Wednesday, June 24, 2009

Bumi Nil ini..

. Wednesday, June 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB..1430H

Permandangan dalam tren 'Metro', dari Shoubro Khemah - Giza.

(gambar kiri) - Penggemar 'Musyakkal' sedang menunggu tempahan. 'Musyakkal' ialah sejenis makanan yang dari bahagian 'dalaman'blembu' yang digoreng dengan sedikit minyak. Seperti hati, pedal,usus sumbat nasi, kuftah dan lain lain-lain. Kemudiannya diisi di dalam roti bulat (ish baladi). Perhatian! Bagi mereka yang belum rasa, cubalah test try, sedap..

(gambar kanan & bawah) - Kedai jus buah-buahan yang diperah segar, seperti tebu, tebu+limau, jus pisang, limau, delima, carot, carot+air tebu, jus hind, mangga dan lain-lain. Kebanyakan jus ini disediakan tanpa camputan air. Kalau yang rabun mata, rajin-rajinlah minum air carot ni, murah n piaw.

(gambar atas) - Dewan Kuliyah al-Quran, tahun 3.
(gambar bawah) - Suasana nak Exam.. Lokasi; bangunan ini sedang dalam proses pembinaan.
(gambar; Kacang Full) Antara bidang pekerjaan masyarakat Arab Mesir ialah dalam sektor pertanian seperti bijian, sayur-sayur dan buah-buahan. Lokasi; berdekatan Masjid Makhzan, Shoubro, dekat dengan sungai Nil..Suasana lengang di pasar harian yang berdekatan dengan kediaman Syeikh Redha Salim. Waktu; lepas asar-maghrib. Waktu sebok; pagi-zohor, setiap hari..

4 comments:

fadzil said...

makanan 'musyakkal' tu sedap ke? balik nanti bolih la masakan untuk kita, kitaorang pon nak rasa jugaaaa :)

AiNnUr FaRihAh said...

waahh...seronok tgk gambar2 ni...:)

mohd nazir said...

jauh perjalanan..luas permandangan..kita dpt melihat sendiri kesan2 sejarah lampau,kesan2 saksi pengorbanan para Ambiyak terdahulu

~abu irsyad~ said...

huh...aku ghindu musyakkal kat massarah

Post a Comment