Wednesday, July 8, 2009

Yang bernama Ibu, Bonda, Mak, Mama, Umi.

. Wednesday, July 8, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Lama sungguh tak jengok-jengok blog ni.. Kehidupan dikampung, tak sama seperti di kawasan-kawasan lain. Kini, genap seminggu dah saya berada di tanahair, semenjak pulang dari Bumi Kinanah itu.

Dalam tempoh ini juga,tak banyak perkara yang dapat saya lakukan. Sekadar teman dan jaga bonda sahaja. Alhamdulillah.. walau hanya melihat ibu pun, tetap dikira ibadat. Semoga kita akan diberi kesempatan melakukan ibadah ini di dunia. Cubalah kita bayangkan saudara-saudara kita yang lain, yang ibunya sudah tiada lagi, nak panggal mak, ibu, mama, umi pun tak tau nak diucapkan kepada siapa. Mujur masih ada mak mentua bagi yang dah berumahtangga.. Jika mereka sudah tiada, maka terputuslah ibadah ini. Hanya yang ada ibadah melihat al-Quran dan Kaabah atau pun seumpamanya..

Teringat beberapa tahun dahulu, kakak iparku pernah berkata sesuatu kepadaku.. Kakak ipar saya ini orang daerah-daerah Banting je. Kira setengah jam je untuk sampai ke rumahku ini. Semenjak bapaku meninggalkan alam dunia, dialah yang menjaga mak. Sebab abangku (suaminya dan kini sudah tiada lagi di dunia) dan sekeluarganya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Bonda, sekali gus menjaga Bonda. Mungkin tak semua menantu perempuan yang sanggup tinggal bersama mak mentua tuk beberapa tahun lamanya. Sambil kami berdua berbual-bual di meja makan, dia pun meluahkan perasaannya.

"Akak ni bertuah, masih ada mak lagi, masih boleh menumpang kasih mak lagi, walaupun cuma mak mentua".

Sambungnya lagi.."Akak masih boleh lagi jelok mak". 'Jelok' ialah bahasa Jawa yang bermaksud 'memanggil'..

Betapa besarnya seorang 'ibu' itu, walau memandang pun sudah dijanjikan ganjaran pahala. Pernah Baginda saw memberitahu seorang sahabat, hinggalah Baginda saw mengulangi dengan sabdanya; "ibumu, ibumu, ibumu..".

Firman Allah swt dalam surah al-Isro', ayat; 23:
فَلا تقل لَهما أفٍ
Bermaksud;"Maka janganlah kamu mengatakan kepada mereka berdua;ah.."

Berdasar ilmu Qiraat,pada kalimah أفٍّ boleh dibaca dengan 3 Qiraat iaitu;
1- Baris Atas pada huruf Fa'
2- Baris Bawah.
3- Baris Bawah serta Tanwin.

Untuk Qiraat yang ketiga ini (Baris Bawah serta Tanwin), ia berdasarkan pada kalimah ( صـَهٍّ ) yang bermaksud; ( اُسـْكُتْ )iaitu 'Diamlah atau senyaplah dari apa jua bunyi'.

Berdasarkan kefahaman di atas, kita mungkin mampu untuk membuat satu simpulan bahawa berdasarkan Qiraat ketiga ini, menyeru agar kita tidak sekali-kali meninggikan suara, menyentak suara apatah lagi membuatkan apa-apa yang boleh menyebabkan mereka terasa atau berkecil hati. Begitulah Allah swt menggarispandukan kepada hamba-hambaNya dalam berhadapan kedua ibu bapa kita.Kerana hanya Islamlah agama yang senpurna yang diturunkan oleh Allah swt.

Pun begitu, mungkin segelintir dari kita yang hanya mampu punyai 'Mak Angkat'.. Mungkin ada di antaranya yang dipelihara sejak kecil lg, ada juga bila dh berumur sikit, baru beremak angkat..Walau apa pun, mereka tetap ibu kita juga. Saya percaya mereka tetap menganggap kita sebagai anak kandungnya sendiri. Mereka tetap bersusah payah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang... Sejak kita kecil hingga dewasa..hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun.. Merekalah yang memelihara kita. Dan Tuhan itu Maha Adil dan Maha Kuasa..setiap amal kebaikan pasti diganjari kelak..

Selamat Hari Ibu Untuk Selama-lamanya... Semoga Bondaku dan Bonda Kalian Selamat Di mana Jua Mereka Berada..Dunia dan Akhirat..Amin..

2 comments:

Anonymous said...

ahlan wa sahlan ila ardhi maliziya ....

mohd nazir said...

ahlan bik ya sodiq..

Post a Comment