Friday, May 22, 2009

Jantung Mula Berdegup. (Part 1)

. Friday, May 22, 2009


Jiwaku meronta-ronta, nakku luahkan, tapi malu.. degupan nadi jantungku semakin kencang bak kencangan angin di pantai Morib. Adakah ini tanda ‘cinta’ atau ‘rindu’ atau ‘sayang’ ataupun ‘jatuh hatiku pada si dia”?.. Susah nak ditafsirkan. Suatu yang subjektif memang sukar nak dizahirkan dengan kata-kata.

Lelaki dinisbahkan dengan ‘sikumbang’. Kaum hawa pula, dinisbahkan dengan ‘bunga’ yang penuh dengan madu, yang pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumbang. Itulah pemisalan yang dibuat. Jadilah ‘kumbang’ yang yang benar-benar ‘kumbang’. Dan jadilah ‘bunga’ yang benar-benar-benar ‘bunga’, dan bukannya ‘bunga plastik’ yang tertipu olah ‘kumbang’. Tapi, ‘bunga’ yang dihiasi dengan madu kemanisan madu itu, rupa-rupanya kurang senang kalau-kalau ‘bunga’ itu berMADU..

Ada orang cakap, kalau isteri makan madu, tapi ada kelat-kelat sikit. Nah..tu namanya dia dapat hidu bau..seolah-olah dia berMADU.. Apapun, kembalilah pada hukum dan fitrah.

Lokasi;
Pusat Kesihatan Kampung.

“Makcik, apakah khabar hari ini? Hari ini giliran makcik kena periksa kesihatan kan?” Kata Doktor Aiman sambil tersenyum manis..

"Makcik tenang-tenang je ye..saya nk periksa tekanan darah Makcik dulu ye. Jangan takut-takut..macam biase je”. Nasihatnya kepada Makcik Rubiah yang usianya sudah 70an.. Nampak sehat dan masih bertenaga lagi. Begitulah lumrah kehidupan. Adakala kita sehat, adakalanya sakit. Makcik Rubiah hanya bersahaja tapi tetap mampu menyimpul senyuman. Nasihat Doktor Aiman diturutinya, kerana kalau dia takut, atau berasa cemas..memungkinkan tekanan darahnya tinggi.

“Alhamdulillah..nampaknya kesihatan Makcik semakin sehat ni, bagus”.

“Makcik teruskanlah dengan aktiviti-aktiviti yang Makcik suka tu.. insya Allah moga-moga Makcik semakin sembuh dan ceria-ceria je” Senyuman manis dilontarkannya kepada Makcik Rubiah. Dia berpuas hati.. tanda syukur.

“Dalam masa yang sama, kuatkanlah amalan-amalan zikir ye Makcik, solat-solat sunat pun cubalah dimentainkan”. Doktor Aiman mengakhiri bicaranya, ringakas tapi padat.

Aiman tahu, bila kita sentiasa menyebut nama-nama Allah, dalam keadaan khusyuk, hati kan tenang. Hatilah mahkota jiwa. Maka berjayalah mereka yang menyucikan hatinya.

Pandangannya beralih seketika.. dia teringat ketika zamannya belajar di Egypt dulu. Pro. Doktor Mujahid Abul Majid, pensyarahnya dalam matapelajaran ‘Ijaz ‘Ilmi (‘Ijaz Sains), bukunya yang berjudul “al-‘Ijaz al-‘Ilmi fi al-Quran was Sunnah". Dia benar-benar dimanfaatkan buku itu.

Buku itu membahaskan tentang ‘Ilmu Jamin’ ( الأجنة ). Tetiba peti lamunannya dituntas dengan persoalan “Bilakan jantung manusia itu mula berdegup?” Dia mencari-cari jawapannya.. dan akhirnya inilah natijahnya..

::Kejadian Manusia::

Sebagai bukti al-Quran adakah Kalam Ilahi dan bukannya kalam Muhammad saw. Kita dibentangkan dengan firman Allah swt dalam surah al-Mukminun, ayat; 12-14, bermaksud;
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih (mani) pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi seketul darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, lalu Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, lalu Kami balut (pakaikan) tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.

FirmanNya lagi dalam surah Nuh, ayat; 14, yang bermaksud;
“Padahal sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat”.

Ayat pertama.
Surah al-Mukminun di atas memberitahu kita peringkat-peringkat kejadin manusia itu sendiri dengan jelas dan nyata, iaitu sebanyak 7 peringkat. Bermula dari pati (yang berasal) dari tanah
( طين من سلالة ), hinggalah peringkat dibentuk menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya ( خاقا ءاخر );
  1. طين من سلالة (saripati dari tanah).
  2. نطفة (air mani).
  3. علقة (segumpal darah).
  4. مضغة (segumpal daging).
  5. عظام (beberapa tulang).
  6. كسوةالعظام لحما (dibaluti tulang dengan daging).
  7. آخر خاقا (kejadian yang sempurna).
ِِAyat kedua.
Surah Nuh, menyatakan bahawa kejadian manusia ini berlaku berperingkat-peringkat dalam jarak jangka masa yang tertentu.

Dalam surah al-Mukminun, didapati terdapat 3 perkataan ( ثم ) dan 3 huruf ( ف ) diulang-ulang. Perkataan ( ثم ) membawa maksud suatu tempoh yang lama atau panjang, iaitu dari satu peringkat ke peringkat seterusnya. Inilah kaedah tatabahasa Bahasa Arab. Manakala huruf ( ف ) pula sebaliknya, iaitu suatu tempoh yang dekat.

::Secara Perinci::
1- ( ثم ) berlaku pada peringakat;
  1. طين من سلالة .
  2. Dari ( نطفة ) ke ( علقة ).
  3. Dari ( لحما كسوةالعظام ) ke ( خاقا ءاخر ) .
2- (ف ) berlaku pada peringakat;
  1. Dari ( علقة ) ke ( مضغة ).
  2. Dari ( مضغة ) ke ( عظام ).
  3. Dari ( عظام ) ke ( لحما كسوةالعظام ).
Untuk ( ثم );
Semua peringkat tersebut merupakan peringkat yang memerlukan jangka masa yang panjang. Sebagai bukti kukuh dari kajian ilmu sains terhadap janin menunjukkan nas al-Quran adalah benar dan terlebih kehadapan, merentasi penemuan-penemuan kajian sains.

Ini adalah kerana kajian yang dijalankan, menemui bahawa manusia terjadi dari percampuran antara benih lelaki dan benih wanita, iaitu ‘sperma’ ( الحيوان المنوى ) dan ‘ovem’ ( البيـيضة ) iaitu pada tahun 1775M. Padahal al-Quran sendiri telah termaktub memberitahu kita tentang perkara ini sejak 1400 tahun yang lampau lagi..فسبحان الله

Terdapat hadith yang secara jelas dan nyatanya menerangkan perkara ini. Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, katanya;

“Pernah Nabi saw melalui seorang yahudi yang sedang berbual-bual dengan sahabatnya. Seorang Quraisy berkata kepada orang yahudi tadi; ‘Hei yahudi, dia ni menyangka bahawa dia adalah seorang Nabi’. Dia menjawab ‘Akan kutanyakan dia (Nabi saw) tentang sesuatu yang tidak diketahui melainkan Nabi sahaja. Maka dia pun pergi jumpa Nabi saw dan duduk, kemudian dia pun berkata ‘Ya Muhammad, dari apakah manusia itu diciptakan?’. Nabi saw menjawab ‘Wahai yahudi, dari setiap yang diciptakan itu dari ‘nutfah lelaki’ (sperma) dan ‘nutfah wanita’ (ovem). Maka bilamana ‘nuftah laleki’ menjadi keras, terjadilah daging dan saraf. Manakala bilamana ‘nutfah wanita’ itu menjadi lembut, terjadilah daging dan darah’. Wahudi itu pun berkata ‘Begitulah apa yang dikatakan sebelummu’”.

Inilah bukti yang jelas bahawa Muhammad saw tidak akan berkata melainkan apa yang diwahyukan sahaja. Adakah Baginda saw pernah melakukan kajian-kajian terhadap janin? Bagaimanakah seorang Rasul itu boleh tahu semua itu? Adakah hanya tekaan dari dirinya sahaja? Tidaklah semua itu melainkan adalah wahyu dari Allah swt.

Jika seorang yahudi pun memperakuinya, bagaimanakah kita sebagai umatnya?

... bersambung ...

5 comments:

fadzil said...

Kalau jantung mula berdekup itu tandanya ada Seeerrrr:) kalau berdegup tambah kencang itu tandanya dah Seeerrrr Seeerrrr hehehe

mohd nazir said...

aik.perli nampak..huk..huk..

fadzil said...

Mana (Degupan Part2) dah pasti degupan semakin kencang hehehe dup dap dup dap dup dap'
Kalau seeerrrr lebih dupdupdupdup
bak kata Abg Zaman "itu cuma perasaan sajaaa"

mohd nazir said...

Part;2..akan menyusul kemudian..

fadzil said...

Dik, abang nak selet2kan unsur2 agama dalam bloq tapi kurang ilmu. Kalau abg letak gambar2 pastu masukan unsur agama di penghujung blh ke?

Post a Comment