Thursday, January 21, 2010

Ayat Mutasyabihat ayat; 57&122 Surah an-Nisa'.

. Thursday, January 21, 2010

AYAT-1:

والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها أزواج مطهرة ونـُدْخِلهُمْ ظـِلاظليلا

57
. "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi".
AYAT- 2:
والذين ءامنوا وعملوا الـصـالحات سَـنُدخِلـُهم جَناتٍ تجرى مِن تحتها
الأنـهار خـالدين فيها أبدا لـَهم فيها وَعْد اللهِ حَـقـّـًا ومَن أصدق مِن اللهِ قِيلا

122. "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?".

Sekali baca kedua2 ayat ini macam sama je. Ceritanya pun hampir sama. Tapi setelah diperhatikan, hm..kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang terendiri. Jadi ia blh jga kita klaskan sebagai ( التكرار ). Teringat pula masa thn 2, ‘Tikror’ merupakan salah satu madah kuliyyah kami di Klyh Quran. Sebagai tanda hormat kami pada guru, kami sebutkan namanya; Dr. Hamdi Sultan Hasan Ahmad dlm kitab muhadarohnya ( أسلوب التكرار فى القرءان الكريم ودلالته وأسراره ). Semoga Allah swt memeliharanya, amin…

Mungkin bg seseorang penghataz al-Quran, pastinya kekadang kita sendiri keliru bilamana sampai ayat-ayat mcm ini. Jadi bagaimana kita hendak membezakan dan menentukan kedudukan kedua2 ayat ini? Secara umumnya, mari kita perhatikan point2 ini;
  • Kedua2 ayat ini terletak dalam surah an-Nisa’. Dalam juz ke-5.
  • Kedua2 ayat ini juga menceritakan balasan2 kenikmatan kpd orang2 Mukmin yang beramal Soleh.Yang mana mereka tetap kekal di dalam syurga. Iaitu dengan firmanNya; ( خالدين فيها أبدا ).
  • AYAT -1; (ayat ke-57) berada di Maqro’ ke-2, iaitu ayat terakhir Maqro’ ini. Ayat selepasnya adalah awal Maqro’, iaitu ( إنّ الله يأمركم أنْ تُـؤدّوا الأمنت إلى أهلها.. ).
  • AYAT -2; (ayat ke-122) pula berada di Maqro’ ke-6, ( لا خَيْر فى كثير .. ).
  • AYAT -1; Berada belah kanan muka surat, bahagian tengah2 muka.
  • AYAT -2; Berada belah kiri muka surat. Bahagian atas sekali (awal muka).
  • AYAT -1; Munasabah ayat (hubungkait dgn ayat sebelumnya).
Hubungkait dgn ayat sebelumnya ialah memberitahu kita perbezaan antara dua kelompok; Mukmin dan Kuffar. Ayat sebelumnya menceritakan bhw mereka yg tidak meriman dgn ayat2 Allah dan mendustai apa2 yang dibawa oleh Rasul2Nya, khasnya al-Quran. Kelak mereka akan dibakar dgn api neraka yg dasyat itu. Ini sepertimana dalam FirmanNya dlm ayat ke-56;

إن الذين كفروا بئاياتنا سـوف نُصليهم نارا كـلما نـضجت جلودُهم بـَدّلناهم جُلودا
غَيرها لـيَـذُوقوا العَذاب إن اللهَ كان عَزيزا حكيما
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sensara itu dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Kulit mereka ini slps dibakar, akan diganti dgn kulit baru. Ini menggambarkan kpd kita bhw mereka akan sentiasa merasai kesengsaraan yang tiada putusnya.

Ibn Kathir ada menyebut di dlm tafsirnya, bhw al-‘Amash dari Ibn ‘Umar r.a berkata;
“Apabila dibakar kulit mereka, akan diganti pula dgn kulit yang berwarna putih seperti kertas”. H.R Ibn Abi Hatim.

Kemudian ayat ini ditutup pula dgn; ( إن الله كان عزيزا حكيما ). Ini jelas, bhw sesungguhnya Allah swt itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam memutuskan sesuatu keputusan, adil dalam membalasi hamba2Nya, sama ada dgn syurga mahupun neraka. Kerana adakah layak seorang hakim itu, menghukum dgn tanpa adil??. Bagi yang kufur, nerakalah tempatnya. Bagi yang Mukmin pula, syurgalah tempat selayaknya. Mudah2an kita akan tergolong dlm golongan ahli syurga..

Selepas ayat ke-56 ini, barulah ayat yang menceritakan tantang org2 Mukmin yg beramal soleh dan ganjaran2 kenikmatan, iaitu mereka akan dimasukkan ke dlm syurga, yang mana dibawahnya ada beberapa batang sungai yg mengalir cantik dan dikurniakan pula dgn pasangan-pasangan iaitu isteri-isteri yang suci bersih serta dimasukkan ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Ibn ‘Abbas dlm tafsirnya berkata; “Sungai2 itu ialah terdiri dari arak, susu, madu dan air”.

Katanya lagi maksud isteri2 yg suci ialah; “Yang suci dari haid dan nifas”.
Manakala Ibn Kathir dlm tafsirnay pula berkata; “Mereka yang suci dari haid dan nifas serta suci juga dari sifat menyakitkan hati, tidak berperangai hina dan tiada sifat tercela (kekurangan)”.

Soalan;
Perhatikan pada ayat ke-57; ( سـَنُدخلهم .. ) dan ayat ke-56; ( سـَوْفَ نـُصْليهم . . ). Kenapakan Allah swt menggunakan huruf ( س ) untuk orang Mukmin dan ( سوف ) pula untuk yang kufur?.

Jawapan:
- ( س ) yang membawa maksud ‘akan’ iaitu dalam tempoh terdekat.
Seolah2 akan segera dimasukkan ke dalam syurga. Ini supaya mereka dpt merasai dengan sebenar2nya bhw balasan kenikmatan itu dpt dikecapi dgn cepat dan dirasai dgn sepenuh keyakinan.

- ( سوف ) yang bermaksud ‘akan’, tetapi dlm masa yang lama.
Ia menggambarkan bhw jauhnya hari pembalasan itu, yang mana mereka terpaksa menunggu tibanya hari pembalasan tersebut, ini adalah krn org Kafir ini sangat terseksa dek krn kecelaruan dan azab ketika di padang mahsyar lg. Seolah2 mereka merasai lama sgt azab yg menimpa mereka walaupun blm sampai hari pembalasan.
  • AYAT-2; Munasabah ayat (hubungkait dgn ayat sebelumnya).
Hubungkait dgn ayat-ayat sblmnya ialah Allah swt menerangkan kpd kita tentang mereka yg mensyirikkan Allah swt, mereka yg menjadi hamba syaitan dan blsn di atas apa yg mereka lakukan itu.

Manakala ayat ke-122 (ayat yg difokuskan) pula tentang org2 Mukmin yang beramal soleh serta balasan mereka dgn syurga. Iaitu sama seperti ayat ke-57, surah an-Nisa’ ini. Akan tetapi dlm ayat ini Allah swt telah menggunakan kalimah ( حـقـًا ) pada FirmanNya ( وعد الله حقّــا ), sebagai taukid atau pengukuh janjiNya Allah kpd hamba2Nya. Walaupun begitu, perlulah diingat bhw janji Allah itu adalah benar, krn sememangnya Allah bersifat Maha Adil. Iaitu ( لا يُـظْـلَمُونَ ), “Mereka tidak sekali2 akan dizalimi”.

Az-Zamakhsyari dlm fatsirnya berkata, dalam ayat ( وعد الله حقّــا ) ini terdapat 3 ‘taukid’ (pengukuh).
  • AYAT -1; Diakhiri dgn ( ونـُدخلُهم ظِلا ظَـلِيلا ), “serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi”.
  • AYAT -2; Diakhiri dgn ( ومَن أصدق مِنَ اللهِ قيلا ), “dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?”
Mudah-mudahan dgn sedikit penerangan ini, Allah swt menerangkan hati kita dalam memahami ayat2Nya ini, teruma diri saya sendiri. Sungguh berat benar amanah al-Quran ini untuk dipikul.. Kami berdoa kpdMu ya Allah, kuatkanlah hati2 ini d dlm agama dan beramal semata2 keranaMu Allah, amin..

Wassalam..

Rujukan;
Al-Quran, Tafsir Ibn 'Abbas, Tafsir Munir Pro. Dr. Wahbah, Tafsir al-Kashsyaf lil Zarkashi dan al-Burhan fi Taujih Mutasyabihil Quran lil Imam Karmani.

2 comments:

fadzil said...

ayat ke-56 tu macam sama dengan ayat yg dibaca oleh pemenang penceramah kecil dari indonesia kan?

mohd nazir said...

hm...pidacil ke?tk pasti la..nnt2 blh tengok lg..

Post a Comment