Monday, October 18, 2010

Toksik di Badan Kita

. Monday, October 18, 2010
0 comments






Read More »»

Sunday, October 17, 2010

أذكار الصباح والمساء

. Sunday, October 17, 2010
0 comments

أذكار الصباح والمساء

Read More »»

Monday, October 4, 2010

Baca al-Quran Bukan Tulisan Resam Uthmani

. Monday, October 4, 2010
0 comments

“Ustaz, sekarang ni kan, masih de lagi orang yang mengaji dengn al-Quran dulu, bukan dengan Resam Uthmani.. Boleh ke ustaz?” Soal salah seorang peserta perempuan Seminar Pemahaman Al-Quran – Dalam Qiraat Hafs.

Atas memenuhi permintaan pihak asrama sekolah SAMTTAR, Sg Manggis saya memulakan progem tersebut dalam pukul 9pg. Dan berakhir hampir 3 jam selepas itu.
Dalam sesi soal jawab yang terhad itu, saya hanya dapat menjawab dengan ringkas sahaja.

“O..quran ‘dulu’ tu kadang-kadang dipanggil dengan Quran Majid atau Quran dengan tulisan Imla’”. Jawab saya sebagai respon terhadap soalan yg diajukan tadi.
Ringkas saya katakana kepada audian “Dalam masalah ini, ia terbaha

gi kepada 3 pendapat..” Hujung mata saya terlihat pelajar tadi khusyuk mendengar dan menyalin sesuatu dalam buku notanya. Nampak bersungguh.
Di sini saya telah pun meng copy paste dari file peribadi saya dalam pandrive. Dan mungkin apa yang di tunjukkan di sini merupakan sebahagian kecil sahaja. Pun begitu saya mengharapkan ianya tetap mendatangkan manfaat untuk kita semua.

Dalam masalah ini, Ulama’ telah membahagikan kepada 3 pendapat ;

1. Keseluruhan Ulama’, iaitu pendapat Jumhur:
Tulisan al-Quran itu adalah Tauqifi dan tidak boleh menyalahinya.
Sepertimana kata Imam Ahmad bin Hambal “Diharamkan menyalahi tulisan Mashaf Uthman pada hukum Wau, Alif, Ya’ dan seliannya”.

Dalam kitab Hawashi al-Minhaj, dalam Fiqh Syafieyyah menyebut bahawa; “Kalimah ( الربا ) ditulis dengan huruf Wau dan Alif, iaitu sepertimana dalam Resam Uthmani. Tidak pula dengan huruf Ya’ dan Alif, kerana Resam merupakan sunnah yang diikuti”.

2. Tulisan al-Quran merupakan Istilahi dan bukannya Tauqifi.
Oleh itu ia dibenarkan untuk tidak mengikutinya. Ibn Khaldun cenderung kepada pendapat ini dan al-Qodhi Abu Bakar al-Baqilani juga.

3. Dibenarkan menulis al-Quran dengan tulisan selain Resam Uthmani iaitu dengan bentuk tulisan biasa. Tetapi dengan syarat hanya untuk orang awam sahaja. Ini adalah kerana menjaga kemaslahatan mereka yang kurang mahir dengan Resam Uthmani ini sahaja. Dalam masa yang sama tulisan Resam Uthmani juga hendaklah dikekalkan bagi mereka yang mahir. Ini merupakan pendapat al-‘Izzi bin ‘Abdus Salam.


Kesimpulannya, pendapat pertama adalah yang diutamakan. Ini sepertimana yang dipilih oleh Pro. Dr. 'Abdul Karim Ibrahim 'Awad Soleh dalam bukunya "Al-Muthaf fi Rasmil Mushaf".

Oleh yang demikian, tidak syak lagi perbezaan tulisan dalam al-Quran merupakan suatu perkara yang Tauqifi, iaitu yang diambil dari Nabi s.a.w. Lebih menakjubkan lagi, berlaku juga kelainan pada satu kalimah yang sama, tetapi pada ayat ayat yang lain pula dengan bentuk tulisan yang lain.

Jika ditanya, mengapakan berlakunya sedemikian? Jawapan yang selayaknya adalah “Kerana Resan adalah Tauqifi dari Nabi s.a.w dan Resam juga merupakan Sunnah Muttaba’ah”.

Waallhu 'Alam..

Read More »»

Sunday, August 1, 2010

Kehidupan Baru di Tanahair

. Sunday, August 1, 2010
0 comments

Assalamualaikum ..


Sudah lama rasanya tidak mengedit blog ini.. Rasa suram dan lembab sahaja sesawang ini, dek kerana Syabkah Ma'lumat. Kalau dulu on je komputer dalam bilik, yahoo.com mudah sahaja. Sekarang terpaksalah menagih pada kawan-kawan di MITIB bila teringin nak bukak internet.
Lihatlah kehebatan kucing Made in Egypt ini


Hebat..hebat.. Mungkin makan Pil Dob ke???

Walau apa pun alhamdulillah di kesempatan ini, yang tika ini Allah memberiku keizinan untuk meneruskan lagi 'kegiatan' tangan untuk mencoret. Baru seminggu lebih saya sudah berkhidmat sebagai guru Tasmik di MITIB (ma'ahad intregasi tahpiz sains dan teknologi kg. bandar).. Walaupun hanya sebagai guru ganti, tapi alhamdulillah kerjaya sebagai guru Tasmik memang menyeronokkan. Malah menenangkan jiwa, bukan kerana lokasinya sahaja malah mungkin kerana berkat al-Quran itu sendiri sebagai Syifa'..

Saya mula mem'belek-belek' pandrive lama yang terlalu banyak berjasa untuk diriku. Lama rasanya kakiku sudah tinggalkan bumi Mesir. Rindunya pada debu-debu tanah berbaur 'najis' himar itu.. Pasti menyegarkan rongga-rongga pernafasan. Rindu pada kuliyahku, pada Bumi Tonto, pada Syoubro, pada rakan-rakan, pada rumah sewaku.. Harap-harao kelak saya akan kembali lagi, amin..


Beginilah padi-padi di Tonto di proses. Tiada bahan tambahan.. Peladang terus mendapat hasilnya sendiri.
Kelas tambahan Dr. Mustafa 'Ulwah

Read More »»

Sunday, June 6, 2010

Jemputan Walimah 'Arus..

. Sunday, June 6, 2010
1 comments

Iklan..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kepada sahabat serta kenalan, kepada saudara juga guru-guru.. Dengan huluran salam, kalian dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan saya ini.. Huhdurukum Syarafuna..

Read More »»

Monday, May 24, 2010

Kesenian Islam Dalam Ukiran

. Monday, May 24, 2010
0 comments


Al-Quran dahulunya tidak punyai apa-apa titik atau pun baris, sama ada huruf Nun mahupun Ba', semuanya sama. Kemudian diberi baris sejak zaman Imam Ali r.a. Kemudian diberi titik pada zaman khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dan kini ia sentiasa diberi perhatian sehinggalah berlakunya 'Tahsinat'. Diberinya warna-warni, tanda-tanda Waqaf dan sebagainya..


Ka'abah, Baitullah..

Huruf apakah ini?

Tulisan dalam bentuk 'Taswiriyyah' (bergambar).. Mungkin kita sendiri boleh menafsirkan apakah aktiviti-aktiviti yang sedang mereka lakukan.

Cincin Besi.. boleh tempah di 'Attabah, Mesir. Sila perhatikan perkataan ( إبراهيم ) di dalam surah al-Baqarah dengan surah-surah lain. Apakah perbezaannya??

"Dan Engkaulah sebaik-baik pemberi Rahmat"
Surah al-Mu'minun; 118.

Berapa kalikah perkataan 'Muhammad' di dalam al-Quran?..


















Apakah kalimah paling banyak di dalam al-Quran?..
Jawapannya; Allah, iaitu sebanyak 2697 kali.

Read More »»

Saturday, May 15, 2010

Mukjizat Dalam Kalimah ( صراط ).

. Saturday, May 15, 2010
0 comments

Pesanan; Untuk lebih memudahkan memahami, digalakan membuka Mashaf supaya dapat melihat ejaan sebenar dalam Resam Uthmani.

Firman Allah swt dalam surah al-Fatihah:
اهدنا الصراط المستقـيم

“Tunjukilah kami jalan yang lurus”. (ayat; 6).

Kalimah ( صراط ) kalau dieja dalam bahasa Melayu; ‘Sirat’. ‘Sirat’ juga kekadang digunakan untuk nama seseorang, kerana terdapat di kalangan orang Jawa yangmana dinamakan dengan nama tersebut. Mungkin kerana bapa mereka ketikamana hendak menetapkan nama-nama anak, mereka mengunakan kalimah-kalimah di dalam al-Quran. Lantas, mereka membuka mukasurat pertama al-Quran, lalu jumpalah ayat ke 6 surah al-Fatihah ini. Ditambahkan pula dengan maksudnya yang baik dan bagus. Mungkin bolehlah saya katakana, si bapa ini ingin mengambil berkat di atas pernamaan ini, kerana diambil dari al-Quran.

Begitu juga tulisan asal bangsa Melayu adalah dalam tulisan ‘Rumi’ (terbina dari huruf-huruf Hijaiyyah). Ini semua adalah kerana ( تبــّركا ). Ditambah lagi kerana ia ditulis dari kanan ke kiri.

Tafsir Makna ( صراط ).
Di dalam kitab Ghoribul Quran wa Tafsiruhu, karangan ‘Abdullah bin Yahya bin al-Mubarak al’Adawi al-Baghdadi (Ibn Yazidi) berkata, ( صراط ) ialah ( طريق ). Sebahagian ahli tafsir berkata ia adalah; ‘Kitab Allah’ dan sebahagian yang pula mengatakan; ‘Islam’.

Disamping itu Imam az-Zamakhsyari ada berkata di dalam tafsirnya;
“Yang dimaksudkan di sini ialah ‘jalan yang benar’ iaitu ajaran Islam”.

Disebalik Makna ( صراط ).
Yahya bin Salam at-Taimiy dalam menafsirkan kalimah ini, bagi beliau ia mempunyai 2 makna iaitu;

1. Dengan maksud ( طريق ) ‘Jalan’.
Sepertimana firman Allah swt dalam surah al-‘Arof, ayat;86:

ولا تـَقعـُـدوا بكل صراطٍ تـُوعِدون
“Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan”.


2. Dengan maksud ( دين ) ‘Agama’.
FirmanNya dalam surah al-Fatihah, ayat; 6:

اهدنا الصراط المستقـيم
“Tunjukilah kami jalan yang lurus”.


Jadi, bolehlah kita simpulkan bahawa disebalik maksud ( الصراط المستقيم ) hanya berkaitan Agama Islam, Jalan Yang Lurus, Kitab Allah swt dan seumpamanya. Ini menunjukan bahawa kebenaran itu hanyalah dalam ajaran Islam sahaja, iaitu satu agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada kita sebagai panduan di dunia ini dalam menuju jalan yang lurus dan benar ini. Wallahu ‘Alam..

Apa Yang Menariknya Dalam Kalimah ( صراط ) ini?
Allah swt sengaja memilih kalimah ini dalam firman-firmanNya di dalam al-Quran. Tidak pula dengan kalimah-kalimah yang semakna atau hampir maknanya, contohnya ( طريق - شريع ) atau seumpamanya. Kita katakan;

“Jalan Haji Salleh” : ( شريع الحج صالح ). Atau “Jalan al-Kahhal” : ( شريع الكحـّـال ). Jalan ini terletak di Shoubra, iaitu area Rod Faroq. (tempat tinggal saya dahulu ketika di Shoubro – sekadar kenang-kenangan sahaja).

Di dalam kalimah ( صراط ) terkandung 5 sifat yang istimewa iaitu;
1. Ia hendaklah merupakan satu jalan yang lurus.
2. Jalan yang mudah.

3. Jalan yang dilalui.

4. Jalan yang luas.
5. Jalan yang boleh menyampai kita kepada tujuan atau maksud.

Oleh kerana kalimah ini dalam bahasa Arab, eloklah kita bertanya bangsa Arab sendiri tentang istimewanya kalimah ini. Bangsa Arab tidak akan menamakan ‘Jalan yang berbengkang bengkok’ itu dengan ( صراط ). Atau jalan yang susah dilalui dan jalan yang terhalang untuk sampai ke destinasi… Oleh itu saya berkira-kira bahawa kalimah-kalimah al-Quran semuanya adalah tersirat rahsia-rahsia yang agung, kerana ia sendiri adalah Mukjizat.

Beberapa Perubahan Huruf dalam Kalimah ( صراط ).
Ia boleh dibaca dengan ( صراط – سراط – زراط ). Oleh sebab kaedah bahasa Nahu menjadikan al-Quran sebagai sumbernya, maka mari kita melihat apa yang berlaku dalam sekitar Qiraat:

- ( سراط )
: Dibaca oleh Riwayat Ruwais dan Ibn Mujahid dari Qunbul.
- ( زراط ) : Dibaca dengan ‘Isymam’ oleh Imam Hamzah. ‘Isyamam’ di sini ialah menyebut huruf ‘Shod’ dengan bunyi huruf ‘Zai’. Secara prektikalnya, bunyinya ialah dengan sebutan huruf ( ظ ) orang awam.
- ( صراط ) : Baki Imam (selain dari yang disebutkan di atas).

Terdapat juga dalam beberapa suku bangsa Arab yang menukar terus kepada huruf ‘Zai’; ( زراط ). Iaitu bahasa bagi Bani ‘Uzrah, Bani Kilab dan Bani Qoin. Mereka mengatakan ( أصدق ) ke ( أزدق ).

Kenapa Berlakunya Pertukaran Huruf-huruf Ini?

1. ( سراط ) :

Dengan huruf ‘Sin’. Ia adalah yang asal. Jika ditanya; “Jadi, kenapalah dalam al-Quran tidak ditulis sahaja dengan ‘Sin’, sebab ia yang asal?”. Jawabnya; “Sebab jika ia ditulis dengan ‘Sin’ tidak boleh dibaca dengan huruf ‘Shod’ pula. Sebabnya, ‘Shod’ itu adalah hasil perubahan dari ‘Sin’ dan ‘Shod’ itu adalah ‘cabangan’ dari ‘Sin’. Secara logiknya, jika sesuatu perkara itu telah ditetapkan kerana ia yang asal, tidak mungkin dapat diubah-ubah lagi”.

Bacaan dengan huruf ‘Sin’ adalah merupakan bahasa kebanyakan bangsa Arab.

2. ( صراط ) :
Huruf ‘Shod’ adalah ‘cabangan’ dari yang asal. Hujah mereka yang membaca dengan huruf ‘Shod’ juga adalah kerana mengikut tulisan tulisan Resam Mashaf. Sebagai panduan umum, Resam Mashaf juga boleh dikira sebagai sumber penghujahan yang kuat.

3. ( زراط ) :
Dibaca dengan ‘Isymam’ kerana sifat huruf ( ص ) dengan huruf ( ط ) pada kalimah ( صراط ) adalah tidak sama dan berselisih iaitu pada sifat ( حهر ). Ini kerana huruf ( ص ) sifatnya ( مهموس ), manakala huruf ( ط ) pula bersifat ( مجهور ). Sebagai pendahuluannya, sifat ‘Mahmus’ dan ‘Majhur’ merupakan dua sifat yang berlawanan. Oleh itu, ia dibaca dengan ( ز ) (Isymam) kerana huruf ( ز ) ini bersifat (جهر ).

Bacaan ‘Isymam’ ini merupakan bahasa sebahagian bangsa Arab, seperti bangsa Qois. Semalam, pensyarah kami, Dr. Muhammad Mustofa ‘Ulwah berkata di dalam biliknya, bahasa bangsa Qois merupakan di antara bahasa Arab yang paling ‘Fasih’, selain bangsa Quraish itu sendiri.

Jika Ditanya, Bagaimanakah Hendak Menyebut ‘Isymam’ Ini?
As-Syeikh ‘Abdul Fatah al-Qodhi ada memberitahu kita kaedahnya iaitu dicampurkan kedua-dua huruf ‘Shod’ dan ‘Zai’ ini. Dari hasil percampuran itu lahirlah satu huruf yang bukanlah huruf ‘Shod’ atau ‘Zai’. Tetapi hasilnya ialah bunyi huruf ‘Shod’ yang kuat berbanding bunyi huruf ‘Zai’.

Akhirnya, kaedah-kaedah pensuaraan dan penyebutan hanya dapat ditentukan dengan cara bertalaqqi musyafahah dengan guru-guru yang ahli sahaja. Walaupun kekadang pengajian al-Quran ini berlangsung melalui talian talifon sama ada di radio atau tv, akan tetapi secara hakikatnya, ia tidaklah memadai. Walau bagaimanapun ia tetap dendatangkan manfaatnya, insya Allah..

Rujukan; Al-Quran & Terjemahannya, Al-Budur az-Zahirah – As-Syeikh ‘Abdul Fatah al-Qodhi, Kasyful Musykilat fi Taujih al-Qiraat – Dr. Nasr ‘Abdul Sa’id, Al-Kasyfu – Makki Abi Tolib, Ghoribul Quran wa Tafsiruhu - Ibn Yazidi dan At-Tasorif fi Tafsir al-Quran mimmasytahabat Asmauh.. - Yahya bin Salam at-Taimiy.

Read More »»