Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Kepada sahabat2 yang berada di Mesir, saya berharap kita berwaspada bila mana membaca beberapa potong ayat al-Quran Terjemahan yang pernah meluas jualannya. Setelah diteliti, ada juga maklumat2 dari kawan2 yang lain, al-Quran cetakan Muassasah al-Mabrur tanpa tahun ini mengandungi beberapa kesilapan.. Antaranya;
1- Surah az-Zariyat, ayat; 30, M/s; 521. Kesilapannya ialah huruf Kaf berbaris atas dan yang sebenarnya dengan baris bawah (lihat gambar di atas).
2- Surah al-Baqarah, ayat; 264, M/s; 44. Kesilapannya ialah tiada baris pada huruf Qof dan yang sebenarnya ialah dengan baris depan (lihat gambar bawah).
3- Surah al-Fatihah, ayat; 3. Kesilapannya ialah pada huruf Ro' pada lafaz ar-Rahman. Didapati ia tertulis dengan huruf Zai..
4- Tertulis di kulit luar Mashaf ini; Al-Quran al-Karim Wa Tarjamah Ma'anihi bil Lughoh al-Malayuwiyyah.. (terjemah ke dalam bahasa Melayu), tetapi ia bukanlah dalam bahasa Melayu, mungkin dalam bahasa Indonesia.
Mungkin terdapat beberapa lagi kesilapan2 yang belum ketahui lagi...
Sepanjang pengetahuan saya, lazimnya Mashaf2 yang dicetak di Mesir ini hendaklah mendapat surat kebenaran dari AL-AZHAR, Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah, yang mengandungi stem hasil (damghoh). Tetapi dalam Mashaf cetakan ini, tidak pula disertakan sekali surat kebenaran tersebut. Ia meragukan, adalah ia benar2 telah disemak oleh Ahli Tasheh Mashaf yang kini diketuai oleh Pro. Dr. Ahmad Isa al-Ma'shorowi??
Walau bagaimanapun, saya syorkan kepada sesiapa yang telah memilikinya (seperti saya juga) janganlah membaca ayat al-Qurannya, kerana dikhuatiri tersalah baca dan seterusnya menyebabkan perubahan maknanya. Kerana jika berubah huruf dan baris ia telah mengubah makna dan nas al-Quran itu sendiri. Sedangkan inilah al-Quran yang diturunkan dari Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as. Secara Mutawatir, tiada penambahan mahupun pengurangan sedikit pun..
Tetapi jika sekadar ingin mengambil terjemahannya, mungkin tidak mengapa.
0 comments:
Post a Comment