Wednesday, June 10, 2009

Siapa Yang Bernama 'MARYAM'.

. Wednesday, June 10, 2009

Kutujukan artikel kali ini untuk insan-insan yang bergelar ‘wanita’ dan khasnya kepada mereka yang bernama MARYAM.. Tiada kaitannya diriku ini dengan siapa-siapa pun. Cume sekadar ingin menulis dan meraih Redha dari pemberi Thawab. Moga-moga iakan memberi manfaat untuk kita semua.

Pasti perfikir dibenak kita, MARYAM ialah ibu Nabi Isa ‘Alaihissalam. Tak pun MARYAM tu nama mak saya, atau nama teman sekedar dulu. Apa nak susah..MARYAM tu nama saya la.. Walau apapun, ia tetap berbaikatan dengan ‘wanita’ mahupun seorang ‘muslimah’.

TAHUKAH ANDA.

Tiada langsung nama-nama ‘wanita’ disebut di dalam al-Quran?. Walaupun banyak juga cerita-cerita yang berkaitan wanita ini. Contohnya, kisah Asiah, Siti ‘Aisyah dan sebagainya. Hatta kisah wanita pertama yang memeluk Islam pun, namanya tidak disebut di dalam al-Quran, iaitu Khadijah binti Khuwailid. Tetapi hanya MAYRAM sahaja yang disebut di dalam al-Quran. Nama beliau telah diulang di dalam al-Quran sebanyak 34 kali. Ini jelas sepertimana firmanNya dalam surah Ali ‘Imran, ayat; 42, yang bermaksud;

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu)”

KENAPAKAH ALLAH TIDAK MENYEBUT NAMA-NAMA WANITA?

Ini adalah kerana keadaan wanita itu sendiri hendaklah dilindungi, tidak didedah-dedahkan dan dipelihara. Sebagai contoh, mari kita perhatikan kisah 'pergelutan' perasaan antara cintanya Zulaikah dengan teruna idamannya itu. Lantas, mengapakah al-Quran tidak terus dengan jelas menyebut namanya? Cuba jika andaikan, adakah kita mahu kisah buruk atau cerita aib kita diketahui orang ramai? Malah sentiasa menjadi buat mulut masyarakat. Sudah pasti kita tidak senang bukan? Begitulah keadaan yang sama berlaku.

Dalam masa yang sama, marilah kita mengkaji dan membaca al-Quran selalu. Kita akan dapati kisah Nabi Yusuf, hanya terdapat dalam satu surah sahaja, iaitu surah Yusuf. Antara sebabnya adalah ini kerana, kisah ‘penggodaan’ Zulaikah ini hanya terjadi antara dia dengan Nabi Yusuf. Kisahnya tidak diulang-ulang di dalam al-Quran. Ini berbeza dengan kisah-kisah Nabi yang lain, seperti Nabi Musa dan sebagainya.

Sebab kenapakah nama MARYAM disebut di dalam al-Quran adalah kerana berkaitan ‘Aqidah’. Bagaimana?.. Cuma kita lihat pada apa yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani, mereka mengatakan; Al-Masih itu anak Allah. Sepertimana firman Allah swt dalam surah at-Taubah, ayat; 30, bermaksud;

“Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?"

Lantas Allah swt sendiri telah menolak tohmahan dusta itu, bahawa ‘Isa adalah anak Maryam dan Baginda juga sama seperti Nabi Adam juga. Hal ini kita dapat lihat melalui firmanNya dalam surah Ali ‘Imran, ayat; 59-60, yang bermaksud;

“Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu”

Begitulah Allah swt menyebut kisah-kisah terdahalu dengan pelbagai uslub, dalam gayabahasa yang tinggi. Hinggakan sang Musyrik pun mencuri-curi dengar bilamana mendengar Kalam Ilahi ini dibaca. Mereka percaya ia adalah Kalam Tuhan, tapi tetap jua hati mereka terhijap dek kerana takabbur yang menyelubungi mereka. Moga-moga kita kan menjadi umat Muhammad saw yang berpegangkuat pada agamaNya ini. Amin..

Rujukan;

  1. Faraid al-Quran wa Rawai’ al-Bayan, Dr. Nasr Sa’id ‘Abdul Maqsud, Pensyarah di Kuliyah Pengajian 'Ulum al-Quran al-Karim, Uni. Al-Azhar, Tanta, Mesir, cetakan ke-2 (2008/1429).
  2. Mabahis fi 'Ulum al-Quran, Pro. Dr Amin Muhammad 'Atiyyah Basya & Dr. Usamah 'Abdul 'Aziz Basya, Pensyarah Tafsir dan 'Ulum al-Quran, Uni. i. Al-Azhar, Tanta, Mesir.

2 comments:

Anonymous said...

"sesungguhnya allah lebih tahu tentang apa yang kamu tidak ketahui "

Abu Irsyad said...

ni la pekdah org belajar ILMUQURAN. ha ada lebih, bagi-bagi. Sebab ilmu x kurang mcm harta.Ok...aku dapat, pompuan yg ikut Quran xkan over exposed?apatah lagi just for entertain...hati-hati si lelaki

Post a Comment