Friday, July 1, 2011

Exam - Imtihan - Ikhtibar - Peperiksaan - Ujian

. Friday, July 1, 2011
0 comments


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Lama rasanya tidak menulis di blog ini. Lebih-lebih lagi dalam 'area' exam macam sekarang ni. Mudah-mudahan tahun ini adalah tahun terakhir tahun 4 untuk kami pelajar Kuliyah al-Quran. Dan bukannya tahun terakhir kami berada di Bumi Musa a.s ini, Amin..

Mudah-mudahan ilmu kami ini diberi 'keberkatan' oleh Allah swt, risau benar hati ini kalau-kalau ilmu-ilmu yang ditimba di sini, hanya kerana yang lain. Nak nama, nak glamour, nak riyak-riyak, malas-malas.. Ya Allah, berkatilah kami..

Beberapa hari lepas, sempat saya berjumpa dengan kawan yang tinggal tak jauh dari rumah. Orang Negaria. Kami berbual-bual tentang masa depan, kekeluargaan.. Kami juga sama-sama belajar dahulunya di Maahah Qiraat, masuk sama, keluar Maahad pun sama. Masuk kuliyah al-Quran pun sama.

Sebenarnya beliau tinggal di Ghamrah, Kaherah. Rumah yang disewa di sini hanya sekadar untuk 'transit' dalam hari-hari tententu untuk hadir ke kuliyah dan untuk tempoh peperiksaan. Jadi beliau lebih tinggal di Ghamrah, bersama keluarganya.

Alhamdulillah kami dikurniakan kawan yang baik. Sebenarnya saya akan mengambil rumah sewa itu nanti, sejurus tamatnya peperiksaan ini. Setelah difikir-fikir, rumah itu rasanya lebih selesa untuk kami. Tingkat satu je pun. insya Allah mudah-mudahan ia lebih selesa untuk isteri saya. Lebih-lebih lagi dalam menunggu saat 'kelahiran insan baru'.

Minggu pertama exam, rasa gementar sahaja. Lebih-lebih lagi bagi madah al-Quran Tahriri, terasa kerdil sangat-sangat. Bilalah nak mantap Quran ni ye. Tiap kali abis exam madah al-Quran, tiap itulah hati ini sentiasa berdoa-doa. Kekadang ketika study nak exam, terasa di hati, bagaimanalah jika persediaan nak exam ni, adalah persediaan kalau-kalau esok hari adalah hari qiyamat. Mesti pulun beramal.

Seperti biasa, soalan-soalan al-Quran adalah berbentuk 'Mutasyabihat', Tapi tahun ini, corak soalan sedikit berlainan, nampak macam sedikit, tapi tetap ayat-ayat 'Mutasyabihat' dan mencabar. Mudah-mudahan najah..

Rasa kurang senang bila penjaga peperiksaan melihat kertas jawapan kita, kemudiannya bagi pula kepada pelajar Arab. Kalau jawapan tu betul, betullah. Kalau tersalah, nasiblah dia. Tapi tak lah kisah sangat, sebab saya pun kurang yakin jawapannya.

Semalam pula madah Waqaf wal Ibtida', seperti biasa Doctor akan masuk bilik, kalau-kalau ada soalan yang kurang faham. Alhamdulillah, boleh dikatakan semua pensyarah kami berlembut dengan Wafidin (pelajar luar negara). Sempat beliau berkata dalam keadaan seloroh sambil berisyarat potong lehir,

"Hanya untuk kamu saja, tak untuk pelajar-pelajar Mesir"

Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu yang Dikau kurniakan kepada kami, mudah-mudahan kami ikhlas dalam menuntut ilmu ini, amin..

Read More »»

Friday, June 3, 2011

Bendera Simbul Negara

. Friday, June 3, 2011
0 comments

Cuba kita lihat bendera-bendera ini, ada beberapa kesamaan. Mari kita lihat setiap satu, supaya tidak lagi keliru antara satu negara dengan negara yang lain. Lebih-lebih lagi bendera bagi negara-negera Islam, seperti Mesir, Sudan, Syiria dan lain-lainnya..



Malaysia (Jalur Gemilang)

Sedikit sejarah 'Jalur Gemilang':

1 - Gagasan awal Jalur Gemilang muncul pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dibentuk sebuah lembaga untuk mempertimbangkan.
2 - Diadakan pertandingan; ertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Dari jumlah itu, tiga rancangan bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih.
3 - Rancangan bendera tersebut diterima oleh Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan demikian, untuk pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dalam satu majlis mengibarkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Britania pada 26 Mei 1950 di halaman Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
4 - Nama bendera Malaysia diajukan oleh Tun Mahathir bin Mohammad pada malam 31 Agustus1997 sehubungan dengan peringatan hari Kemerdekaan ke-40.

USA


British


Iraq


Syiria


Palestine


Yaman


Mesir (1984 - sampai sekarang)

Perhatikan pada warna bagi negara di atas. Kebanyakannya menggunakan warna yang sama dan jaluran warna yang hampir sama sahaja..

Read More »»

Tuesday, May 3, 2011

Keutamaan 'Harta' berbanding Anak-anak.

. Tuesday, May 3, 2011
0 comments


Bagi mereka yang sering membaca al-Quran, atau bagi mereka yang memperhatikan serta menghayati makna-makna kalam Allah, kekadang kita akan dapati sesuatu kisah itu berulang-ulang. Tidak hanya dalam satu surah, malah terdapat dalam beberapa surah dalam sesebuah kisah. Sebagai contoh ialah kisah Nabi Allah Musa a.s. terlalu banyak ayat yang benceritakan tentang kisah Baginda a.s.


Walaupun begitu, ‘pengulangan’ sesuatu kisah dalam al-Quran sudah semestinya mempunyai tujuan dan sebabnya yang tersendiri. Antaranya;

  1. Supaya kita sentiasa mengambil pengajaran dan ambil berat serta sebagai peringatan tentang kisah-kisah umat terdahulu. Dan seterusnya berdoa mudah-mudahan kita dilindungi.
  2. ‘Pengulangannya’ dalam beberapa surah dikira sebagai pelengkap cerita, iaitu kekadang dalam surah ini didatangkan dengan ayat pendik. Dalam surah yang lain pula dengan ayat yang panjang. Jadi ia saling lengkap melengkapi dan saling membantu dalam menyampaikan kesempurnaan sesebuah kisah.
  3. Ajaibnya, dalam tempoh selama 23 tahun itu (semenjak kenabian), iaitu dalam tempoh yang lama itu, tidak ada pun kisah-kisah yang bertentangan. Jika benarlah al-Quran ini dari diri Muhammad, nescaya banyaklah pertembungan demi pertembungan yang terzahir. Ini tidak lain kerana al-Quran ialah kitab Wahyu dari Allah swt. Dialah Yang Maha Mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menandingiNya. kerana Dialah Tuhan yang menjadi semua benda.

Dalam pada itu juga, terdapat beberapa kalimah al-Quran yang di ‘Ta’khir dan Taqdim’ kan. Kekadang kita dapati dalam surah ini sesebuah kalimah diakhirkan, dalam surah itu pula diawalkan. Seperti pada kalimah (أمْوَالِكُمْ) dan (أنْفُسِكُم).


Jika salah satu diawalkan, pasti ada sebabnya mengapa Allah swt sengaja mengawalkan. Begitu juga sebaliknya.


Di sini kita ambil satu contoh dari firman-firmanNya, dalam surah al-Anfal, ayat ke-28:

(#þqßJn=÷æ$#ur !$yJ¯Rr& öNà6ä9ºuqøBr& öNä.ß»s9÷rr&ur ×puZ÷GÏù žcr&ur ©!$# ÿ¼çnyYÏã íô_r& ÒOŠÏàtã ÇËÑÈ


Bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.


Imam al-Alusi berkata dalam tafsirnya ‘Ruhul Ma’ani’, dalam memberi sebab mengapa ‘harta’ didahului daripada ‘anak-anak’;

“Oleh kerana fitnah pada harta itu lebih banyak berbanding fitnah anak, maka (أمْوَالِكُمْ) iaitu harta didahului..” (M/s; J5/ 255).


Lafaz (أمْوَالِ) adalah lafaz Jama’ (kata berbilang), Mafradnya (kata tunggal) ialah (مَالٌ), yang bererti apa yang dimiliki daripada segala barangan. Menurut Arab Badawi, ia mencakupi haiwan ternak seperti unta dan lambing. Dalam Kamus Mu’jam Wasit dijelaskan, ia yang dimiliki oleh induvidu atau kumpulan berupa harta benda, perniagaan, wang atau harta benda yang tidak bergerak seperti perabot rumah, tanah rumah dan sebagainya.


Di dalam al-Quran kita akan dapati ia disebut sebanyak 61 kali, bermula dari surah al-Baqarah (ayat;155) hingga surah Nuh (ayat;12) (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 51).


Wallahu 'Alam..

Read More »»

Wednesday, April 13, 2011

Siapa Asma'??

. Wednesday, April 13, 2011
0 comments

SITUASI 1; Dalam Bilik D

arjah, Sek. Keb. Tg. Lalat Pening.


Sudah menjadi rutin tugas hariann, setia

p hari Cikgu Azam akan mengambil kedatangan murid-muridnya, darjah 2 Melati itu.


Sambil duduk menyandar, Cikgu Azam melihat luar dibalik tingkap kayu bilik darjahnya yang baru sahaja dicat minggu lepas. Hari ini langit agak mendung. Mungkin hendak hujan barangkali. Bisik hati kecilnya. Tetap pukul 7.45 pagi beliau terus sahaja menbuka buku kedangan murud-murid.


Asma, hari ini sape yang tak datang ke sekolah?”. Tanya Cikgu Azam sambil memegang pen di jarinya. Menanti-nanti jawapan dari pelajarnya itu.


Jawab Asma’, “Haris cikgu, se

bab dia demam”.


SITUASI 2; Tingkatan 3, Sek. Agama Men. Al-Hidayah wat Taufiq.


Ustazah Ain sedang bersemangat mengajar pelajar-pelajarnya. Beliau merupakan guru bagi mata pelajaran bahasa Arab. Sudah 8 tahun beliau memegang tugasan sebagai guru bahasa Arab itu. Memang ‘masak’ betul dengan gelagat pelajar-pelajarnya, sejak dulu sama sahaja. Belbagai teknik dah dibuat semata-mata supaya pelajarnya suka dan mudah faham.


Tiba-tiba Ustazah Ain memangg

il Nor Bahiyah yang duduk baris kedua dari depan. Dia seorang pelajar yang agak sedarhana, tapi antara ramai-ramai pelajar, dialah yang paling bersungguh-sungguh hendak belajar bahasa Arab.

Soal Ustazah Ain, “Nor Bahiyah, cuba awak terangkan kepada saya, apa yang kamu tahu tentang perkataan Asma’ (أسماء ) ini”.


Dia terdiam seketika. Mungkin sedang memerah memori otaknya, sambil berfikir untuk mesyusun ayat supaya rapi, dan betul.


أسماء ialah kata Jama’ bagi إسْمٌ , maksudnya ‘nama-nama’, seperti Asmail Husna”.


SITUASI 3; Penulis yang sedang menulis artikel ini.


Bagaimana perkataan yang sama seperti di atas tadi, dengan menggunakan plafaz yang sama, tapi kedua-dua kisah tersebut berlainan maksud? Cara untuk membezakannya ialah dengan mengetahui kehendak maksud sesuatu ayat.


Dalam al-Quran juga terdapat banyak perkataan yang membawa makna yang berlainan. Padahal dengan kalimah yang sama sahaja. Contoh mudah ialah kalimah (أسماء ).


Kalimah ini terdapat sebanyak 12 kali di dalam al-Quran, yang terdapat dalam 7 buah surah.


Ia mempunyai 3 makna yang berlainan;

1. (1) - Asma’ atau ‘nama-nama’ yang Allah swt ajarkan kepada Nabi Adam as, seperti nama benda, nama haiwan, nama burung, nama-nama haiwan yang berada di dalam laut dan juga nama-nama manusia (Surah al-Baqarah; 31-33).


2. (2) - Asma’ yang bermakna; ‘Nama-nama Allah’ iaitu Asmaul Husna.


Sabda Nabi saw yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama, barang siapa yang menghitung dan menghafalnya maka akan dimasukkan ke dalam syurga”. (H.R at-Tirmazi dan Ibn Majjad dari Abu Hurairah)


1. (3) - Ia bermaksud nama-nama sembahan atau berhala kaum musyrik. Sepertimana firman Allah swt dalam surah al-‘Araf; 71, bermaksud:


“Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), Sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu”.


As-Syaukani berkata lafaz Asma’ (nama-nama) yang terdapat dalam surah al-‘Araf adalah nama-nama berhala yang disembah oleh mereka.


Wallahu Ta’ala ‘Ala wa ‘Alam..

Semoga ianya mendatangakn manfaat dan member kita kefahaman tentang al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, insya Allah..

Rujukan; Kamus al-Quran, PTS

Read More »»

Sunday, April 3, 2011

Di Manakah Mashaf Uthman Sekarang?

. Sunday, April 3, 2011
0 comments

Amir Timur

Di manakah negara Uzbekistan


wajah-wajah masyarakat di Uzbekistan


Musium Amir Timur



Mushaf pertama di dunia.

Pada zaman Nabi, al-Quran dihafal di dalam dada para Sahabat. Pada masa itu, penulisan al-Quran dibuat secara peribadi. Hal ini berlalu sehinggalah zaman Saidina Uthman. Ada dua sebab yang utama penulisan al-Quran secara rasmi dibuat.


1. Ramai penghafal al-Quran yang ikut berperang dan ramai juga pengahafal al-Quran ini yang gugur syahid.
2. Wilayah Islam telah tersebar luas dan ini membuatkan wilayah ini memerlukan mushaf untuk dibaca.

Terdapat kisah ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu di dalam usaha menundukkan Armania dan Azabaijan, seorang sahabat bernama Saidina Huzaifah al-Yamani bertemu dengan Saidina Uthman mencadangkan al-Quran di tulis secara rasmi. Ia untuk mengelakkan berlakunya kekhilafan pada al-Quran. Akhirnya Saidna Uthman telah bersetuju.
Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip al-Quran di dalam salinan-salinan yang sempurna. Salinan ini kemudian dihantarkan ke wilayah-wilayah Islam.

Salah satu mushaf itu ada bersama Saidina Uthman. Ketika terjadi fitnah kepada Saidina Uthman, beliau telah dikurung di dalam kepungan di rumah beliau. Pada waktu-waktu genting tersebut, Saidina Uthman banyak bertadarus dengan mushafnya. Sehinggalah saat terakhir hayatnya. Para pemberontak menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Pada ketika itu Saidina Uthman baru sahaja mengulang al-Quran yang telah beberapa kali dikhatamkannya. Saidian Uthman baru memasuki ayat ke 137 surah al-Baqarah ketika pedang pemberontak menusuk tubuhnya. Darah beliau menyimbah pada al-Quran yang ditatangnya. Isterinya cuba menahan pemberontak tersebut dan mengakibatkan beberapa jarinya terputus:


Pembunuhan tersebut menjadikan umat Islam kehilangan seorang khalifah yang juga menantu Nabi saw. Sejurus kemudian, Saidian Ali dilantik menjadi Khalifah. Mushaf al-Quran tersebut telah dibawa kepada Saidina Ali di Kufah sebagai bahan pengadilan kes pembunuhan tersebut. Al-Quran tersebut tetap berada di sana sehinggalah tentera Monggol melanggar Baghdad. Ketika itu, mushaf ini telah diselamatkan dan disimpan dengan baik di Basrah.

Setelah zaamn Monggol berlalu, lahirlah seorang pemimpin Islam yang menganggap dirinya sahaja panglima terunggul. Beliau adalah Amir Timur atau juga dikenali sebagai Timurlane. Timurlane telah menyerang banyak negara-negara Islam dan membunuh penduduknya. Semua barang rampasan dibawa balik ke Samarqand. Di antara negeri yang diserangnya adalah Basrah.

Ketika menyerang Basrah, Timurlane telah membawa Mushaf Uthmani ini ke Samarqand.
Samarqand kemudiannya masuk dibawah jajahan Rusia. Pada tahun 1869, Jeneral Pan Kaukaman telah membawa al_Quran ini ke St. Petersberg. Ia disimpan di sana hinggalah pada tahun 1917. Lenin mengarahkan ia dipindahkan ke Ufah Tataristan, negeri di bawah jajahan Rusia juga. Pada tahun 1924, ulama Tashkent telah meminta agar ia diserahkan kembali kepada umat Islam. Pada tahun itu, ia dibawa ke Tashkent dan diletakkan di bawah jagaan Muzium Sejarah Uzbekistan.

Pada tahun 1989 ia telah dipindahkan ke Idarah Diniyyah (Pejabat Agama) dan berada di situ hinggalah Uzbekistan bebas dari Rusia.

Idarah Diniyyah (pejabat agama) sekarang berada di Kompleks Masjid Hazrat Imam di Tashkent.

Al-Quran ini diletakkan di dalam satu bilik pameran. Masih terdapat kesan simbahan darah Saidina Uthman pada mushaf ini. Bilik ini dijaga oleh tentera. Di bangunan ini juga terdapat beberapa al-Quran lama yang lain. Masing-masing berumur lebih 300 tahun.

Demikianlah ia dipindahkan dan dipelihara oleh Allah dari zaman ke zaman. Allah pernah menjanjikan bahawa al-Quran akan dipelihara oleh Allah. Ia tidak akan hilang dan tidak akan dapat diubah. Inilah satu-satunya kitab yang Allah janjikan ia tidak akan dapat diubah.

Melihat mukjizat al-Quran ini, ia menyuntik kesedaran kita terhadap al-Quran. Ada 4 tanggungjawab kita ada al-Quran.

1. banyakkan membacanya.setiap patah huruf akan diberikan kebaikan
2. cuba fahamkan.Sesiapa yang berusaha ke arah kefahamannya, pasti akan diberi ilmu tentangnya
3.usaha amalkan. Ia menjadikan kita layak untuk mendapat syafaat al-Quran.
4. Usaha untuk sampai dan ajarkan kepada orang lain. Ia memberi kita pahala yang berterusan.

Semoga kita terus meningkatkan kesungguhan kita di dalam membaca, memahamkan, mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain. Semoga dengannya, kita akan terus dirahmati Allah.

http://www.ustazamin.com/2008/11/jom-kongsi-pengalaman-mushaf-uthmani-di.html

Read More »»

Monday, March 14, 2011

Mengetahui nama-nama Jin di dalam al-Quran

. Monday, March 14, 2011
1 comments



BAHAGIAN 2: ( جِنّ ـ جِـنّة ـ جَانّ )


Ta’rif;

Raghib al-Asfahani berkata lafaz (الجِنّ ) mempunyai 2 makna:


1- Alam rohani yang tersembunyi dan tidak dirasai oleh manusia. Oleh itu malaikat dan jin termasuk dalam bahagian ini. Setiap malaikat adalah jin, tetapi bukan bererti setiap jin adalah malaikat!!

2- Jin adalah salah satu jenis makhluk di alam rohani.


Dari jenis kedua ini pula, terdapat 3 makhluk yang ghaib iaitu;

1- ‘Yang terbaik iaitu Malaikat’.

2- ‘Yang paling buruk iaitu syaitan’.

3- ‘Yang pertengahan (ada yang baik dan yang buruk’).


Jika dihitung, kita akan dapati di dalam al-Quran kalimah ini diulang sebanyak 22 kali.


Manakala kalimah ( جِـنّة ) pula bermaksud; 1- ‘Sekumpulan jin’. 2- ‘Orang gila atau orang yang kemasukan jin’ (مجنون ). Kalimah ini diulang sebanyak 10 kali di dalam al-Quran.

Kalimah ( جَانّ ) bermaksud; 1- ‘Jin’. 2- ‘Sejenis ular’. Dan kalimah terdapat sebanyak 7 diulang di dalam al-Quran.


‘Ijaz Kalimah ( جِـنّة ) dalam surah as-Sooffat.


Firman Allah swt dalam Surah as-Sooffat, ayat ke-158;

“(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari Akhirat)”.

(sila lihat mashaf untuk melihat ejaan sebenar, harap maaf)


Kalimah ( جِـنّة ) dalam ayat di atas membawa maksud; ‘Malaikat’. Ia ditafsirkan sedemikian kerana Malaikat termasuk makhluk yang tertutup daripada pandangan mata. Manakala Imam Ibn Mujahid lebih mengkhususkan lagi yang dimaksudkan dengan ( جِـنّة ) pada ayat tadi adalah sebutan (panggilan) sekelompok Malaikat yang mempunyai sebutan ( جِـنّة ).


Berdasarkan penafsiran ayat tersebut, disebut bahawa orang Kafir telah membuat satu tuduhan bahawa Allah swt mempunyai hubung kait dengan Malaikat, iaitu Malaikat sebagai ‘Anak perempuanNya’!! Tuduhan itu kelak di akhirat akan diperhitungkan dan Malaikat juga tahu di akhirat nanti orang Kafir itu akan dihadirkan di depan Allah swt. Mereka juga akan diminta bertanggungjawab atas ucapan itu.


Manakala Imam Ibn Kathir pula menerangkan bahawa Ibn ‘Abbas menafsirkan kalimah tersebut dalam ayat ke-158 itu dengan makna ‘Iblis’. Ini kerana musuh-musuh Islam menuduh Allah swt adalah saudara iblis. Maha suci Allah dari tuduhan mereka itu. (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 163-164)


Kesimpulan dari tafsir-tafsir tadi menjadi satu andaian kepada kita bahawa lafaz-lafaz di dalam bahasa Arab, khususnya dalam al-Quran tidaklah hanya terikat dengan satu makna sahaja. Mungkin satu kalimah membawa makna lebih dari dua, tiga dan lebih dari itu. Cara untuk kita mengenal pasti apakah makna yang sesuai, tidak dapat tidak kita hendaklah melihat kepada maksud atau sasaran sesebuah ayat itu. Dalam ilmu Balaghah ia dipanggil sebagai ( سياق الكلام ).


Keadaan seperti itu ia dipanggil sebagai ( اللفْظُ المُشتَرَك ) juga dikenali dengan ( الوجوه ). Imam as-Suyuti berkata; "al-Wujuh ialah Fafaz Musytarak yang digunakan bagi satu kaliamh dengan makna yang banyak, seperti lafaz الٲمّة”. (Al-Itqan fi ‘Ulumil Qur’an)

‘Ijaz Kalimah ( جَانّ ) Dalam surah an-Naml dan al-Qosos.


Firman Allah swt dalam surah an-Naml, ayat ke- 10 dan surah al-Qosos, ayat ke-31;

“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu, maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, janganlah takut. Sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut (surah an-Naml)


“Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (dia pun mencampaknya). Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (lalu dia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman” (surah al-Qoshosh)

(sila lihat mashaf untuk lebih jelas, maaf kerana saya tidak dapat sertakan nasnya di sini)


Ulama’ Tafsir mengatakan kalimah ( جَانّ ) dalam ayat di atas ialah ‘Sejenis ular yang besar dan geraknya begitu cepat’. Manakala Imam as-Syaukani menekankan penggunaan kalimah ini dalam ayat tersebut memberi isyarat bahawa ular itu mempunyai gerak yang cepat seperti cepatnya gerakan jin.


Ular’ dalam ayat-ayat di atas adalah ular yang asalnya berbentuk tongkat yang dipegang oleh nabi Musa as. Berubahnya tongkat menjadi ular adalah Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Baginda as.


Sebagai kesimpulan umum, ketiga-tiga kalimah yang disebutkan di atas dari sudut maknanya adalah sesuai dan sejajar dengan maksud bahasa kalimah ( جِـنّة ) itu sendiri, iaitu ‘Alam ghaib yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh manusia termasuk juga Malaikat dan syaitan’. Seperti juga kalimah ( جَنِيْن ), iaitu kandungan yang berada di dalam perut ibu ketika mengandung. Tetap juga kita tidak dapat melihatnya. Begitu juga kalimah(مجنون ), bermaksud; ‘Orang gila’, kerana orang yang gila itu dinilai sebagai perkara yang subjektif. Tidak seperti buku yang boleh disentuh dan dilihat. Bukan seperti jam tangan yang sentiasa di tangan, dapat disentuh, dilihat dan dipegang.


Wallahu ‘Alam..


Rujukan;

-Kamus al-Quran, rujukan lengkap kosa kata dalam al-Quran, Katua Panel;Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusoff, PTS.

-Mu’jam al-Mufahras.

-Al-Itqan, Imam as-Suyuti.

Read More »»