Tuesday, August 2, 2011

Mari Kita Mengkhatamkan al-Quran

. Tuesday, August 2, 2011

Tarikh 29 Julai lepas merupakan hari Jumaat terakhir sebelum tibanya Ramadhan, Syahrul Qur’an. Alhamdulillah sempat saya bersolat Jumaat di Masjid al-Qosrowy, semata-mata ingin mendengar kata-kata mutiara dari guru kami, Dr. Nasr ‘Abdul Maqsud.


Saya juga sempat merakam video sepanjang khutbah tersebut berlangsung, walaupun hanya menggunakan kamera yang berusia lebih 2 tahun itu. Sungguh berguna kamera saya ini.


Khutbah pun selesai disampaikan, solat sunat pun telah dikerjakan. Terdapat sebahagian para jemaah mula mengerumuni Doktor, mengajukan soalan-soalan dan masalah-masalah.


Saya pun mula menganjak ke depan mimbar sambil menunggu ‘turn’ untuk bersalaman dan bertanya khabar. Alhamdulillah kali ini tak ramai yang mengelilingi beliau.


Sapa saya sambil bertanya khabar. Balas beliau pula bertanya tentang natijah peperiksaan yang lepas.


“Alhamdulillah saya bawa 2 madah, tasfiyyah”

“Bila nak balik Malaysia” Soalnya.

“Insya Allah bulan 9 ni”


Tanpa memanjangkan perbualan yang ketika itu para jemaah sedang memerhatikan kami, seolah-olah berpuluh mata yang memerhatikan diri saya ini.


“Doktor, saya ada soalan ni” Tanya saya. “Silakan”.


“Apakah perbezaan (قِرَاءة القرءان) dan (تِلاوَةُ القرءان)?” Pendek je soalan saya. Sebenarnya dah lama soalan ini terpendam di benak kotak fikiran. Bila diterjemahkan ke bahasa Melayu, nampak seperti sama sahaja maksudnya; “Membaca al-Quran” kerana (قِرَاءة) dan (تِلاوَةُ) masing-masing bermaksud ‘MEMBACA’.


Jawab Doktor (yang masih saya ingat, kerana itu saya berkongsi kepada kalian di sini. Takut-takut makin lama makin banyak maklumat yang saya lagi terlupa, maklumlah memory kita ni ada tempohnya).


“(قِرَاءة) lebih umum. Manakala (تِلاوَةُ) itu lebih khusus. Kalau (قِرَاءة) boleh berlaku pada satu ayat, sebahagian ayat, satu kalimah malah pada satu huruf. Sebagaimana dalam hadith Nabi s.a.w;


Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah (al-Quran) maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah pula akan berganda menjadi sepuluh, sesungguhnya aku tidak katakan bahawa الم itu satu huruf akan tetapi ألف itu satu huruf,لام itu satu huruf dan ميم itu satu huruf”.

(الترمذى :2912, الدارمى :3311. Lihat; At-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran, M/s; 16.)


Jadi kita boleh kata ‘Dia membaca kalimah itu, membaca huruf itu, membaca sebahagian ayat’.


“(قِرَاءة) juga boleh berlaku pada menta’bir seseorang. Seperti kita katakan; ‘Dia membaca tentang orang itu’. Maksudnya dia melihat dan ‘mambaca’ perangainya, tabiatnya, kelakuannya dan sebagainya”.


“Manakala (تِلاوَةُ) pula kita katakan seperti seseorang itu membaca al-Quran dengan penuh tertib, dengan mentadabbur maknanya dan dengan mengetahui tafsirannya”.


Jadi secara kasarnya boleh kita katakan (تِلاوَةُ) adalah dalam bentuk khusus, kerana dengan berTILAWAH kita akan dikatakan dan sewajarnya membaca al-Quran dengan penuh tadabbur. Kita juga tidak katakan TILAWAH berlaku pada satu kalimah atau huruf, melainkan dengan satu ayat yang sempurna.


Tanya saya lagi “Sebagaimana kita maklumi, Nabi kita s.a.w adalah AL-UMMI, iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Jadi kenapakah Allah swt menggunakan uslub (إِقْرأْ) pada wahyu pertamanya?”

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”


(إِقْرأْ) bermaksud “Bacalah”, iaitu dengan menggunakan Uslub (قِرَاءة).


Jawabnya pula;

“(قِرَاءة) itu berlaku dengan membaca dari apa yang ditulis, seperti ‘Mambaca buku kerana ia sudah sedia tertulis dan sebagainya’. Dan Nabi s.a.w pula tidak ‘membaca’ sebab Baginda adalah al-Ummi. Jadi apakah faedahnya di sini”


“Tidak lain ini adalah ‘Ijaz sebab Nabi s.a.w tidak akan melakukan melainkan apa yang diwahyukan oleh Tuhannya. Sekalipun Nabi s.a.w tidak tahu membaca dan menulis. Kerana Baginda hanya menuruti”


Firman Allah s.w.t dalam surah an-Najmi, ayat ke-4;

÷bÎ) uqèd žwÎ) ÖÓórur 4ÓyrqムÇÍÈ

“Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya”.


Jelasnya di sini ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan’ bukanlah dalam bentuk Nabi s.a.w membaca ayat-ayat al-Quran, tetapi hanya menyebut apa yang diajar sahaja. Sebab itu dalam hadith dari riwayat Saidatina Khadijah, Nabi menjawab dengan “Saya tidak tahu membaca”.


Boleh juga kita katakan di sini andaikata Nabi kita boleh membaca dan menulis nescaya mungkin akan ada orang yang mengatakan, ‘Al-Quran ini ciptaan Muhammad, atau al-Quran ini adalah kalam manusia sahaja. Mungkin sahaja Muhammad sengaja mengada-ada kerana kebolehannya menulis’.


Wallahu Ta’ala ‘Alam..

0 comments:

Post a Comment