Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Lama rasanya tidak menulis di blog ini. Lebih-lebih lagi dalam 'area' exam macam sekarang ni. Mudah-mudahan tahun ini adalah tahun terakhir tahun 4 untuk kami pelajar Kuliyah al-Quran. Dan bukannya tahun terakhir kami berada di Bumi Musa a.s ini, Amin..
Mudah-mudahan ilmu kami ini diberi 'keberkatan' oleh Allah swt, risau benar hati ini kalau-kalau ilmu-ilmu yang ditimba di sini, hanya kerana yang lain. Nak nama, nak glamour, nak riyak-riyak, malas-malas.. Ya Allah, berkatilah kami..
Beberapa hari lepas, sempat saya berjumpa dengan kawan yang tinggal tak jauh dari rumah. Orang Negaria. Kami berbual-bual tentang masa depan, kekeluargaan.. Kami juga sama-sama belajar dahulunya di Maahah Qiraat, masuk sama, keluar Maahad pun sama. Masuk kuliyah al-Quran pun sama.
Sebenarnya beliau tinggal di Ghamrah, Kaherah. Rumah yang disewa di sini hanya sekadar untuk 'transit' dalam hari-hari tententu untuk hadir ke kuliyah dan untuk tempoh peperiksaan. Jadi beliau lebih tinggal di Ghamrah, bersama keluarganya.
Alhamdulillah kami dikurniakan kawan yang baik. Sebenarnya saya akan mengambil rumah sewa itu nanti, sejurus tamatnya peperiksaan ini. Setelah difikir-fikir, rumah itu rasanya lebih selesa untuk kami. Tingkat satu je pun. insya Allah mudah-mudahan ia lebih selesa untuk isteri saya. Lebih-lebih lagi dalam menunggu saat 'kelahiran insan baru'.
Minggu pertama exam, rasa gementar sahaja. Lebih-lebih lagi bagi madah al-Quran Tahriri, terasa kerdil sangat-sangat. Bilalah nak mantap Quran ni ye. Tiap kali abis exam madah al-Quran, tiap itulah hati ini sentiasa berdoa-doa. Kekadang ketika study nak exam, terasa di hati, bagaimanalah jika persediaan nak exam ni, adalah persediaan kalau-kalau esok hari adalah hari qiyamat. Mesti pulun beramal.
Seperti biasa, soalan-soalan al-Quran adalah berbentuk 'Mutasyabihat', Tapi tahun ini, corak soalan sedikit berlainan, nampak macam sedikit, tapi tetap ayat-ayat 'Mutasyabihat' dan mencabar. Mudah-mudahan najah..
Rasa kurang senang bila penjaga peperiksaan melihat kertas jawapan kita, kemudiannya bagi pula kepada pelajar Arab. Kalau jawapan tu betul, betullah. Kalau tersalah, nasiblah dia. Tapi tak lah kisah sangat, sebab saya pun kurang yakin jawapannya.
Semalam pula madah Waqaf wal Ibtida', seperti biasa Doctor akan masuk bilik, kalau-kalau ada soalan yang kurang faham. Alhamdulillah, boleh dikatakan semua pensyarah kami berlembut dengan Wafidin (pelajar luar negara). Sempat beliau berkata dalam keadaan seloroh sambil berisyarat potong lehir,
"Hanya untuk kamu saja, tak untuk pelajar-pelajar Mesir"
Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu yang Dikau kurniakan kepada kami, mudah-mudahan kami ikhlas dalam menuntut ilmu ini, amin..
0 comments:
Post a Comment