Sunday, May 3, 2009

Berdoa' dan Minta Didoakan.

. Sunday, May 3, 2009

Tuk..tuk..tuk.."ASSALAMUALAIKUM"..

"Min?" (siapa?). Kedengaran suara wanita dari dalam rumah. Aku cam, tu suara anak bongsunya..
"Nazir!". Balasku..aku pun dipersilakan masuk.

"Nazir, kenapa semalam tk dtg?, Farah de..".
Tulah soalah pertama Syeikh tuk aku.Aku pun tk tau nk jwb pe da..Farah tu cucu dia yang pertama. Dulu mase dia berumur 1-3 tahun, tersngtlah comelnye, geram je sape yg tengok. skrg Farah dh de adik da. Hana namanya, pompuan gak..muke Hana tk tumpah mcm Farah mase Farah kecik2 dulu..

"Kefhalak Ya Syeikh?". Terus aku bertanya khabar pada Syeikhku. Dialah guru Quran pertama aku di Mesir ini. Nama penuh beliau, Syeikh Redo Salim 'Ali. Kini aku dh hampir 6 tahun dah di Bumi Kinanah ni.. Bermakna dah 6 tahun aku dengan beliau, kalau dtg tk kerana Talaqqi,
Ni Gamb Hana dtg sebab ziarah2 biase je..

"Sehat-sehat je..tapi saya dan Mama (isterinya) kurang sehat sihat". Balasnya..
"Syafakumallah..". Balasku berdoa.

Kali ini, aku rasa seronak sekali, mana taknya, aku dpt rasakan beliau senang dengan kehadiran aku..nk borak-borak panjang..
Farah
"Saya tak lama lagi nk imtihan Syeikh"

"Mudah-mudahan dimudahkan berjaya". Katanya lagi..

"Saya ada 10 madah tahriri, tapi saya de gak 2 madah ulangan tuk tahun lepas punye..". Balasku.

"Yaa Hah..". Balasnya dalam nada tinggi sedikit, sebab orang arab kalau terkejut atau ta'ajub sikit, macam tula.

"Doakan saya ye Syeikh?". Pintaku..Tetiba talipon tangannya berbunyi.. Aku amati perbualan mereka, Ooo...pelajar melayu Malizi rupanya yang tepon dia, wanita..

"Dengan saya ini de seseorang datang ziarahiku..Ibni Habibi..Haji Mohd. Nazir bin 'Abdul Kadir. Dia bulu belajar kat Maahad Qiraat, pastu sekarang belajar kat Kuliyah Tonto".."Kau kenal ke?" Soalnya pada pelajar itu..

"Saya kenal, Syeikh". Jawabnya tersipu-sipu..

Hm..agaknya macamana ye aku boleh dengor perbualan mereka? Sebab..Syeikh loudseaker hp dia..
Syeikh Redo Salim 'Ali
Perbualan mereka pun berterusan dan berpindah tangan ke Mama sebab katanya dia rindu kat Mama..

Kami sambung berbual. Tak banyak yang dapat kami bualkan. Lagi pun dh nak masuk waktu Maghrib..lagi 40minit azan..

"Nazir, kau nak bawak aku ke Masjid tak?". Soalnya padaku..
Alamak..macamne ni, aku dh berjanji dgn Samsul nak datang rumah dia, dia masak nasi tomato tu..

"Boleh, memang saya de Mau'id dengan kawan saya..Tapi tk pe je, nanti saya tepon dia ye Syeikh".

"Tak pe, kejap je ni..dalam rubu' jam je".. Aku pun tunggu Syeikh bersiap-siap, salin baju jubah dia. Lagi pun aku dah lamasangat tak hantar beliau ke masjid. Sebenarnya, Syeikh aku ni tk berapa jelas pandangannya, pakai spek..Tau tak Spek tu pe? cermin mata la.hehe..

Kami berjalan bersama2..seronok..dah lama dah tak macam ni..Dulu masa aku Talaqqi dengan beliau, selalu gak aku pimpinnya.

Kami pun tiba di destinasi yang dituju. Dekat je..dalam 15minit je. Masjid tu diberi nama Masjid Makhzan..Dulu akuasyik terfikir2, kenapalah Masjid ni Syeikh panggil dengan Makhzan.Hm..patutla, rupe2nya kawasan tu memang kawasan gedung, tempat simpan biji-bijiran. Kira mcm storla..

"Dah, kau balik je, tak yah masuk dalam!". Arahannya padaku supaya aku cepat2 pergi.
"Saya nk solat tahiyyat dulu, Syeikh".
"Tak pe...tak yah". Balasnya.
"Masyi..Ud'uli ya Syeikh, Assalamualaikum". (baik..doakan sy ye Syeikh). Kataku padanya..Terus aku meninggalkannya..

Aku bergegas berjalan, tp sempat juge aku amik beberapa gambo sepanjang perjalan balik itu. Boleh aku jadikan zikroyat aku bile dh kat Malaysia nanti. Tak pun tuk blog ini.
Tetibe aku teringat pada madah Hadith sem yang lepas ari tu.. Ketika Ibu Anas bin Malik mengunjungi Baginda s.a.w, katanya pada Kekasih Allah itu,

"Doakanlah anak aku ni Ya Rasulullah dan ambillah dia sebagai khadammu (pembantu)".

Lantas Baginda s.a.w. terus mendoakan Sahabat yang mulia itu dengan 3 doa, iaitu agar panjangkan usianya, diperbanyakan rezekinya dan diampunkan dosa2nya. Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik pernah berkata;
"2 doa Baginda itu telah aku kecapinya dan aku berharap 1 lagi doa Baginda itu akanku kecapinya di akhirat kelak".

Sungguh bertuah Anas bin Malik ini, mana tidaknya, beliau dapat berkhidmat dengan utusan Allah juga kekasih Allah ini selama 10 tahun..Melihatnya sahaja sudah dikatakan bertuah. Apatah lagi dapat selalu berdamping seperti Anas ini. Kata-katanya bak mutiara, tingkah lakunya hujah, akhlaknya suatu yang murni dan luhur. Tak terkata dengan lafaz klau nk disebutkan tentang peribadin Baginda s.a.w.

Cukuplah aku ungkapkan dengan soalan seorang sabahat Rasulullah yang diajukan kepada Saiyidatina 'Aisyah. Katanya;

"Bagaimanakah akhlak Baginda?". Jawab: "Akhlaknya adalah al-Quran"..
Subhanallah..

Aku berharap, moga2 amalan ziarah dan minta doa' ini, aku akan tetap lakukan walaupun ketika di tanahair kelak.
Kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, Sapa2 yang menziarahi para Ulama', maka dia juga telah menziarahiku..

Amalan memohon doa dari seseorang apatah lagi dari orang 'Alim dan Solehin, patut kita teruskan. Bukan shj ketika menjelang fatrah imtihan ni, malah pada bila2 waktu shj..

Mohonlah doa..Berdoalah untuk saudara-saudara kita..Pintalah doa dari ibu kita..pasti akan dimakbulkanNya, kerana inilah janji Allah kepada kita melalui lisan Baginda s.a.w. Sesungguhnya janji2Nya tk kan dimungkiriNya dan kita tak kan sekali-kali dizaliminya..

Salam imtihan buat semua..
7.39pm, Tonto.

3 comments:

brillianajlaa said...

salam.
sedapnye cerita..syeikh tu pndai ckp jawa ke?
najlaa dah bacakn kt mama skali.
~semoga berjaya dlm imtihan..:)

mohd nazir said...

dia pandai bhs mesia ckit2..B.I un ckit.jawa tk pandai la..he.he

MamaKaisah said...

apalagi..tuan haji nazir la kena ajarkan bahasa ibunda Jawa..

Post a Comment