Monday, June 15, 2009

Hidup Merancana.. Hidup Direncana..

. Monday, June 15, 2009

بسـم الله …

Alhamdulillah.. Malam tadi dah selamat sampai ke Thaniah di Siberbay, Tonto.. Telah menjadi kebiasaan, cuti-cuti macam ni, kata kawan-kawan sekuliyah saya.. ‘Balik Kampung’. Mana taknya, Shoubro lah tempat pertama kami bilamana menjejakkan kaki ini di tanah subur Kaherah, yang kedudukannya dekat benar dengan Sg. Nil. Kalau nak pergi Sg. Nil, naik sahaja bas, tambangnya cume Nus Geneh je (50 sen) atau Bi Geneh (seringgit). Dalam 15 dah sampai. Lagi-lagi kalau musim padas ni, ramailah manusia yang keluar rumah dan 'menebeng' di tembok-tembok kaki Sg. Nil. Sana sani kita dapati manusia berpasang-pasangan, tak kurang juga yang datang sambil berkelah bersama keluarga. Ibu bapa tersenyum melihat riang tawa si anak bermain-main di tepian tembok Nil. Lagi sesuai untuk pasangan yang baru menamatkan zaman bujangnya, untuk tempoh berbulan madu. Pasti semuanya manis-manis belaka. Itulah satu-satunya sungai yang terpanjang di dunia ini. Punyai nilai sejarah yang tersendiri.

“Izayyak?” (Apa khabar?). Sapa seorang pakcik Arab pada kami yang sedang duduk berehat di kerusi panjang yang manghadap Sg. Nil itu..

“Alhamdulillah, tamam..Hadrotak ‘amil eh?” (Alhamdulillah, ok je, kamu pula?). Kami pula membalas. Sudah menjadi adat mereka bila berjumpa pasti bertanya khabar. Kadang-kadang tu, lama betul mereka berbual, semata-mata nak tau khabar rakannya. Walau apapun, selalu orang kata, "jauh perjalanan, luas pandangan". Bukan itu sahaja, malah kita dapat tahu serba sedikit adat sesebuah bangsa itu sendiri, tentang kepelbagaian jenis makanan, tentang sosio ekonomi dan sebagainya.

Perbualan kami berterusan hinggalah berkaitan soal negara Malaysia, tentang jumlah penduduk, peratus orang Muslim, tentang agama-agama di Malaysia. Dan antara yang pasti mereka ucapkan ialah “Malayziyin ahsannas..” (orang-orang Malaysia adalah sebaik-baik manusia). Sebenarnya kami dah lali dah dengan ucapan-ucapan sebegitu. Kami cuma dengar gitu-gitu je.

Sebenarnya cuti ini, macam-macam yang saya rencanakan. Nak buat itu, nak buat ini, nak pergi sana, pergi sini.. Tapi antara yang perlu sangat dibuat ialah, menyiapkan buku saya yang asyik tertangguh tu. Bile time kuliyah, memang tak sempat nak dijengok. Sebab sepanjang tempoh itulah, kami terpaksa sentiasa menghapal matan. Setiap hari, 5 bait syair dan kene ingat betul-betul. Tapi Pak cik Malas ni selalu juga datang menziarahi di hati kami, dan kemudiannya.. jadilah kami orang yang malas. Hmm..Ujian-ujian..Ya Allah, Kau tetapkanlah hati-hati kami ini di dalam agamaMu, amin...

Kadang-kadang terasa juga jauh di sudut hati ini, ‘susah juga je nak buat buku ni’.. Bukannya nak buat buku pun, tapi cedok sana, cedok sini. Gayong sana, goyang sini. Tapi apa yang penting, moga-moga ianya kan dipandang oleh Allah swt sebagai satu ibadah dalam menyampaikan ilmu-ilmuNya ini. Amin..

Untuk itu, dalam kesempatan ini.. Saya akan cube serba sedikit menceritakan tentang buku yang sedang saya edite itu. Buku tersebut berjudul 114 Soal Jawab al-Quran. Ianya merangkusi soal jawab berkaitan al-Quran, Qiraat, Nahu, Taujih Qiraat, Rahsia-rahsia dalam ‘Ijaz Tulisan dan sebagainya. Untuk lebih jelas saya bentangkan di sini beberapa contoh;

  1. Apakah kalimah paling banyak di dalam al-Quran dan berapa?
  2. Apakah surah yang dinamakan dengan sifat-sifat Malaikat?
  3. Berapa kalikah dan kenapakah kalimah ‘solat’ ditulis dengan huruf ( واو ); ( الصـلوة )?
  4. Apakah surah yang dimulai dengan lafaz ‘Tasbih’ dan diakhiri dengan lafaz ‘Tahmid’?
  5. Siapakah sahabat yang disebutkan di dalam al-Quran?
  6. Apakah 'hari' yang disebut di dalam al-Quran?
  7. Apakah bilangan nombor yang paling kecil di dalam al-Quran?
  8. Apakah surah yang mempunyai bilangan kalimah paling sedikit?
  9. Berapa kalikah ayat 'Sajadah' di dalam juz ‘Amma (juz 30)?
  10. Sebutkan jenis bintang-bintang ( الكواكب ) yang disebut di dalam al-Quran?

:: Cohtohnya ::
Untuk kalimah (الصـلوة ) ditulis sedemikian, tidak pula dengan Alif, iaitu dengan kaedah Imlai' ( صلاة ), kerana seolah-oleh hendak memberitahu kita bahawa peripentingnya pensyariatan dan kefarduan solat itu. Sebagaimana yang kita ketahui, Solat merupakan tiang agama, ianya juga menghubungkan antara hamba dengan Khaliqnya.

Kalimah (الصـلوة ) ialah ( طهارة البدن الباطن والظاهـر ) iaitu menyucikan badan yang batin dan zahir. Ianya juga merupakan satu amalan wajib dalam agama dan merupakan kunci zikir, iaitu mengingati Allah s.w.t. Tujuan lafaz-lafaz ini ditulis dengan ( واو ) adalah kerana untuk ( التـفـخيم والتـعـظيم ), iaitu kerana ‘membesarkan dan mengagungkannya’. Kita juga mengetahui sesungguhnya solat dan zakat itu merupakan tonggak atau tiang agama, sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Maryam, ayat; 31:

"Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup”.

- Sabda Nabi s.a.w:

( بين العبد وبين الشـرك تركُ الصلاة )
“Beza antara seorang hamba dengan seorang yang syirik ialah meninggalkan Solat”.

Ianya juga kerana hendak memberitahu bahawa huruf asal bagi kalimah (الصـلوة ) ialah ( صَـلـَوَ ), iaitu dengan huruf ( واو ). Wallahu Ta'la 'Alam..

Rujukan;

  1. Hadith: Muslim, no; 82, Abu Daud, no; 4678, At-Tirmizi, no; 2622. Ruj; Kitab al-Kabair, al-Hafiz Abi ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman bin Qoimaz az-Zahabi (663H-748H), M/s; 49.
  2. `Ijaz Resam Quran wa I’jaz at-Tilawah. Muhammad Syamlul, M/s; 165.
  3. Al-‘Ijaz al-Quran fi ar-Rasmi al-‘Uthmani, Abdul Mun’im Kamil Sya’ir, M/s; 114.
11.43am | الثلاثاء | Thaniyah, Siberbay

0 comments:

Post a Comment