Sunday, April 3, 2011

Di Manakah Mashaf Uthman Sekarang?

. Sunday, April 3, 2011

Amir Timur

Di manakah negara Uzbekistan


wajah-wajah masyarakat di Uzbekistan


Musium Amir Timur



Mushaf pertama di dunia.

Pada zaman Nabi, al-Quran dihafal di dalam dada para Sahabat. Pada masa itu, penulisan al-Quran dibuat secara peribadi. Hal ini berlalu sehinggalah zaman Saidina Uthman. Ada dua sebab yang utama penulisan al-Quran secara rasmi dibuat.


1. Ramai penghafal al-Quran yang ikut berperang dan ramai juga pengahafal al-Quran ini yang gugur syahid.
2. Wilayah Islam telah tersebar luas dan ini membuatkan wilayah ini memerlukan mushaf untuk dibaca.

Terdapat kisah ketika orang-orang Sham dan Iraq bersatu di dalam usaha menundukkan Armania dan Azabaijan, seorang sahabat bernama Saidina Huzaifah al-Yamani bertemu dengan Saidina Uthman mencadangkan al-Quran di tulis secara rasmi. Ia untuk mengelakkan berlakunya kekhilafan pada al-Quran. Akhirnya Saidna Uthman telah bersetuju.
Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdur Rahman bin Hari-bin Hisham untuk menulis semula manuskrip-manuskrip al-Quran di dalam salinan-salinan yang sempurna. Salinan ini kemudian dihantarkan ke wilayah-wilayah Islam.

Salah satu mushaf itu ada bersama Saidina Uthman. Ketika terjadi fitnah kepada Saidina Uthman, beliau telah dikurung di dalam kepungan di rumah beliau. Pada waktu-waktu genting tersebut, Saidina Uthman banyak bertadarus dengan mushafnya. Sehinggalah saat terakhir hayatnya. Para pemberontak menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Pada ketika itu Saidina Uthman baru sahaja mengulang al-Quran yang telah beberapa kali dikhatamkannya. Saidian Uthman baru memasuki ayat ke 137 surah al-Baqarah ketika pedang pemberontak menusuk tubuhnya. Darah beliau menyimbah pada al-Quran yang ditatangnya. Isterinya cuba menahan pemberontak tersebut dan mengakibatkan beberapa jarinya terputus:


Pembunuhan tersebut menjadikan umat Islam kehilangan seorang khalifah yang juga menantu Nabi saw. Sejurus kemudian, Saidian Ali dilantik menjadi Khalifah. Mushaf al-Quran tersebut telah dibawa kepada Saidina Ali di Kufah sebagai bahan pengadilan kes pembunuhan tersebut. Al-Quran tersebut tetap berada di sana sehinggalah tentera Monggol melanggar Baghdad. Ketika itu, mushaf ini telah diselamatkan dan disimpan dengan baik di Basrah.

Setelah zaamn Monggol berlalu, lahirlah seorang pemimpin Islam yang menganggap dirinya sahaja panglima terunggul. Beliau adalah Amir Timur atau juga dikenali sebagai Timurlane. Timurlane telah menyerang banyak negara-negara Islam dan membunuh penduduknya. Semua barang rampasan dibawa balik ke Samarqand. Di antara negeri yang diserangnya adalah Basrah.

Ketika menyerang Basrah, Timurlane telah membawa Mushaf Uthmani ini ke Samarqand.
Samarqand kemudiannya masuk dibawah jajahan Rusia. Pada tahun 1869, Jeneral Pan Kaukaman telah membawa al_Quran ini ke St. Petersberg. Ia disimpan di sana hinggalah pada tahun 1917. Lenin mengarahkan ia dipindahkan ke Ufah Tataristan, negeri di bawah jajahan Rusia juga. Pada tahun 1924, ulama Tashkent telah meminta agar ia diserahkan kembali kepada umat Islam. Pada tahun itu, ia dibawa ke Tashkent dan diletakkan di bawah jagaan Muzium Sejarah Uzbekistan.

Pada tahun 1989 ia telah dipindahkan ke Idarah Diniyyah (Pejabat Agama) dan berada di situ hinggalah Uzbekistan bebas dari Rusia.

Idarah Diniyyah (pejabat agama) sekarang berada di Kompleks Masjid Hazrat Imam di Tashkent.

Al-Quran ini diletakkan di dalam satu bilik pameran. Masih terdapat kesan simbahan darah Saidina Uthman pada mushaf ini. Bilik ini dijaga oleh tentera. Di bangunan ini juga terdapat beberapa al-Quran lama yang lain. Masing-masing berumur lebih 300 tahun.

Demikianlah ia dipindahkan dan dipelihara oleh Allah dari zaman ke zaman. Allah pernah menjanjikan bahawa al-Quran akan dipelihara oleh Allah. Ia tidak akan hilang dan tidak akan dapat diubah. Inilah satu-satunya kitab yang Allah janjikan ia tidak akan dapat diubah.

Melihat mukjizat al-Quran ini, ia menyuntik kesedaran kita terhadap al-Quran. Ada 4 tanggungjawab kita ada al-Quran.

1. banyakkan membacanya.setiap patah huruf akan diberikan kebaikan
2. cuba fahamkan.Sesiapa yang berusaha ke arah kefahamannya, pasti akan diberi ilmu tentangnya
3.usaha amalkan. Ia menjadikan kita layak untuk mendapat syafaat al-Quran.
4. Usaha untuk sampai dan ajarkan kepada orang lain. Ia memberi kita pahala yang berterusan.

Semoga kita terus meningkatkan kesungguhan kita di dalam membaca, memahamkan, mengamalkan dan menyampaikan pada orang lain. Semoga dengannya, kita akan terus dirahmati Allah.

http://www.ustazamin.com/2008/11/jom-kongsi-pengalaman-mushaf-uthmani-di.html

0 comments:

Post a Comment