Tuesday, May 12, 2009

Fitnah.

. Tuesday, May 12, 2009


Babak 1.
"Man, sabarlah ye..mungkin ini semua ujian untuk kau dan keluarga kau..Dia nk uji hamba2Nya ni, nk tengok setakat mana kesabaran hambaNya ni.."


Babak 2.
"Aku tak blh tahanlah dia fitnah2 kau macam ni..ni dh lebih.." Kelihatan mata dan muka Saiful kemerah-merahan..marah betul dia tu..

Babak 3 (kisah benar).
"..dan 'fitnah' itu lebih besar (bahayanya) daripada membunuh.."al-Baqarah, ayat; 191.
"..dan 'fitnah' itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.." al-Baqarah, ayat; 217.

Kemungkinan, kita sendiri 'kompius' apalah makna sebenar 'Fitnah' ni kan?..Kita main cakap je..tp saya yakin apa yg kita gunepakai tu..betul je..cumenyer..banyak sebenarnya makna seertinya. Atau banyak boleh kita ertikannya..Macam dalam bahasa Melayu, kita katakan "hati". Mungkin kita blh tfsirkan 'hati' tu ialah perasaan dalaman. Atau pun hati yg terdapat dalam badan kata.

Beberapa penggunaan dan pengertian 'Fitnah' mengikut penggunaan ayat-ayat al-Quran:
Firman Allah swt dalam surah Toha, ayat; 85.

“(setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri”.

Dari segi bahasa kalimah ( فتنا ) diambil dari ( الفتن ) yang bermaksud;
“Meletakkan emas di api (dibakar) supaya dapat diketahui mana yang asli atau yang palsu (tiruan).

Manakala kalimah ( الفتنة ) di dalam al-Quran membawa maksud yang berbeza-beza mengikut kehendak ayat ( سياق ), antaranya;

1-Masuk Neraka.

Sepertimana Firman Allah swt dalam az-Zariyat, ayat; 13:

“(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka”.

2- Hujjah.
Firman Allah swt dalam surah al-An’am, ayat; 23:

“Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

3- Ujian atau Mehnah.
Firman Allah swt dalam surah al-Anfal, ayat; 28:

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar”.

4- Kesesatan dan Syirik.
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat; 193:

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim”.

Walau bahagimanapun maksud yang sesuai dalam memahami ertikata ayat ke 85, surah Toha ini ialah; ‘Kesesatan dan Syirik’. Ini adalah kerana ‘Kesesetan dan Kesyirikan’ yang mereka lakukan itu ialah menyembah ‘anak lembu’ ( العجل ) yang dibuat oleh Samiri, sepanjang ketiadaan Nabi Musa ‘Alaihis Salam kerana Baginda a.h.s pergi berjumpa dan bermunajat kepada Allah swt.

Wallahu Ta’ala ‘Alam..

سبربار
Selasa, 12.5.2009.
11.47am.

0 comments:

Post a Comment