Saturday, September 26, 2009

Hujan Rahmat @ Hujan Bala'??

. Saturday, September 26, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

18..92009 / Jumaat.

Hari demi hari merentasi Madrasah Ramadhan pasti ada naik turunnya. Walaupun Rahmat Ilahi itu berbondong-bondong menerjah ke seluruh pelosok dunia, tetapi hamba tetap jua seakan-akan menepisnya. Adakala hamba itu merasai benar-benar dekat pada sang Penciptanya, adakala jauh sejauh-jauhnya. Begitulah keadaan turun naiknya IMAN seseorang. Bertambah dan berkurang..




Hari ini sejak seawal subuh, hujun tidak putus-putus membasahi dataran hijau ini. Begitulah ketetapan Allah swtd alam pentadbitanNya. Hujan tetap turun hingga hampir jam 12 tgh. Dengan keagunganNya juga, bumi ini telah dibanjiridengan air langit. Habis dapur rumah ditenggelami air, walau cuma sekali je..

Kejadian ini bagiku adalah 'first time' sepanjang saya hidup. Kita mungkin sukar mengerti, adakah ia hujan 'RAHMAT' ataukah hujan 'BALA''..

Jika kita perhatikan pada terjemahan ayat-ayat al-Quran, kita akan dapati kalimah ( غيث ) : 'GHOITH' dan ( مطر ) : 'MATOR', diterjemahankan dengan maksud "Hujan". Tetapi pada hakikatnya, ia tetap lain dan berbeza dari segi maksud sebenarnya dan cara penggunaan kedua-duanya. Inilah kehebatan al-Quran, walau pun hanya lafaz-lafaznya sahaja, tetapi ia tetap menyerlahkan kemukjizatan Ilahi. Ini adalah kerana 'bukanlah ia melainkan Wahyu semata-mata'.

Sains dan al-Quran.

Jika ditanya, "adakah sains terdapat dalam al-Quran atau al-Quran terdapat dalam sains??"

Lantas kita pun sejanak berfikir, mana satukah yang benar? Bagi saya, kedua-duanya tetap betul. Akan tetapi jika didalami ia berbeza. Hujahnya, jika kita katakan;


"Sains terdapat dalam al-Quran".

Ia benar kerana memang kitab al-Quran ini mengandungi semua aspek dan perkara. Ini adalah kerana al-Quran adalah kitab yang diturunkan sebagai panduan kehidupan kita. Sudah pasti ia mengandungi semua perkara, termasuklah ilmu-ilmu sains, sosiosejarah, hukum hakam dan sebagainya. Cumanya ia tidaklah sedetail seperti yang terdapat dalam buku-buku rujukan sains. Ini semua adalah kerana Allah swt menghendaki agar kita sentiasa belajar dan mendalaminya.

Seterusnya, jika kita katakan;

"Al-Quran terdapat dalam sains".

Ia juga benar kerana kini terbukti berdasarkan kajian demi kajian yang dibuat oleh pakar-pakar sains, jelas menunjukan bahawa beberapa hasil kajian tersebut sebenarnya sama malah terdapat di dalam al-Quran. Buktinya, ahli sains dalam kurun ke-17 dan ke-18 mula mengenal pasti bahawa proses kejadian manusia (embrio) ini berlaku dalam beberapa peringkat, iaitu hasil percampuran benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovem). Al-Quran dengan jelas lagi terang tanpa disuluh, telah mendahului menyatakan bahawa kajadian manusia itu sendiri akan melalui 7 peringkat. Sepertimana firman Allah swt dalam surah Nuh, ayat; 14, yang bermaksud;

"Dan telah diciptakan kamu dalam beberapa peringkat".

FirmanNya lagi dalam surah al-Mu'minun, ayat; 12-14 (sila rujuk al-Quran terjemahan).

Setelah kita amati kesemua keterangan di atas, kita simpulkan bahawa "SAINS TERDAPAT DALAM AL-QURAN". Alasannya, kerana al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lampau telah pun menyebutkan. Ini jelas menunjukan bahawa al-Quran telah mendahului segala-galanya.

Mengapa al-Quran terlebih dahuluinya?..
Kerana al-Quran adalah wahyu Allah swt. Bukannya buku-buku kasil kajian manusia. Dialah jua Yang Maha Mengetahui segala-galanya kerana Dialah pencipta segala pencintaan. Subhanallah..

BAGAIMANA KITARAN HUJAN BERLAKU?.
Kita sejak di bangku sekolah lagi telah diajar tentang kitaran hujan. Yang berlaku melalui wap air laut yang naik ke atas. Kemudian wap itu pada sesuatu tahap, menjadi berat. Seterusnya jadilah titisan air.

Al-Quran sendiri telah mendahului dalam menerangkan kepada sekalian manusia tentang kejadian hujan ini. Ini jelas sepertimana dalam fimanNya dalam surah ar-Rum, ayat; 48, yang bermaksud:

"Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira".

FirmanNya lagi dalam surah al-'Arof, ayat; 57, yang bermaksud;

"Dan Dia lah (Allah) ymenghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)".

Semua ini jelas kepada kita bahawa siapakah yang maha kuasa mentadbir segala-galanya?Siapakah yang maha mengetahui dikala pakar-pakar kajian membuat kajian-kajiannya?
Buat akhirnya, ingin saya nukilkan beberapa potongan syair yang mampu saya taip di sini yang dicopy n paste dalam buku "KITIB AT-TAUWID, DIPERAKUI OLEH FAKTA SAINS, tulisan; 'Abdul Majid 'Azizi az-Zindani". Buku ini adalah hadiah dari Ibu angkatku, semoga Allah merahmatimu..

Kata seorang penyair yang dimuatkan di dalam buku tersebut;
"Saudaraku, jadilah orang yang memerhatikan awan,
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan..
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat,
adakah kamu bersyukur kepada Tuhan akan nikmat tersebut..
Lalu matahari menguasai laut,
untuk dibangkitkan wap air daripadanya..
Diangkat airnya ke atas,
melepasi bukit-bukit yang tinggi..
Dan diliputinya udara sejuk,
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit..
Sekiranya Dia mahu dijadikan udara panas,

maka kita tidak mendapat walau setitis hujan..
Dan menghalau tiupan angin dalam keadaan bertebaran,

hujan turun selepas awan diperah.. "
(panjang lagi)

Salam 'Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesalahan dan kesilapan..

Wassalam..
19.9.2009 / 11.48am

0 comments:

Post a Comment