Saya mula membaca buku setebal 2 inci lebih itu. Memang tebal macam Kamus Dewan pula. ?Hm.. baik baca dari awal, dari kata-kata penterjemah buku dan pengenalan buku.. seronok juga. Tak sia-sia isteriku membelinya di sekolah minggu lepas. Walaupun harganya seratus lebih, tapi buku hasil karya pengembaraan Ibn Battutah yang diterjemah oleh IKIM ini, pastinya amat bernilai bagi kita. Bila dah baca baru tahu isi kandungannya. Sebelum ini saya hanya terbayang buku Ibn Battutah ini tak lebih seperti 'Diari' atau catatan biasa sahaja.. Ternyata anggapan saya tersasar..
Beliau ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Battutah (704-769H/1304-1368M). Seorang tokoh pengembara yang tersohor dalam dunia Islam. Bahkan dalam sejarah dunia. Ibn Battutah lahir pada 24 Februari 1304M dan meninggal dunia pada usia sekitar 64 tahun (1368/1369M).
Sumbangan besarnya dimanfaaatkan sepenuhnya oleh mereka yang tahu menghargainya dan dijadikan pendorong bagi mencipta kejayaan yang serupa tetapi dalam bidang yang berbeza-beza. Seandainya be
liau masih hidup, pastinya beliau akan kaget melihat sedemikian banyak usaha yang penting dilakukan khususnya oleh mereka yang bukan sebangsa dengannya bagi menghargai sumbangannya.
Sebagaimana contoh, pada 3 Disember 2004, G.E. von Grunebaum Center for Near Eastern Studies, UCLA dengan kerjasama James Coleman African Studies Center telah meganjurkan symposium bagi memperingati ulang tahun kelahiran Ibn Battutab yang ke-700. Dalam symposium yang diadakan di Pusat Fakulti UCLA itu, Prof. Ross E. Dunn, Profesor Emeritus Sejarah dari San Diego State University yang juga penulis buku ‘The Adventures of Ibn Battuta: A Muslim Traveler of the 14th Cebtury, telah meyampaikan ucap utamanya yang bertajuk, “Ibn Battuta; A 14th-Century Cosmopolite”. Secara jujur dan ikhlas, Prof. Dunn mengiktiraf Ibn Battutah sebagai pengembara dunia yang lebih hebat daripada pengembaraan barat dari Venice, Marco Polo (1254-1324M).
Antara Ibn Battutah dan Marco Polo.
Ibn Battutah diabadikan dalam Stem.
hitung dari apa jua aspek, jarak mahupun tempoh, Ibn Battutah telah mengambil masa selama 29 tahun dan hampir 75,000 batu. Manakala Marco Polo hanya mengambil selama 24 tahun dan hampir 25,000 batu sahaja.
Seorang lahi sejarawan, Prof. Symcox telah tampil dan membuat satu perbezaan antara kedua-dua pengembaraan ini. Beliau telah menekakan bahawa setiap mereka menulis dari perspektif yang berbeza;
1- Ibn Battutah menulis dengan kedudukannya sebagai seorang sarjana Islam.
Sementara Marco Polo pula member pandangan sebagai seorang pedagang, mencatat harg barang-barang, kewujudan barang-barang di pasaran dan sebagainya.
2- Ibn Battutah bergerak dari sebuah masyarakat Islam ke masyarakat Islam yang lain, hingga sampai ke China. Dengan demikian, beliau bergerak dari konteks agama, undang-undang dan adat resam yang biasa atau lazim bagi dirinya.
Manakala Maroco Polo yang tidak mempunyai masyarakat Kristian sedunia yang sama yang membolehkan beliau bergerak dalam kalangan mereka.
3- Tentang nasib atau kemasyhuran, kedua-dua karya ini ditulis dengan bantuan sasterawan namum karya Ibn Battutah tersimpan berkurun lamanya sehinggalah dunia barat menemuinya pada awal kurun ke-19.
Manakala karya Marco Polo dengan pantas menjadi karya terlaris dan terkenal di barat sejak kepulangan Marco Polo ke Venice pada tahun 1298M. Dan takdir akhirnya mempertemukan manuskrip asal kedua-dua orang pengembara tersohor ini tempat ia disimpan sekarang, iaitu di Perpustakaan Bibliothque, Paris, Perancis.
Kebanggan Negara Maghribi.
Ibn Battutah pastinya merupakan kebanggan Maghribi, iaitu negara kelahirannya sendiri. Antara usaha yang jelas menyerlahkan kebanggaan Maghribi ialah usaha mengabadikan namanya pada Lapangan Terbang Tangier dan juga feri yang menyeberangi Selat Gibraltar yang membawa pengembara-pengambara muda Maghribi untuk memulakan pengembaraan mereka sendiri.
Sedikit Kisah Di sebalik Selat Gibraltar.
Pada Bulan Ramadhan 92 Hijriah, tepatnya tanggal 27 April 711 M, kala itu tentera Islam yang dipimpin oleh Thariq Bin Ziad berangkat mengarungi samudera dan menyeberangi selat “Jabal Thariq” (Gibraltar), ketika berlabuh ditepi pantai “Fandalas” (pelesetan dari Andalus). Waktu itu mereka diuji dengan ketakutan dan kecemasan karana pasukan musuh dibawah pimpinan Raja Frederick dengan bala tentera yang terlalu besar. Sebahagian besar dari pasukan muslim kecut hati dan berniat untuk mundur. Maka detik-detik itulah penentuan sejarah diukir dengan keberanian seorang Thariq berjuang di jalan Allah. Seketika itu Thariq bin Ziad membakar seluruh perahu dan kapal pasukannya, seraya mengeluarkan ungkapan jihad yang dahsyat dari mulutnya. Thariq bin Ziad membakar semangat juang dan tentara muslim dengan ungkapannya yang terkenal:
“Wahai pejuang-pejuang Allah… Perahu kalian telah hangus terbakar, dibelakang kalian terbentang selat Gibraltar nan luas, Jika kalian mau lari dari jalan Allah, kalian akan menyebrangi lautan ini dan yakinlah kalian pasti akan celaka, dan mati kalian terhina di mata Allah dan para Malaikatnya, serta api neraka membara menunggu kalian... Sedangkan di depan kalian ada musuh Allah dan rasulnya jika kalian mati karenanya maka keabadian di syurga Allah dan bidadari menantimu... Silahkan pilih mana jalan yang akan kalian tempuh diantara keduanya…”
Ungkapan thariq ini benar-benar ampuh dan membakar semangat pasukan islam, dan mereka gagah melangkah dengan basmalah bersama malaikat Allah. Kala itu, Raja Federick dan pasukannya bertekuk lutut dan Pulau Rhodes yang ada dibagian Andalusia, tunduk di bawah pimpinan Islam. Sejak itu laungan kalimah Allah bergema diseluruh belahan bumi Andalusia, Syariat islam menjadi aturan dan jalan hidupnya. Untuk lanjut..
Penghargaan terhadap Ibn Battutah.
Bukan hanya sahaja melalui penterjemahan karyanya, malah berbentuk perfileman yang dilakukan dengan kerjasama 2 buah negara iaitu Maghribi dan Perancis.
Kompleks membeli belah di Dubai, Ibn Battuta Mall yang dirasmikan pada tahun 1998 dibina berdasarkan pengembaraan beliau.
Salah satu sudut di Ibn Battuta Mall
Selama perjalanannya yang merentang hampir tiga puluh tahun, ia telah melintasi Dunia Timur, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas 44 buah negara zaman moden. Karangan Ibn Battuta adalah sebuah tinjauan lengkap tentang tokoh-tokoh, tempat pemerintahan dan pelbagai keanehan dunia Muslim pada satu per empat kedua abad ke-14, yang ditulis dalam gaya sastera yang lazim pada zamannya. Buku ini juga merupakan sebuah catatan pengembaraan yang dramatis. (Petikan dari; http://eprints.um.edu.my/1249/)
Di Iskandariah, Mesir.
Kota Iskandariah mempunyai 4 buah pintu masuk. Salah satunya ialah Bab al-Sidrah (Pintu Sidrah) dan pintu inilah bermulanya perjalannya ke negeri Maghribi. Pintu-pintu lain ialah Bab Rasyid, Bab al-Bahr dan Bab al-Ahdhar. Pintu masuk ini hanya akan dibuka pada hari Jumaat dan orang ramai keluar menerusi pintu ini untuk menziarihi kubur.
Kata Ibn Battutah;
“Aku belum pernah melihat pelabuhan-pelabuhan lain di dunia yang dapat menandinginya kecuali beberapa perlabuhan lain seperti Pelabuhan Kaulam (Quilon) dan Qaliqut di India, pelabuhan milik orang kafir di Suradaq, Turki serta Pelabuhan Zaitun di China”.
Sungai Nil, Mesir.
Beliau berkata;
Sungai Nil di Mesir mengatasi semua sungai lain di dalam dunia kerana manis rasa airnya, keluasan dan kerana manfaatnya serta faedahnya yang besar kepada manusia. Kota dan kampong terletak berderat-derat di sepanjang tebing sungi yang tiadfa tolok bandingnya di negeri-negeri lain. Tiada sungai yang lembahnya sedemikian diusakan untuk bercucuk tanam. Tiada juga sungi di dunia selain sungi Nil yang dinamakan sebagai ‘Laut’. Seperti mana firman Allah swt dalam surah al-Qosos; 7:
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia. Dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita. Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami”.
Dalam ayat ini Allah swt menamakan Sungai Nil sebagai ‘Yamm’ yang bermaksud; ‘Laut’.
Wallahu Ta'ala 'Alam..
Rujukan;
- Buku ‘Pengambaraan Ibn Battutah’ IKIM. m/s; xxiv
- http://a-setiawan-spd.blogspot.com/2009/11/viii-abad-kejayaan-islam-di-spanyol.html
- http://eprints.um.edu.my/1249/
0 comments:
Post a Comment