Friday, December 11, 2009

Nak Benti ke nak Sambung??

. Friday, December 11, 2009

Sebagai pendahuluan, mari kita perhatikan apa yang hendak dipertengahkan di sini.


Waqof dari segi bahasa; Tertahan.
Dari segi Istilah ilmu Qiraat; Abu Hayan berkata: “Memutuskan sebutan pada akhir lafaz”.

Walaupun begitu, antara penta’rifan yang lebih utama untuk diterima ialah pendapat Ibn al-Jazari di dalam kitab an-Nasyr dan pendapat al-Ja’bari dalam Latoiful Irsyad. Kata al-Ja’bari;
“Waqof ialah memutuskan suara bagi sipembaca itu pada akhir kalimah yang jelas dalam keadaan seketika”. (Untuk pendapat Ibn al-Jazari lebih panjang.)

Waqof ini berlaku pada ‘kepala ayat’ atau pada pertengahan ayat. Tidak pula pada potongan kalimah yang bersambung. Contoh; ( كـُلـّـََمَا ), iaitu waqof pada ( كـُلََّ ).

Ini berbeza dengan makna Saktah, kerana Saktah juga memutuskan bacaan, akan tetapi ia dengan menahan nafas. Dalam erti kata lain, menahan nafas dan akan meneruskan bacaan tersebut. Manakala Waqof tanpa menahan nafas.

Seterusnya mari kita lihat ta’rif Qoto’. Qoto’ ialah; “Satu ibarat memutuskan bacaan pada kepala ayat, iaitu seperti memberhentikan bacaan ' إنـتـهاء ' ”.

Akan tetapi jika hendak memulakan bacaan lagi, kita dikehendaki untuk membaca ‘Isti’azah’ sebab Qoto’ pada bacaan diumpamakan seolah-olah kita menyudahi bacaan. Dah ending cerita..

Gesaan Qoto’ bacaan hanya berlaku pada 'kepala ayat' atau akhir ayat kerana 'kepala ayat' itu sendiri memangnya dikira sebagai ( مقـاطع )’, iaitu tempat berhenti.

Ibn al-Jazari ada menyebut dalam kitabnya ‘an-Nasyr’ yang mana sanadnya bersambung hingga ke ‘Abdullah bin Abi Huzail, katanya; “Apabila sesuatu ayat itu dibuka (dimulai membacanya), maka janganlah diputuskannya hinggalah sempurna”.

Apa yang Hendak Diutarakan di sini??
Terdapat segelintir dari pembaca al-Quran yang menyambungkan satu ayat dengan ayat seterusnya. Lebih-lebih lagi pada ayat-ayat yang pendek. Apa yang mereka lakukan ialah mereka akan mematikan pada huruf terakhir dan terus sambung dengan ayat seterusnya. Sebagai contoh, mari kita lihat pada;
1. Surah al-Ikhlas, ayat 2+3;
( الله الـصمدْ لـَـمْ يلد ولم يولد )
Sepatutnya jika hendak sambung, bacalah begini;
الله الـصمـدُ لـَـمْ يلد ولم يولد

2. Surah al-Ikhlas, ayat 1+2;
( قل هو الله أحدْ َالله الـصمد )

Sepatutnya jika hendak sambung, bacalah begini;
( قل هو الله أحدُنِ الله الـصمد )*.
*Untuk keadaan seumpama ini, kaedahnya ialah; dibuang salah satu tanda baris tanwin dan diganti pula dengan huruf Nun berbaris bawah.

Kenapa Begitu?
Kerana bertemunya dua sakin ( تقاء الساكنين ). Oleh kerana lidah sukar dan berat untuk menyebutkannya, maka digunalah kaedah tadi kerana baris bawah itu 'ringan.' Kaedah ini sememang sudah terdapat dalam kaedah bahasa ‘Arab.

Apa Hikmahnya??
Kerana Allah s.w.t menurunkan wahyuNya kepada kita bukan untuk menyusah-nyusahkan atau memberatkan umatnya, tetapi untuk memudahkan kita. Cumanya kita sahaja nak tak nak je ngaji..

Tidak Termasuk Dalam Masalah ini.
Sekiranya kita membaca dengan ‘Wasol’ iaitu menyambungkan bacaan dengan ayat seterusnya pada ayat seperti dalam surah Toha ini, ayat; 1+2;
( طه ما أنزلنا عليك القرءانَ لـِـتـََـشْقـَى إلا تـَذْكـِـرَةً لِمَنْ يَخشَى ).
Ini adalah kerana jika dibaca dengan Wasol mahupun Waqof, tetap sama sahaja juga.

0 comments:

Post a Comment