Tuesday, May 3, 2011

Keutamaan 'Harta' berbanding Anak-anak.

. Tuesday, May 3, 2011
0 comments


Bagi mereka yang sering membaca al-Quran, atau bagi mereka yang memperhatikan serta menghayati makna-makna kalam Allah, kekadang kita akan dapati sesuatu kisah itu berulang-ulang. Tidak hanya dalam satu surah, malah terdapat dalam beberapa surah dalam sesebuah kisah. Sebagai contoh ialah kisah Nabi Allah Musa a.s. terlalu banyak ayat yang benceritakan tentang kisah Baginda a.s.


Walaupun begitu, ‘pengulangan’ sesuatu kisah dalam al-Quran sudah semestinya mempunyai tujuan dan sebabnya yang tersendiri. Antaranya;

  1. Supaya kita sentiasa mengambil pengajaran dan ambil berat serta sebagai peringatan tentang kisah-kisah umat terdahulu. Dan seterusnya berdoa mudah-mudahan kita dilindungi.
  2. ‘Pengulangannya’ dalam beberapa surah dikira sebagai pelengkap cerita, iaitu kekadang dalam surah ini didatangkan dengan ayat pendik. Dalam surah yang lain pula dengan ayat yang panjang. Jadi ia saling lengkap melengkapi dan saling membantu dalam menyampaikan kesempurnaan sesebuah kisah.
  3. Ajaibnya, dalam tempoh selama 23 tahun itu (semenjak kenabian), iaitu dalam tempoh yang lama itu, tidak ada pun kisah-kisah yang bertentangan. Jika benarlah al-Quran ini dari diri Muhammad, nescaya banyaklah pertembungan demi pertembungan yang terzahir. Ini tidak lain kerana al-Quran ialah kitab Wahyu dari Allah swt. Dialah Yang Maha Mengetahui. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menandingiNya. kerana Dialah Tuhan yang menjadi semua benda.

Dalam pada itu juga, terdapat beberapa kalimah al-Quran yang di ‘Ta’khir dan Taqdim’ kan. Kekadang kita dapati dalam surah ini sesebuah kalimah diakhirkan, dalam surah itu pula diawalkan. Seperti pada kalimah (أمْوَالِكُمْ) dan (أنْفُسِكُم).


Jika salah satu diawalkan, pasti ada sebabnya mengapa Allah swt sengaja mengawalkan. Begitu juga sebaliknya.


Di sini kita ambil satu contoh dari firman-firmanNya, dalam surah al-Anfal, ayat ke-28:

(#þqßJn=÷æ$#ur !$yJ¯Rr& öNà6ä9ºuqøBr& öNä.ß»s9÷rr&ur ×puZ÷GÏù žcr&ur ©!$# ÿ¼çnyYÏã íô_r& ÒOŠÏàtã ÇËÑÈ


Bermaksud;

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”.


Imam al-Alusi berkata dalam tafsirnya ‘Ruhul Ma’ani’, dalam memberi sebab mengapa ‘harta’ didahului daripada ‘anak-anak’;

“Oleh kerana fitnah pada harta itu lebih banyak berbanding fitnah anak, maka (أمْوَالِكُمْ) iaitu harta didahului..” (M/s; J5/ 255).


Lafaz (أمْوَالِ) adalah lafaz Jama’ (kata berbilang), Mafradnya (kata tunggal) ialah (مَالٌ), yang bererti apa yang dimiliki daripada segala barangan. Menurut Arab Badawi, ia mencakupi haiwan ternak seperti unta dan lambing. Dalam Kamus Mu’jam Wasit dijelaskan, ia yang dimiliki oleh induvidu atau kumpulan berupa harta benda, perniagaan, wang atau harta benda yang tidak bergerak seperti perabot rumah, tanah rumah dan sebagainya.


Di dalam al-Quran kita akan dapati ia disebut sebanyak 61 kali, bermula dari surah al-Baqarah (ayat;155) hingga surah Nuh (ayat;12) (Kamus al-Quran, PTS, M/s; 51).


Wallahu 'Alam..

Read More »»