Jumaat | 4 Nov 2009 | jam 7.05pg.
Ziarah Makam Syeikh Redho Salim 'Ali.
Perjalanan pagi itu bermula dan berkumpul di Masjid al-Khozindaroh, Shoubro. Memang tak disangka-sangka rupanya memang ada rombongan akan pergi ke Makam Syeikh dalam masa terdekat ini.
Rombongan yang diketuai oleh Ustaz Afandi dari Singapure dengan membawa 3 buah van besar. Semuanya pelajar Singapure dan 2 orang dari Malaysia. Termasuk saya dan Ustaz Salman. Walaupun cuma menumpang sahaja, tapi tujuan kami tetap sama.
Tepat jam 7.33pg kami pun sampai ke destinasi. Makam Syeikh terletak di daerah Qolyubiyyah, di kawasan Balaks. Mungkin begini ejaannya, sebab saya pun tak tahu ejaan Arabnya macamana. Cuma Sima'e saja dari 'Amu di kawasan kubur tersebut. Mungkin juga dia penjaga kubur..
Sebenarnya tak lah jauh sangat perjalanan dari Shoubra. Mudah je. Cuma kena ada kenderaan sendiri baru terasa mudah. Walaupun di kawasan perkampungan, tetapi kedudukannya tidak jauh dari HiWay Shoubro al-Khemah-Tonto.
Setiba sahaja di makam, terasa di hati, kedudukan makam yang direndangi dengan sepohon besar dengan bentuk makamnya yang segi empat itu tak lari sebijik macam bentuk dan keadaan Masjid al-Makhzan. Masjid tersebut menjadi tempat Syeikh Rahimahullah 'Alaih solat menjadi imam serta khatib. Mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama para Ambiya' dan para Solehin, Amin..
Sepanjang perjalanan pulang, saya berkesempatan berbual-bual dengan Ustaz Afandi. Rupa-rupanya beliau telah lama mengenali dan bersama dengan Syeikh.
"Dah 12 tahun". Katanya..
Beliaulah yang mula-mula memperkenalkan pelajar-pelajar Singapure untuk bertalqqi al-Quran dengan Syeikh. Berusia 60 tahun dan kini bertugas sebagai guru agama di negara jiran itu.
Kisah pemergiaannya pasti mengejutkan seluruh pelajar dan bekas pelajar-pelajarnya. Begitu juga yang dirasai oleh Ustaz Afandi.
Selang beberapa hari sebelum ini sempat saya berbual-bual dan bertanya dengan Mama (isteri Syeikh) dan anaknya;
"Apakah sebab pemergiannya?". Soalku teragak-agak, kalau-kalau ia merupakan soalan sensetif.
"Hm..mufajaah" (tiba-tiba) jawab anaknya itu. Sepanjang hari sebelum kematiannya Babanya (ayah) seperti biasa ja. Ngajar ngaji.. seperti lazimnya yang beliau buat. Cumanya malam itu beliau tak tidur, mungkin sekadar tidur-tidur ayam.. Mama pun bertanya:
"Awak tido ke?". "Tidak.." Balasnya..
Dalam lingkungan pukul 3.00pg, tiba-tiba Baba sudahpun melepaskna nafasnya yang terkhir. Begitulah sikit sebanyak yang diceritakan kepadaku oleh Mama dan anaknya itu. Saya yakin, kesidahan yang menimpa keluarga mereka, tetap masih dirasai lagi. Apa yang mereka alami, dapat saya rasai akan kehilangan insan yang mereka amat hormati dan sayangi. Kisah yang sama juga telah menimpa saya pada 9 tahun yang lalu..
Syeikh merupakan salah seorang guru Qiraat di Maahad Qiraat, Shoubra. Mengikut perkabaran mulut ke mulut, Syeikh akan bersara tak lama lagi. Termasuk juga Syeikh Ahmad dan Syeikh Hasan Ragab.
Saya yakin, tentu ramai dari anak-anak muridnya pernah berjalan bersama-sama. Bawa ke masjid, pulang sama-sama ke rumahnya sambil berpimpinan tangan, pergi ke hospital menaiki bas dan sebagainya.. Mudah-mudahan sama-samalah kita mendoakan agar roh dan jasad guru kita sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T serta dipelihara ahli keluarganya, Insya Allah..
Sabda Baginda S.A.W yang bermaksud;
"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi sipembacanya". -H.R Muslim (no.804)-
Dinyatakan di dalam at-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran (Adab bersama al-Quran), Imam an-Nawawi (wafat;676H) ada berkata yang bermaksud;
"Pelajar mesti menghormati gurunya dan menyakini kesempurnaan keahliannya
dan keunggulannya di atas golongannya, kerana hal itu lebih dekat untuk mendapat
manfaat daripadanya".
dan keunggulannya di atas golongannya, kerana hal itu lebih dekat untuk mendapat
manfaat daripadanya".
Lantaran itu kita diajar oleh para Ulama' terdahulu apabila pergi kepada guru, kita disarankan agar sedekahkan sesuatu seraya berkata dengan doa ini;
"Ya Allah, tutupilah keburukan guruku dariku dan jangan hilangkan
keberkatan ilmunya dariku".
Inilah kata-kata Imam al-Nawawi yang dipetik dari kitab al-'Ahud al-Muhammadiyyah.keberkatan ilmunya dariku".
0 comments:
Post a Comment