama) dan berada di situ hinggalah Uzbekistan bebas dari Rusia.

Idarah Diniyyah (pejabat agama) sekarang berada di Kompleks Masjid Hazrat Imam di Tashkent.

Al-Quran ini diletakkan di dalam satu bilik pameran. Masih terdapat kesan simbahan darah Saidina Uthman pada mushaf ini. Bilik ini dijaga oleh tentera. Di bangunan ini juga terdapat beberapa al-Quran lama yang lain. Masing-masing berumur lebih 300 tahun.

Demikianlah ia dipindahkan dan dipelihara oleh Allah dari zaman ke zaman. Allah pernah menjanjikan bahawa al-Quran akan dipelihara oleh Allah. Ia tidak akan hilang dan tidak akan dapat diubah. Inilah satu-satunya kitab yang Allah janjikan ia tidak akan dapat diubah.

Melihat mukjizat al-Quran ini, ia menyuntik kesedaran kita terhadap al-Quran. Ada 4 tanggungjawab kita ada al-Quran.

1. banyakkan membacanya.setiap patah huruf akan diberikan kebaikan
2. cuba fahamkan.Sesiapa yang berusaha ke arah kefahamannya, pasti akan diberi ilmu tentangnya
3.usaha amalkan. Ia menjadikan kita layak untuk mendapat syafaat al-Quran.
4. Usaha untuk sampai dan ajarkan kepada orang lain. Ia memberi kita pahala yang berterusan.

Semoga kita terus meningkatkan kesungguhan kita di dalam membaca, memahamkan, mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain. Semoga dengannya, kita akan terus dirahmati Allah.

http://www.ustazamin.com/2008/11/jom-kongsi-pengalaman-mushaf-uthmani-di.html

Read More »»

Monday, March 14, 2011

Mengetahui nama-nama Jin di dalam al-Quran

. Monday, March 14, 2011
1 comments



BAHAGIAN 2: ( جِنّ ـ جِـنّة ـ جَانّ )


Ta’rif;

Raghib al-Asfahani berkata lafaz (الجِنّ ) mempunyai 2 makna:


1- Alam rohani yang tersembunyi dan tidak dirasai oleh manusia. Oleh itu malaikat dan jin termasuk dalam bahagian ini. Setiap malaikat adalah jin, tetapi bukan bererti setiap jin adalah malaikat!!

2- Jin adalah salah satu jenis makhluk di alam rohani.


Dari jenis kedua ini pula, terdapat 3 makhluk yang ghaib iaitu;

1- ‘Yang terbaik iaitu Malaikat’.

2- ‘Yang paling buruk iaitu syaitan’.

3- ‘Yang pertengahan (ada yang baik dan yang buruk’).


Jika dihitung, kita akan dapati di dalam al-Quran kalimah ini diulang sebanyak 22 kali.


Manakala kalimah ( جِـنّة ) pula bermaksud; 1- ‘Sekumpulan jin’. 2- ‘Orang gila atau orang yang kemasukan jin’ (مجنون ). Kalimah ini diulang sebanyak 10 kali di dalam al-Quran.

Kalimah ( جَانّ ) bermaksud; 1- ‘Jin’. 2- ‘Sejenis ular’. Dan kalimah terdapat sebanyak 7 diulang di dalam al-Quran.


‘Ijaz Kalimah ( جِـنّة ) dalam surah as-Sooffat.


Firman Allah swt dalam Surah as-Sooffat, ayat ke-158;

“(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari Akhirat)”.

(sila lihat mashaf untuk melihat ejaan sebenar, harap maaf)


Kalimah ( جِـنّة ) dalam ayat di atas membawa maksud; ‘Malaikat’. Ia ditafsirkan sedemikian kerana Malaikat termasuk makhluk yang tertutup daripada pandangan mata. Manakala Imam Ibn Mujahid lebih mengkhususkan lagi yang dimaksudkan dengan ( جِـنّة ) pada ayat tadi adalah sebutan (panggilan) sekelompok Malaikat yang mempunyai sebutan ( جِـنّة ).


Berdasarkan penafsiran ayat tersebut, disebut bahawa orang Kafir telah membuat satu tuduhan bahawa Allah swt mempunyai hubung kait dengan Malaikat, iaitu Malaikat sebagai ‘Anak perempuanNya’!! Tuduhan itu kelak di akhirat akan diperhitungkan dan Malaikat juga tahu di akhirat nanti orang Kafir itu akan dihadirkan di depan Allah swt. Mereka juga akan diminta bertanggungjawab atas ucapan itu.


Manakala Imam Ibn Kathir pula menerangkan bahawa Ibn ‘Abbas menafsirkan kalimah tersebut dalam ayat ke-158 itu dengan makna ‘Iblis’. Ini kerana musuh-musuh Islam menuduh Allah swt adalah saudara iblis. Maha suci Allah dari tuduhan mereka itu. (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 163-164)


Kesimpulan dari tafsir-tafsir tadi menjadi satu andaian kepada kita bahawa lafaz-lafaz di dalam bahasa Arab, khususnya dalam al-Quran tidaklah hanya terikat dengan satu makna sahaja. Mungkin satu kalimah membawa makna lebih dari dua, tiga dan lebih dari itu. Cara untuk kita mengenal pasti apakah makna yang sesuai, tidak dapat tidak kita hendaklah melihat kepada maksud atau sasaran sesebuah ayat itu. Dalam ilmu Balaghah ia dipanggil sebagai ( سياق الكلام ).


Keadaan seperti itu ia dipanggil sebagai ( اللفْظُ المُشتَرَك ) juga dikenali dengan ( الوجوه ). Imam as-Suyuti berkata; "al-Wujuh ialah Fafaz Musytarak yang digunakan bagi satu kaliamh dengan makna yang banyak, seperti lafaz الٲمّة”. (Al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an)

‘Ijaz Kalimah ( جَانّ ) Dalam surah an-Naml dan al-Qosos.


Firman Allah swt dalam surah an-Naml, ayat ke- 10 dan surah al-Qosos, ayat ke-31;

“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu, maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, janganlah takut. Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut (surah an-Naml)


“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (dia pun mencampaknya). Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman” (surah al-Qoshosh)

(sila lihat mashaf untuk lebih jelas, maaf kerana saya tidak dapat sertakan nasnya di sini)


Ulama’ Tafsir mengatakan kalimah ( جَانّ ) dalam ayat di atas ialah ‘Sejenis ular yang besar dan geraknya begitu cepat’. Manakala Imam as-Syaukani menekankan penggunaan kalimah ini dalam ayat tersebut memberi isyarat bahawa ular itu mempunyai gerak yang cepat seperti cepatnya gerakan jin.


Ular’ dalam ayat-ayat di atas adalah ular yang asalnya berbentuk tongkat yang dipegang oleh nabi Musa as. Berubahnya tongkat menjadi ular adalah Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Baginda as.


Sebagai kesimpulan umum, ketiga-tiga kalimah yang disebutkan di atas dari sudut maknanya adalah sesuai dan sejajar dengan maksud bahasa kalimah ( جِـنّة ) itu sendiri, iaitu ‘Alam ghaib yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh manusia termasuk juga Malaikat dan syaitan’. Seperti juga kalimah ( جَنِيْن ), iaitu kandungan yang berada di dalam perut ibu ketika mengandung. Tetap juga kita tidak dapat melihatnya. Begitu juga kalimah(مجنون ), bermaksud; ‘Orang gila’, kerana orang yang gila itu dinilai sebagai perkara yang subjektif. Tidak seperti buku yang boleh disentuh dan dilihat. Bukan seperti jam tangan yang sentiasa di tangan, dapat disentuh, dilihat dan dipegang.


Wallahu ‘Alam..


Rujukan;

-Kamus al-Quran, rujukan lengkap kosa kata dalam al-Quran, Katua Panel;Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff, PTS.

-Mu’jam al-Mufahras.

-Al-Itqan, Imam as-Suyuti.

Read More »»

Tuesday, March 1, 2011

Perbezaan Baris Punca berubahan Makna

. Tuesday, March 1, 2011
0 comments

(جَنّةجِنّة - جُنّة)

1- Soalan: Apakah perbezaan ketiga-tiga perkataan di atas?

Bahagian 1: (جَنّة) ‘Syurga’

Lafaz Jannah (جَنّة) dari segi bahasa bermaksud ‘Taman yang mempunyai buah kurma dan tumbuh-tumbuhan, kebun dan rumah yang penuh dengan kenikmatan di akhirat’. (al-Mu’jam al-Wasit, M/s; 141).

Manakala kata Jama’ bagi lafaz (جَنّة) ialah; (جَـنَّات جِـنَان). Walaupun demikian hanya lafaz (جَـنَّات dan جَنّة) sahaja yang Allah swt guna dalam penggunaan KalamNya di dalam al-Quran.

Lafaz (جَنّة) terdapat di dalam al-Quran sebanyak 66 kali. Manakala (جنتكَ): 2 kali, ( جنتَهُ): 1 kali, (جنتِـى): 1 kali, (جنتان): 3 kali, (جنتين) : 4 kali, (بجنتيهِمْ): 1 kali dan (جَـنّات): 69 kali. (al-Mu’jam al-Mufahris lil Alfaz al-Quran al-Karim).

Di di dalam al-Quran kita akan dapati semua tempat ayat yang berbunyi seperti ini dikaitkan dengan 'harf jar' (مِن ) yang terletak sebelum ( تحتها الأنهار … ), iaitu; ( تجـرى مِن تحتها الأنهار ). Akan tetapi hanya 1 tempat sahaja yang tidak disertakan 'harf jar' (مِن ), iaitu dalam surah at-Taubah, ayat; 100:

šcqà)Î6»¡¡9$#ur tbqä9¨rF{$# z`ÏB tûï̍Éf»ygßJø9$# Í$|ÁRF{$#ur tûïÏ%©!$#ur Nèdqãèt7¨?$#

9`»|¡ômÎ*Î/ šÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã £tãr&ur öNçlm; ;M»¨Zy_

̍ôfs? $ygtFøtrB ㍻yg÷RF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Yt/r& 4 y7Ï9ºsŒ ãöqxÿø9$# ãLìÏàyèø9$# ÇÊÉÉÈ

“Dan orang-orang yang terdahulu - Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.

(sila lihat al-Quran untuk ejaan yang lebih jelas. Maaf di atas kesulitan)


Di dalam ayat ini hanya Imam Ibn Kathir sahaja yang membaca dengan mengekalkannya serta memberi baris bawah pada huruf ( تاء ) yang kedua pada kalimah ( تحـتِها ), iaitu (تجرى مِن تحتِها الأنهار ) dan ianya juga bertepatan dengan Mashaf Makki, kerana di dalam Mashaf ini kalimah ( مِن ) dikekalkan.


Dari segi tulisan pula, kalimah (جَـنَّات) ditulis dengan membuang Alif selepas huruf Nun dan digantikan dengan Alif Kecil (sila lihat Mashaf). Akan tetapi jika dalam penulisan biasa, Alif tadi hendaklah dikekalkan seperti asal. Hal ini berlaku kerana, Tulisan atau Resam al-Quran itu merupakan suatu perkara yang dinilai sebagai Tauqifi, iaitu yang bersandarkan wahyu semata-mata. Suatu yang Tauqifi, tidaklah layak disangkal lagi, kerana itulah tuntutan agama serta itulah istimewanya Resam Uthmani ini.

Read More »»