Friday, June 26, 2009

Sejarah Tulisan dan Kaitannya dengan Resam al-Quran

. Friday, June 26, 2009

Jika soalan diutarakan;

- Berapa kalikah kita membaca al-Quran dalam seminggu? Tiap-tiap hari? Selang sehari? Seminggu sekali? Hanya malam jumaat sahaja? - Berapa kalikah kita mengkhatamkan al-Quran.. Adakah setahun sekali, iaitu bulan Ramadhan sahaja? Adakah setiap bulan? Setiap mingggu? Setiap 15 hari?.. atau tiap-tiap khatam? - Sejauh manakah keprihatinan kita terhadap kitab suci Kalam Ilahi ini? Kalau nak tahu penafsirannya mungkin tidak semua dari kita mengetahuinya. Paling tidak pun, pernahkah kita terfikir, kenapakah al-Quran dengan bahasa Arab, tidak dengan bahasa-bahasa lain? Kan senang kalau dengan bahasa Melayu je?
- Pernahkah terfikir, bagaimanalah seawal-awal penulisan al-Quran dahulu kala? Kenapakah kalimah 'SOLAT' ditulis dengan huruf WAW? tak macam tulisan biasa. Apakah asal usul tulisan Arab ini? Bagaimanakah boleh wujudnya 'baris-baris dan tanda-tanda' di dalam al-Quran, contohnya baris atas. depan, bawah, tanda sukun, sabdu, tanwin dan sebagainya. - Sejauh manakah keterpekaan kita terhadat ini semua? Belajar dan kajilah semuanya itu..

Soalan lagi;
- Jika anda ditanya oleh sesiapa, jawablah dengan sekadar mampunya kita. Jika tidak tahu, katakan sahaja 'Wallahu 'Alam..saya tak tahulah perkara itu'.. Rujuklah pada mereka yang 'ahlinya'..

Beberapa Jenis Penulisan Kono.

Secara ringkasnya, bangsa Arab sejak dahulu kala telah menggunakan kaedah penulisan sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Di sini kita dapatlah membahagikannya kepada 2 bahagian.
  1. Tulisan Musnad Himyari.
  2. Tulisan Arab Syamali(utara).
Antara bentuk-bentuk tulisan pada dahulu kala, contoh pertama ialah yang dipanggil sebagai Tulisan Taswiriyyah (tulisan bergambar). Bentuk tulisan ini telah digunapakai sejak dahulu lagi. Ianya juga merupakan tulisan yang paling lama. Tulisan ini digunakan oleh manusia ketika itu bagi menerangkan dan menggambarkan kepada manusia tentang sesuatu benda atau fikiran. Yangmana semua itu digambarkan dengan sesuatu 'alamat' atau tanda-tanda tertentu. Atau juga dilukis sesuatu gambar yang sama dengan yang hendak dimaksudkan itu.Sebagai contoh, kita lihat pada lukisan itu ada seorang yang sedang membawa busur (alat memburu) dan dalam masa yang sama, sebelah dia pun ada seekor anjing dan berdekatannya pula ada seekor rusa yang sedang diburu oleh anjing tersebut. Hasil dari gambaran di atas, mungkin kita bolehlah menganggap bahawa 'orang' itu adalah 'pemburu' yang sedang berjalan-jalan memburu haiwan..Daripada jenis-jenis Tulisan Taswiriyyah ini, antara tulisan yang masyhur ialah 'Tulisan Hieroglyphs' , 'Tulisan Cina' dan 'Tulisan Sumariyah Kuno' .

Kalimah Hieroglyphs ini merupakan 2 kalimah dari bahasa Yunani, iaitu terdiri dari suku kata 'HIEROS' dan 'GLOPHOS'.

Seterusnya, selari dengan peredaran zaman, 'tulisan' ini juga mengalami perubahan demi perubahan. Zaman demi zaman. Hinggalah kurun ke-7 sebelum masihi, 'tulisan' ini telah tersebar diseluruh pelosok nagara Mesir. Rujukan;
Ar-Rasmu al-'Uthmani, Dr. Hamdi Sultan Hasan Ahmad, Pensyarah Usul Lughah dan Qiraat di Kuliyah al-Quran, Uni. al-Azhar, Tanta, Mesir.

2 comments:

AiNnUr FaRihAh said...

ooo..ceteknya ilmu sy...just tahu bc...tp xpenah nk amek tahu asal usul AQ...

ish2...

kene mantapkn lg ilmu ni...:(

mohd nazir said...

setiap kite kan berlainan daya kemampuanya, jika kite mampu membaca, juga ibadah,jika mmpu untuk bljr lbh,juga ibadah,yg penting kite tetap utuh pd al-Quran..dlm ms yg sama kite baca juga terjemahannya juga serta bertanya pd yg ahlinya..

Post a Comment