Friday, November 27, 2009

Haji: Kisah Nabi Ibrahim a.s

. Friday, November 27, 2009


Kini 'Aid Adha menjelang lagi. Inilah dua perayaan yang besar yang disyariatkan dalam agama Islam. Tiada sesiapa pun yang berani mengatakan ia di'warta'kan sebagai 'Hari Kebesaran' umat Islam kecuali ia datangnya dari Tuhan semesta alam ini. Dialah yang menjadikan setiap sesuatu dan Dialah juga yang mengadakan sesuatu yang tiada.

Ibadah Haji telah menyoroti kita akan kisah-kisah yang berlaku sekitarnya juga hikmah-hikmah yang tersembunyi. Ketetapan-ketetapan yang telah di'tahdid'kan. Antaranya kisah Nabi Ibrahim a.s.

Siapakah Ibrahim a.s?
Dinyatakan di dalam buku 'Qososul Ambiyak, Sejarah 25 Rasul', karanagan NY. H. Hadiyah Salim, yang diterbitkan oleh Bismi Pulishers, Singapure. Beliau telah mencatit, Nabi Ibrahim a.s adalah anak kepada Azar, iaitu seorang tukang membuat patung-patung untuk dijadikan sembahan kaum mereka ketika itu. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-An'am, ayat ke 73.

Baginda dilahirkan di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan kemusryrikan dan kekufuran. Tetapi Baginda a.s terpelihara daripada perbuatan kekufuran yang hina itu. Jika ditanya, bagaimanakah boleh seseorang itu mampu menjaga dirinya sendiri dalam masa dilungkungi dengan kepelbagaian kebobrokan? Sudah pasti, Allah lah jua yang menjaga dan memeliharanya. Jika Dia nak, semuanya kan menjadi..

Ketika itu Baginda a.s hidup dibawah kekuasaan seorang raja yang sangat terkenal dengan sifat kezalimannya, iaitu Raja Namruz (dengan huruf Zal, bukan Dal; NAMRUD).

Berdasarkan ayat ke-68 surah al-Ambiyak yang bermaksud;
"Mereka berkata; 'Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak berbuat".

Kata Pro. Dr. Wahbah dalam menafsirkan ayat tersebut; Mereka saling berkata-kata sesama sendiri dan yang masyhurnya yang berkata (sepertimana dalam ayat ke-68 di atas) ialah 'Namruz'. Nama Namruz ialah; Namruz bin Kan'an bin Sanharib bin Namruz bin Kush bin Ham bin Nuh.

Ada yang berpendapat bahawa Namruz adalah seorang lelaki dari golongan 'Kard' dari bangsa arab Farsi.

Jika Nabi Musa a.s ada seorang raja yang zalim, iaitu Firaun. Begitu juga Nabi Ibrahim a.s, Raja Namruz. Malah undang-undang yang dibawa oleh kedua-dua raja ini pun sama sahaja,iaitu setiap bayi laki-laki yang hidup pada tahun itu hendaklah dibunuhkan sahaja. Begitulah senarionya jika kedudukan dan kekayaan berada di tangan.

Jika Nabi Musa a.s dibiarkan terkendang dibawa arus sungai kerana dengan harapan mudah-mudahan ada sesiapa yang mengambilnya. Begitu juga Nabi Ibrahim a.s, yang mana Baginda a.s dibiarkan dan ditinggalkan sendirian di dalam gua oleh orang tuanya. Kerana mengikut perhitungan akal, tentulah Baginda a.s akan mati dek kerana dimakan haiwan buas atau dipatuk ular berbisa. Tetapi aneh, Baginda a.s tetap hidup malah walau tiada siapa yang menjaganya. Jadi, apa yang dimakan oleh Baginda a.s? Baginda a.s menghisap jarinya dan apabila Baginda a.s menghisap jarinya yang mulia itu, maka terkeluarlah air madu. Maka Allah jua lah yang menjaga dan memelihara Baginda a.s.

Ketika Usia Remajanya.

KISAH 1: Antara kelebihan yang terdapat dalam diri Nabi Ibrahim a.s ialah kecerdikan dan keberaniannya.

Ketika usianya sudah meningkat remaja dan sudah mengerti akan sesuatu, maka Baginda a.s pun bertanya kepada orang tuanya;
"Wahai ibu bapaku, siapakah yang menjadikan diri saya ini?".

Mereka menjawab; "Yang menjadikan kau adalah kami (ibu bapamu), kerana kau lahir ke dunia ini adalah sebab kami". Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya lagi;

"Kalau gitu, sapa pula yang menjadikan ibu bapaku?".

Mereka menjawa; "Nenek dan datokmu, kerana kami lahir disebabkan mereka pula".

"Kalau begitu, sapa pula yang mula-mula sekali menjadikan yang ada ini?". Mereka pun terpinga-pinga kerana tiada ada jawapannya, kerana mereka tak tahu Allah lah Yang Maha Berkuasa, yang mengadakan sesuatu itu..

KISAH 2: Ibrahim dengan Berhala-berhala Yang Dihancurkannya.

Hal ini telah pun diceritakan di dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Ambiyak, ayat 51-67.
Kisah ini mengisahkan bahawa Ibrahim a.s dengan beraninya telah menghancurkan berhala-berhala sembahan kaumnya itu. Iaitu ketika mana mereka semua pergike tempat keramaian dan berpesta. Setibanya mereka, habis semua berhala-berhala itu hancur, melainkan satu sahaja. Itulah patung yang besar. Ibrahim a.s sengaja meletakkan kapak di tangan berhala yang besar tersebut. Dengan kecerdikan Baginda a.s, Baginda a.s pun bertanya kepada kaumnya kerana mereka mengatakan Ibrahimlah yang sengaja membuat onar dan memang sebelum ini Ibrahimlah yang benar-benar menghina sembahan datok moyang mereka itu.

Lantas Baginda a.s pun berkata sambil memperli; "Cubalah kalian bertanya dengan berhala yang besar ni, kerana dia yang menyandang kapak. Kerana mungkin dia tu tak nak di samakan dengan patung-patung yang kecil. Sebab itu dia menghancurkan yang lain-lain".

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam ayat ke-63, yang bermaksud;
"Jawab Ibrahim; 'Bukan, yang membuat demikian itu ialah patung yang besar ini. Cubalah tanyakan kepadanya. jika mereka (patung itu) boleh berbicara".

Selepas mereka mendengar kata-kata Ibrahim a.s itu, mereka pun terkasema lantas berfikir bahawa patung-patung itu takkan mampu berbicara pun. Jadi, mengapakah perlunya patung-patung itu disembah? Memang sungguh hairan..

KISAH 3: Dibakar Tapi Tak Terbakar.
Kayu kayan pun dikumpul hinggalah membentuk bakaran yang tersangat besar. Hinggakan mereka pun mati kutu macam manalah nak humbankan Baginda a.s ni. Tak kan mereka nak tolak terus je, mereka senderi tak tahan dengan bahang kepanasan api itu. Atas nasihat dan idea sang syaitan, mereka pun dapat jalan penyelesaiannya, iaitu Baginda a.s diikat dan dalam masa yang sama Baginda a.s diletakkan di suatu tempat yang dapat dilentingkan, seperti anak panah dan dilentingkan dari jarah jauh terus ke dalam sasaranya itu. Dalam bahasa arab ia dipanggil (al-Munjaniiq).

Apa yang terjadi? Dengan kuasa Yang Maha Kuasa, api yang sifatnya membakar itu tidak pun membakar walau sehelai rambut cuma. Subhanallah..

Hal ini dapat kita renungi dalam ayat ke-69, surah al-Ambiyak, yang bermaksud;
"Wahai api, jadilah dingin dan selamatkan Ibrahim".

Di dalam ayat ini, Ibn 'Abbas di dalam tafsirnya mengatakan: "Jika tidak dikatakan sedemikian (Salaaman) 'selamat' sudah pasti Baginda a.s akan binasa dek kerana kesejukan itu". (Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn 'Abbas).

Sementara itu, Abul 'Aliyah juga berkata; "Jika tidak dikatakan (Bardan wa Salaaman) 'dingin dan selamat', pasti kesejukan itu akan menjadi lebih, berbanding panasnya". (al-Tafsir al-Munir, Pro. Dr. Wahbah az-Zuhaili, Jil; 9).

Begitulah uniknya susunan perkataan dan susunan ayat yang terkandaung di dalam al-Quran. Tidak semata-mata Allah s.w.t firmankan sahaja, malah ada rahsia di sebalik rahsianya. Ini adalah kerana Dialah yang mencipta setiap benda. Tempat dan masa juga dalam ciptaanNya. Jika DIa kata (Kun!!), maka jadilah ia..

PETUA AMALAN.
Ayat ke-69 surah al-Ambiyak ini boleh juga diamalkan bilamana kita merasakan suhu badan kita panas atau demam.

Mudah-mudahan dengan keberkatan al-Quran dan kisah disebalik ayat tersebut, menjadi ubat kepada kita. Kerana al-Quran itu sendiri bersifat dengan as-Syifa' iaitu 'Penawar'.

1 comments:

mohd nazir said...

Penambahan; Azar adalah pakcik Nabi Ibrahim a.s. Kerana di dalam B.Arab,krn adat bangsa arab menangil pak cik juga dgn panggilan al-Abb. rujuk :Jauharah Tauhid, J1/ Muka; 69.

Post a Comment