Monday, November 14, 2011

Tohmahan Terhadap Nabi: Ahli Sihir, Penyair, Gila

. Monday, November 14, 2011

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

TOHMAHAN NISTA TERHADAP NABI S.A.W.

Al-Quran diturunkan dengan penuh seni bahasa dan balaghah arabiyah, kepada umat yang ketika itu mahir malah pakar dalam selok besok bahasa. Para penyair yang hebat-hebat, masing-masing berlumba-lumba membuktikan syair mereka adalah yang terbaik.

Tetapi sungguh hairan, al-Quran yang penuh dengan keunikan bahasa, kefasihan pentuturannya, dan ketinggian bahasanya itu, rupa-rupanya diturunkan kepada seorang manusia yang buta huruf, yang tidak reti membaca malah tidak tahu mengeja!!

Maka turunkan al-Quran sebagai mencabar kewibawaan mereka dalam apa jua lapangan. Semata-mata untuk membuktikan bahasa Nabi kita Muhammad s.a.w benar-benar seorang Rasul yang diutuskan oleh Tuhannya. Baginda tidak melainkan hanya menyampaikan apa yang diutuskan dan apa yang diarahkan oleh Tuhannya ‘Azza wa Jalla.

Dek kerana kedegilan dan keangkuhan mereka, dengan mudah mereka melontarkan kata-kata, Muhammad ini hanyalah seorang SIHIR!

Bagaikan orang sudah kehabisan idea.

Sebagai menjawab, mudah sahaja sebagaimana yang dikatakan oleh Syekh Mutawalli Sya’rawi dalam kitabnya; “Mu’jizat al-Quran”.

1- Kita katakana, adakah orang yang disihir itu mempunyai kebebasan memilih jika berhadapan dengan sihir? Tentu sekali tidak. Kalau Muhammad s.a.w itu seorang ahli sihir yang telah menyhir atau menguasai orang ramai dengan sihirnya, maka kenapakah Baginda tidak menguasai MEREKA KESEMUAnya dengan kehebatan sihirnya itu?

2- Berdasarkan orang-orang yang berada dalam pengaruh sihir, mereka tidak mempunyai leluasa kebebasan memilih. Mereka tidak mampu mengatakan bahawa sihir itu benar atau palsu. Maka kita katakan kepada mereka lagi, kamu sendiri yang mengatakan Muhammad s.a.w sebagai ahli sihir sedangkan kamu tidak beriman dengannya adalah menjadi bukti yang jelas tentang kedustaan kamu sendiri. Seolah-olah kamu tidak terkena sihirnya yang memukau itu.

Musyrik Mekah menghujum lagi, katanya Nabi kita seorang PENYAIR.

Sekali lagi menampakkan kehabisan idea semata-mata keegoan mereka terhadap bukti-bukti nyata di hadapan mata mereka sendiri. Bagaikan mahu menegakkan benang yang sememangnya basah.

Mereka sendiri akui dan mengatahui bahawa nabi s.a.w tidak pernah mencipta sebarang puisi dalam hidupnya. Tapi mengapa mereka tiba-tiba menuduh Baginda dengan sedemikian rupa.

Muhammad seorang GILA?!

Sungguh ajaib bukan. Manusia yang dahulunya mereka sendiri memanggil dengan al-Amin (yang dipercayai), kini mereka katakan seorang MAJNUN ‘gila’!

Adakah manusia yang sebaik-baik akhlak itu, yang mulia malah dihormati oleh mereka sebelum ini, rupa-rupanya seorang gila? Kita katakan lagi, jika benarlah Baginda seorang yang gila, pasti orang gila itu akan mencaci maki kamu semua. Atau pun akan melontar batu-batu terhadap kamu. Apakah orang gila mempunyai akhlak yang mulia? Berpakaian baik? Berbudi bahasa?

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ (٦)خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (٧)وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (٨)

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Walluhu Ta’ala ‘Alam..

1 comments:

husniza hayati said...

salam ya ustaz..,
m0h0n nk c0py paste utk tugasan blajar..., halalkan ye :)syukran ;)

Post a Comment