Saturday, February 13, 2010

Qiraat Syazzah; Bawang Putih

. Saturday, February 13, 2010


AYAT AL-QURAN.
Firman Allah swt dalam surah an-Nahli, ayat; 10 yang bermaksud;
“Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya”.

Fir manNya lagi dalam surah al-Baqarah, ayat; 61;
[ مِنْ بـَقْلـِها و قـِثـَّـا ئِـها وفـُوْمـِها وعَدَسِها وبَصلـِـها... ]

Bermaksud; “Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu" dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya) dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh”

HADITH.

Daripada ‘Abdullah, beliau berkata; diceritakan kpdku oleh Nafi’ dr Ibn ‘Umar r.a’nhuma, bwh Baginda saw bersabda ketikamana di dalam peperangan Khaibar; “Sesiapa yg mkn pokok ini (iaitu bawang putih), maka jgnlah hampiri masjid kami”. H.R Bukhari(815).

Antara jenis-jenis bawang ialah;
1. Bawang Merah (dalam B.Inggeris: Shallot. Nama saintifiknya: Allium cepa var. aggregatum).
2. Bawang Besar (kuning, putih dan merah).
3. Bawang Putih.
4. Bawang Bombay (Dikenali sebagai Bawang Bombay kerana bawang jenis ini telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berasal dari Bombay (Mumbai kini) di India ke serata Asia).
5. Bawang Goreng (hehe)..

TAJUK; BAWANG PUTIH.
Jenis-jenis Bawang Putih.
Kebiasaannya ia berdasarkan hasil pengeluaran bagi sesebuah negara;
1. ( الثوم البلدى ) : [seperti di Mesir, saiznya yg kecil]
2. ( الثوم اليبرودى ) : [nisbah bg Yabrud iaitu satu kwsn di Syiria]
3. ( الثوم الصينى ) : [import dr China, saiznya lbh besar, mcm di M’sia]
4. ( الثوم الفرسى ).

Nama lain (common names) bagi bawang putih di dunia Arab selain ( ثـُوم ) ialah;
سـير – موسـيز – سـرماسق

Walau bagaimanapun di dalam al-Quran Allah swt tidak pula menggunakan perkataan ( ثـُوم ), tetapi dengan perkataan ( فـُوم ). Mari kita apa kata Ulama’ Bahasa dlm kamus2 mereka, antaranya al-Juhari dalam as-Sohah dan Fairuz Abadi dlm al-Qomus. Mereka berkata;
[ إنّ الفـُومَ هو الـثـُومُ ]. Bermaksud; “( الفـُومَ ) adalah ( الثوم )”

- Dan siapa yang mengatakan ( الفـُومَ ) itu adalah ( الثوم ), kerana mengambil dari Qiraat Ibn Mas’ud dalam ayat ke 61 surah al-Baqarah di atas td.
- Ada juga yg mengatakan ( الفـُومَ ) itu; ( حـِنـْطة ) iaitu “Gandum”.
Ini sepertimana yg terdapat dalam syair;
قد كنت أحسبنى كـأغنى واحد # وَرَد المدينة عَن زِراعة فـُـوم
فـُـوم : حـِنـْطة
- Dikatakan juga; “Kacang Humush (banyak dijual dekat dgn Masjid Ahmadi, Tonto) dan semua jenis biji-bijian”.

Kemudian Ibn Jinni (wafat;392) dlm kitab Muhtasabnya berkata (kitab yang membahaskan Taujeh Qiraat Syazzah);
“Qiraat bn Mas’ud dan Qiraat Ibn ‘Abbas ialah dengan ( الثوم ) iaitu dengan huruf ث". Jadi, bacaan mereka dalam surah al-Baqarah di atas ialah;
[ مِنْ بـَقْلـِها و قِثـَّـا ئِـها و ثــُـومـها وعَدَسِها... ]

Kata Ibn Jinni lagi; “( الثوم ) dan ( الفـُومَ ) adalah sama makna”.

Oleh yang demikian, dapatlah kita ketahui makna bagi kalimah ( الفـُومَ ) yang bermaksud ‘Bawang Putih’ diambil dari Qiraat Syazzah iaitu ( الثوم ), iaitu bagi Qiraat Ibn Mas’ud dan Qiraat Ibn ‘Abbas. Begitulah besarnya sumbangan ilmu Qiraat dalam memahami nas al-Quran dan membantu dalam ilmu bahasa, walaupun ia berstatus Syaz.

Khasiat Bawang Putih.
-Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik ‘alami di dalam tubuh manusia.
-Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
-Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
-Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.
-Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat. Atau bagaimana cara yang kita mahu.

Sumber;
Al-Quran&Terjemahannya, Al-Muhtasab –‘Uthman bin Jinni, Nabatat Tibbiyah, Zukirat fil Quran al-Karim was Sunnah an-Nabawiyyah -Dr. Muzaffar Ahmad al-Mausili dan wikipedia (internet).

0 comments:

Post a Comment