Thursday, March 11, 2010

Book of Records.

. Thursday, March 11, 2010

Pada 10|3|2010 - hari Rabu..


Dan akhirnya..
Sepanjang saya berada di Mesir ni, saya masih diberi kesempatan utk menjejaki ke salah satu daerah di Bumi Musa ini, iaitu Syibin el-Kom..Kawasan yang lbh krg mcm di Tonto juga.. Cume bezanya, di Shibin banyak parit2 besar atau anak2 sungai..Kalau di Tonto, sungai yg satu tu je..

Bertemankan kawan juga jiran rumah, juga sbg Mursyih Siyahah, Ust. Ismail Naem, akhirnya sampai juga tempat yang dituju, walaupun terlewat setengah jam..

Sebenarnya, pendiskusi yang selayaknya adalah kawan saya sendiri, Ust Nahi Hasbullah. Iaitu salah seorang dari penyusun buku “PENGENALAN RINGKAS ILMU QIRAAT". Pun begitu, saya tetap cube jua untuk buat yg terbaik dalam penyampain ini. Walaupun buku itu nampak ringkas, tetapi ia tetap memberi manfaat utk kita semua...

Dalam slot selama lebih kurang 2jam itu, saya cube menghuraikan sub2 tajuk dan isi2 yang terdapat di dalam buku tersebut. Dlm masa yg sama, beberapa kesilapan juga yang termampu saya perhatikan, telah pun diperbaiki, sama ada kesilapan ejaan, fakta2 dan lain2 lagi..

Sebagai contoh;
M/s; 5.
Matan as-Syatibi.
".. beliau menjadikan Kitab Tahbir at-Taisir sbg sumber rujukan di dalam karangan beliau".

- Yg betulnya, Kitab at-Taisir sahaja. Kerana kitab Tahbir at-Taisir adalah ktb krngn Ibn Jazari, rujukan bg Matan Dhurroh. Manakala Kitab at-Taisir, adalah kitab krngn ad-Dani (wft:444H).

Matan al-Jazari.
- Bukannya Jazari, ttpi Ibn al-Jazari (wft; 833H).
"Sumber rujukan di dalam menulis matan beliau ialah Kitab at-Taisir, Kitab Nasyrul Asyri dan Kitab at-Thoyyibah".

- Yg betulnya, Kitab an-Nasyr shj. Iaitu kitab krngn Ibn Jazari juga.

Walaupun ini first time membincangkan tajuk tersebut, rasa ketidakpuasan tetap ada. Maklumlah, kali pertama.. isi2 penting pun de yang tk sempat nk dikeluarkan. Fakta2 pun kekadang ada yang kurang jitu..

Harapan saya kpd semua, diharapkan dapat meniru jejak langkah DPM Syibin el-Kom, ini kerana saya merasakan buku itu patut diduskusikan, terdapat beberapa pembetulan dan supaya kita lebih faham berbanding hanya membeli dan membacanya sahaja.

Tammat..

0 comments:

Post a Comment