Sunday, May 13, 2012

Allah memuji Nabi Daud: Rool Model Muslim

. Sunday, May 13, 2012
1 comments



Al-Quran tidak banyak menyebut kisah nabi Yahya. Walau bagaimana pun secara jelas Allah telah memberitahu bahawa baginda merupakan anak nabi Zakaria. Bahkan nama Yahya juga diberi oleh Allah swt, yang tidak pernah wujuh nama seperti itu. Ini sungguh membuktikan satu kemuliaan kepada baginda serta ayahnya, nabi Zakaria. Sepertimana firman Allah swt yang berbunyi;

Bermaksud; “(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): "Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama denganNya”[1].
               
Baginda disifatkan sebagai; yang diberkati, dijadikan mukmin yang beriman dengan kitab suci al-Quran. Baginda juga akan menjadi pemimpin (سَيِّدًا) kepada kaumnya serta dijauhkan daripada segala perkara maksiat.[2] Inilah janji Allah dan pilihanNya kepada hamba-hamba yang saleh. Bahkan kelahiran baginda merupakan suatu bentuk mukjizat kepada yahnya nabi Zakaria.

            Selain itu, al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang beriman dengan kalimah dari Allah’(مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللهِ). Maksud ’kalimah’ di sini ialah;

  1. Kalimah yang datangnya dari Allah, iaitu ’Kitab Taurat’.  
  2. ’Isa ibn Maryam, iaiti berdasarkan ayat ke 45 surah Ali ’Imran.
Al-Quran juga menyifatkan baginda sebagai ’orang yang menahan diri dari berkahwin’ (حَصُورًا). Kalimah ini hanya terdapat dalam surah Ali ’Imran dan dikhaskan untuk kisah nabi Yahya sahaja. Maksud ’menahan diri’ di sini ialah menahan diri dari pengaruh hawa nafsu, menjauhkan diri dari berbuat kemungkaran dan kehendak syahwat.[3] Seterusnya baginda disifatkan sebagai ’seorang nabi dari orang yang saleh’ (نَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ).[4] Menurut as-Sabuni, ketika nabi Yahya diangkat menjadi nabi baginda berusia 30 tahun.[5]

Walaupun umat Islam hari tidak pernah jumpa dengan mana-mana nabi dan rasul, tetapi mereka tetap boleh mengenali semua utusan Allah itu berdasarkan nama-nama dan sifat-sifat mereka yang disebut di dalam al-Quran dan hadith. Untuk itu Allah swt bermaksud;
ç
Bermaksud; ” ... Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.[6]

            Bahkan menurut Abu Bakar al-Asy’ari, nabi Yahya terkenal dengan kebijaksanaan dan amat mendalam ilmu pengetahuannya dalam syariat nabi Musa serta selalu memberi fatwa bila ada orang yang bertanyakan soalan.[7]




[1] Surah Maryam, (19: 7).
[2] Dr Afif Abdul Fathah, hlm. 715.
[3] Kemuliaan Para Nabi, Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm. 677.
[4] Solah Khalidi, hlm. 4: 143-145.
[5] Kemuliaan Para Nabi, Muhammad Ali ash-Shabuni, (terj; Saiful Mohd. Ali), Jahabersa 2003, hlm.677.
[6] Surah Ali ‘Imran, (3: 39).
[7] Sejarah Anbiya’, hlm. 3: 76.

Read More »»

Wednesday, May 2, 2012

Kelebihan Membaca al-Quran

. Wednesday, May 2, 2012
0 comments


Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.

Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).



Berada dalam rahmat ALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh ALLAH di kalangan para malaikat (yg di langit)."
(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).


selamat membaca al-Quran

Read More »»