Tuesday, November 16, 2010

RAHSIA DI SEBALIK SUSUNAN KALIMAH-KALIMAH AL-QURAN.

. Tuesday, November 16, 2010

Perhatian;

Sila sediakan al-Quran untuk memudahkan dalam pemahaman.


Sesungguhnya al-Quran ini adalah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi kita saw. Jika susunannya begitu, maka begitulah susunannya di Luh Mahfuz.


Untuk itu mari kita melihat dua kalimah Asmaul Husna ini, iaitu ( رحييم ) dan ( غفور ). Seperti firman Allah swt dalam surah al-Baqarah, ayat; 173:

غفور رحيم الله ٳن


“.. maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.


Dan banyak lagi di dalam al-Quran kedua-dua kalimah ini beriringan. Kebanyakannya kedudukan kalimah ( غفور ) terletak terdahulu sebelum ( رحييم ).

Walau bagaimanapun terdapat hanya satu tempat sahaja kalimah ( رحييم ) terletak sebelum ( غفور ). Iaitu dalam surah Saba’, ayat ke -2:

وهو الرحيم الغفور

“Dia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya, dan apa Yang turun dari langit serta apa Yang naik kepadanya; dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun”.


Apakah rahsianya?


Segala-galanya ada di pengetahuan Dia Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.


Sebagai pendahuluan, Imam Ibn Qoiyim rahimahullah menyatakan bahawa di dalam al-Quran dua kalimah iaitu “al-‘ilmu” dan “ar-Rahmah” ini adalah saling bersama. Seperti firmanNya:


“Dan Sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) Yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami Yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang Yang (mahu) beriman”.


Dalam surah Ghafir; 7 dan surah al-Kahfi; 65.


Seolah-oleh kita dapat ketahui sifat berilmu itu beriringan dengan sifat Rahim. Cuba kita bayangkan jika seseorang itu hanya mempunyi ‘ilmu’, tanpa sifat rahim dan kasih sayang? Jika dia seorang guru, mungkin dia tidak mampu menjadi murabbi yang cemerlang kerana tiada sifat rahim dan kasih pada pelajar-pelajarnya. Natijahnya, lahirlah pelajar yang kurang adab dan moralnya.


Sebagai akhirnya, lagi sekali ayuh kita perhatikan ayat ke-2 surah Saba’ ini yangmana dimulai dengan perkataan (…يعلم ) bermaksud; “Dia yang Mengetahui..” iaitu berilmu. Dan diakhiri dengan ( وهو الرحيم الغفور ).


Oleh yang demikian, kalimah ( رحييم ) yang berada terdahulu dari kalimah ( غفور ), adalah kerana seiringan dengan kalimah ( يعلم ) tadi kerana ilmu itu beriringan dengan rahim. Pasti kita yakini bahawa kedua-dua kalimah ini bersesuaian pada tempatnya dan ditambah lagi dengan penerangan hikmah rahsia di atas tadi. Ini adalah kerana al-Quran ini Kalamullah dan bukannya kalam manusia walaupun kalam Muhammad saw!! Ini adalah kerana insan bernama Muhammad bin Abdullah ini hanyalah penyampai, iaitu apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Tuhanya.

Wallahu Ta’ala ‘Alam..


Rujukan; Nazorot fi Kitabillah Ta’ala, Hisyam ar-Razzaq al-Himshi. Darul Kalim at-Toiyib.

0 comments:

Post a Comment