Friday, March 26, 2010

Kenapa dgn Ejaan tu?..

. Friday, March 26, 2010

"DIA BERKATA DAN KATAKANLAH.."


Kembali lagi kita dalam liqo’ maya ini yg mudah2an kita semua sentiasa dalam naunganNya, amin..

Suatu malam..
Seperti biasa saya mula memprepare utk tasmik esok harinya. Hm, quran ini kena selalu diulang. Lagi2 kalau tak mantap saya ini. Sana lubang, sini lubang.. Ini yang kena tasmik je selalu. Tahun ini, alhamdulillah sy diberi keizinanNya untuk tasmik lagi sekali melalui riwayat Hafs, Toriq Toyyibah di Masjid Said Ahmadi, Tonto dgn Syeikh ‘Abdul Mun’im an-Najjar. Selama 4 tahun hampir, barulah thn ini berkeizinan utk bertalaqqi di Tanah Ahmadi, tempah lahirnya Dr. Yusuf Qordhowi, tempat mula membesarnya Syeikh Sulaiman Jamzuri (penulis Matan Tuhfatul Atfal) dan masjid ini juga menjadi sejarahnya dlm beliau mula mempelajari ilmu tajwed dr gurunya, Syeikh al-Mahi.

Ceritanya gini.. Sesampai je ayat terakhir surah an-Ambiyak (ayat; 112).. tetiba mata saya terpeka pada kalimah pertama ayat tersebut. Iaitu kalimah ( قـال ). Mulalah terpikir di benak, aik.. kenapa tak de Alif pulak??? Kenapa cuma ( قـل ) je?? Ni mesti ada kaitannya dengan kaedah resam atau Qiraat.. Kerana sblm ini kami memang ada belajar subjek khas ttg Resam Uthmani dalam bilik kuliyah..

Saya mula membuka al-Quran Qiraat.. Barulah tahu, memang ada pape pun. Memang ada kaitannya dgn bacaan Qiraat. Sebabnya Imam Hafs shj membaca ayat tersebut dgn ( قال ), iaitu dgn mengekalkan Alif selepas huruf Qof. Manakala Imam2 Qiraat yg lain pula membaca dgn ( قل ), iaitu tanpa Alif.

Begitu juga yg berlaku pada ayat ke-4, dlm surah ini. Tetapi yg membaca dgn ( قال ) ialah Imam Hafs, Hamzah, Kisae dan Kholaful ‘Asyir. Selain dari mereka dgn (قـل ).

Saya membuat simpulan bhw, kaedah Resam Uthmani sememangnya meraikan atau berhubung rapat dgn bacaan Qiraat lain. Sbbnya mungkin, jika kalimah tersebut hanya ditulis dgn perkataan ( قال ), sudah pasti tidak boleh dibaca dgn ( قل ), kerana kalau dh tertulis dgn Alif = ( قال ), mesti dgn Alif juga bunyinya, mesti dibaca dgn panjang. Sebaliknya jika dgn ( قـل ), kita boleh berihtimal atau membuat andaian, nak baca dgn panjang pun blh. Caranya cuma letak je ‘Alif Kecil’ selepas huruf Qof itu. Contohnya mcm dlm surah al-Fatihah; ( ملك يوم الدين ). Kat sini kita baca dgn panjang, dgn hanya tambah ‘Alif Kecil’ shj lps huruf Mim.. Boleh jug abaca dgn tanpa Alif, iaitu bagi Qiraat selain ‘Asim, Ya’qub, Kisae dan Kholaful ‘Asyir.

AYAT; 4.
Bermaksud’
“(Bagi menjawab mereka, Baginda pun berkata); ‘Tuhanku Mengetahui tiap-tiap perkataan (yg dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk2) di langit di bumi, dan Dialah jua Yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Dari segi sebab atau ‘illahnya pula (Taujih Qiraat).

( قال ) : ( فعل ماض ). Yang bermaksud; “Dia berkata”. Perbuatan ‘berkata’ ini disandarkan kpd Nabi saw. Jadinya; Nabi saw berkata..

Jika ayat ini dgn ( قال ), iaitu Allah swt hendak menceritakan kpd kita bahawa Nabi saw pernah menjawab tohmahan orang2 Kafir yg menyatakan bhw Nabi Muhammad ini hanya manusia biasa je, mcm mereka juga. Jadi, Nabi saw pun menjawab dan jadilah makna ayat ini; “Menjawab Nabi saw sambil berkata kepada mereka itu, sesungguhnya Tuhanku Dialah Allah Yg Maha Mengetahui yg ghaib sama ada yg di langit dan bumi. Dia Tahu juga yg sembunyi dan yg nyata, sesungguhnya Dialah Yg Mh Mendengar lg Mh Mengetahui”.

• ( قـل ) : ( فعل ٲمر ).
Yang bermaksud; “Katakanlah wahai Muhammad..”. Ini adalah krn Allah swt telah menyuruh agar Baginda saw berkata sedemikian kpd puak Kuffar krn keingkaran meraka dan apa yg dibawa oleh Baginda saw ini…

Jadilah makna ayat ini; “Lalu Allah swt pun menyuruh Nabi saw berkata: Tuhanku itu Maha Mengetahui kata2mu dan setiap kata2 sesiapa pun sama ada yg di langit dan di bumi. Dialah juga yg Mh Mendengar semua itu dan Yg Mh Mengetahui hal ehwal makhluknya”.

Untuk kedua2 bacaan ini, ianya berkaitan dgn ayat sebelumnya, iaitu ayat ke-3, bermaksud;
“Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang2 yg zalim itu, berbisik-bisik sesame mereka dgn berkara; ‘Bukanlah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu?. Maka patutkah kamu turuthadir mendengar sihir yg bidawanya itu sedang kamunampak dan mengetahui karutnya?’ ”.

Beginilah Nabi kita dihina, dituduhnya Nabi kita ini pensihir, dikatanya seorang dukun, seorang gila. Tak kurang yg menghina dgn kata, dia Cuma mengada-adakan cerita je.. Pasti pedih hati Nabi kita memerimanya ejakan2 yg tajam lagi menyusuk. Tetapi Nabi kita tetap sabar dan berdoa krp Tuhannya.. krn Baginda saw tahu, Baginda hanya penyampai shj. Krn juga, tdklah Baginda berkata2 melainkan dtgnya wahyu dr Tuhannya..

Ayat; 112.
Bermaksud;
“(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata; ‘Wahai Tuhanku, hukumlah ( di antara kami dengan mereka) dengan yg benar, dan Tuhan mali ialah Yg Melimpah-limpah RahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”.

Dari segi sebab atau ‘illahnya pula (Taujih Qiraat).

• ( قال ) : ( فعل ماض ). Yang bermaksud; “Dia berkata”. Iaitu Nabi saw berkata dlm mengadu kpd Tuhannya agar dirinya dan kaumnya diadili, krn Dialah Tuhan Yg Mh Luas RahmatNya pd semua perkara.

• ( قل ) : ( فعل ٲمر ). Yang bermaksud; “Katakanlah wahai Muhammad..”. Sama juga seperti ayat ke-4 tadi. Iatu Allah menyuruh Nabi kita agar berdoa sepertimana yg terkandung dlm ayat 112.

Kesimpulannya yg dpt sy andaikan di sini ialah, marilah sama2 kita membaca al-Quran lbh2 lagi dgn mentadabbur, tidak hanya pd maknanya semata2. Bahkan tdk kurangnya tadabbur pd bentuk tulisannya, tanda2 yg tertulis dlm mashaf dan apa jua yg terlintas dlm fikiran kita, krn pasti ada sebab musababnya..

Nabi kita adalag seorang ‘Ummi’, yg tdk mengerti membaca dan menulis. Akan ttpi ketidaktahuan Nabi ini bukanlah suatu kehinaan, bahkan ‘Ummi’ nya Nabi kita adalah suatu kemulian khas Baginda saw shj. Sekali gus, menolak tohmahan bhw Nabi mampu mereka-reka cerita, seorang sihir, seorang penyair yg memukau dan sbginya. Mana mungkin seorang penyair terkemuka yg mampu menghayalkan audian padahal dia tk reti menulis dan membaca?. Ini kerana, Nabi saw cuma melakukan apa yg diarahkan dan buat apa yg disuruh oleh Tuhannya itu..

Sebagai tambahan, ditegaskan bhw bentuk tulisan atau dipanggil dgn; “RESAM UTHMANI” itu adalah TAUQIFI. Kerana inilah pendapat Jumhur para ulama’ kita..

Rujukan;
Al-Quran dan terjemahannya, Al-Quran Qiraat, Al-Hadi –Dr. Salim Muhaisin, Al-Mustanir –Dr. Salim Muhaisin dan Hujjah al-Qiraat – Ibn Zanjalah.

0 comments:

Post a Comment