Tuesday, April 6, 2010

Kelahiran Baru..

. Tuesday, April 6, 2010

(Gambar kenang-kenangan di Gathering 2007, Sg Songkak)

“Assalamualaikum.Fifa dh slmt mlhrkn ank ke-2 pd jm 2.43pg td. Ank lelaki,3.85kg d Hsptl Bnting”.

Sent: 14-Mar-2009 | 09:01:24 am

------------------- 1 ---------------------

“Slm, alhmdulillah slmt isteri sy melahirkn ank lelaki jam 3.03am td. Terima Kasih kasih ats doa2 kalian.. dua2 chat..”.

Sent: 21-Jan-2010 | 04:39:22 am

------------------- 2 ---------------------
Antara beberapa sms-sms yang masih saya simpan lagi hingga ke hari ini. Nasib baiklah handphone ni versi agak 'lama' punya, kalau tak macam-macam lagi yang masih saya simpan. Bolehlah buat kenang-kenangan.. Sekadar boleh talipon..boleh sms, jadilah..

Kedua-dua sms tu datangnya dari kawan-kawan lama. Kawan yang bertahun-tahun berkawan. Masing-masing dah naik 'status'. Kalau dulu pergi sana sini sama-sama. Hm.. macam budak-budak sekolah menengah la.. Mesti bestkan kalau kenang-kenang zaman masa dok hostel dulu. hehe..

Teringat ketika tingkatan 4, sewaktu tahun 1 di Martah, cuti-cuti hujung minggu yang mencatatkan sejarah bagi diri. Bak kata orang, orang kampong turun pekan. Mana taknya, tulah buat pertama kalinya kaki ini memijak kota kaca yang berasap sana sini, KL. Jalan beramai-ramai menuju Menara Petrosains. Kali pertama juga berouting sejauh KL tu..

Berdebar-debar, takut, ‘cuak’ pun ada… Melihat perbagai jenis manusia di depan mata yang sentiasa menjadikan diri sentiasa berwaspada. Ini kerana kesan dari cerita-cerita kawan-kawan bila je balik hostel, de je kene ‘paw’. Kasut hilang la.. Handphone hilang pun ada.(Bukti pernah sampai sampai Singapore.. bersama kawan lama - ala-ala Ferhad.hehe..)

Begitulah hidup kita sebenarnya, dulu muda.. sekarang mudanya dah hujung-hujung.. nak kata berumur pun, masih segan-segan lagi..

Sedar tidak sedar, kawan-kawan yang dahulunya ‘bujung’, kini ramai yang dah bergelar ayah, baba, abah… Dahulunya kita budak, kini menjadi ayah budak pula. Hidup tetap diteruskan kerana ia adalah amanah dari Tuhan untuk hambaNya.. Umur itu amanah, anak juga amanah, anak juga ‘fitnah’, juga harta.

Allah swt berfirman dalam surah al-Anfal, ayat; 28;
“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar”


Surah al-Munafiqun, ayat; 9:
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian. Maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.


Bonda pernah bercerita tentang perbualan kaum-kaum ibu di kelas pengajian mereka. Ustazah menyuruh gini..gini..gane..gane… dalam mendidik anak-anak.. Sampok seorang Wak Wedok (makcik – bahasa Jawa), “Ye.. wong seng orak eneng anak ye orak rasain..ye wak Ru??”.. Agaknya gitulah gaya bahasanya. Selepas diterjemah kira lebih kurang maksudnya gini; “Orang yang tak de anak ye tak dapat merasai kesusahannya mendidik anak, betul tak Wak Ru”..

Sebenarnya ustazah itu memang belum de rezeki lagi untuk dapat zuriat. Walaupun hanya berdasarkan prosa kata yang pendik sedemikian, hakikatnya mungkin lebih susah dari itu. Betul tak Kak Long? Semoga kedua orang tua kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt, amin..

5 comments:

Ibnu Fawwaz said...

hebatla wak nazir.. t'haru bace nukilan ko nie..

mohd nazir said...

hehe.. yela, kawan tu..

mohd nazir said...

syuk..mana ko punye tempat borak2? nk komen blog ko pun tk leh..

Anonymous said...

Salam Wak,
Tumpang tanya, Tuan blog ni BILA NAK NAIK STATUSNYA?? huhu :D
al-maklumlah,sekarang mudanya dah hujung-hujung. hehe

Yer,betullah tuh.bukan mudah untuk membesarkan anak-anak.terlalu banyak kepayahan yang harus ditempuhi. sbb itu perintah dari Yang Maha Esa agar kita semua perlu berbakti dan berbuat baik kepada ibubapa.semoga kita semua menjadi anak yang soleh solehah sterusnya melahirkan generasi yang soleh solehah juga.. Amiin

K,jemputlah ke rumah ye wak. busy ke sekrang ni? huhu :D

mohd nazir said...

mudah2an.. semua di tanganNya..

mlm prepare utk tasmik, tu yg susah nk g.. niat mmg ada.Tapi kalau yg 'penarik', i/Allah dtg..hehe

Post a Comment