س ل ا م ت - ڤ ڠ ا ن ت ن - ب ارو
Tibalah masanya yang dinanti-nanti oleh setiap yang berstatus students, tullab, pelajar, mahasiswa, mahasiswi atau jua kakitangan pekerja. Cuti..Musim Mengawan?? Ya, itulah tajuk entry kali ini yang akanku hidangkan untuk kalian semua.
Sejarah ketamadunan agung Mesir telah menyaksikan kehebatan umat mereka. Mesir telah sinonim dengan kalimah; Musa-Firaun. Tetapi tahukan kita Firaun yang manakah hidup sezaman dengan Nabi Musa as? Adakah kesemua Firaun itu jahat dan zalim?
Ringkasnya, menurut pandangan ramai ahli sejarah, Ramses II lah yang hidup sezaman dengan Nabi Musa as dan dialah yang menindas Bani Israel. Dia juga yang paling lama memerintah Mesir. Dan kini, pemerintah negara Mesir yang paling lama dan masih bertahta ialah Husni Mubarak.. Tapi tiada kaitan pun dengan firuan ini. Saja-saja saya menambah.
Siapakah Firaun Monotheistik Amenhotep IV?
Secara tuntasnya, beliau merupakan seorang firaun yang berbeza daripada yang lain. Beliau telah mempertahankan agama yang dipercayai wujudnya hanya SATU PENCIPTA!! Beliau telah menerima tentangan hebat daripada paderi-paderi Ammon yang memperolehi pelbagai manfaat daripada fahaman politheistik. Paderi-paderi ini dibantu oleh sekumpulan tentera untuk membunuh firaun tersebut. Beliau ialah Amenhotep IV yang menaiki tahta pada kurun ke-14SM.
Dipendekkan cerita, beliau dan keluaganya telah berpindah ke suatu tempat dan menjadikan ia sebagai satu bandar baru dan moden, yang dikenali sebagai Akh-en-anon. yang bermaksud; "Kepuasan Amon". Beliau sendiri telah menukar nama itu kepada Akh-en-aton yang bermaksud; “Menyerah Diri kepada Aton”. Menurut Amenhotep, Aton adalah “Pencipta Langit dan Bumi”. Beliau menyamakan gelaran itu dengan ALLAH.
- Tempoh mereka yang berada di antara 2 ٌRasul. (contohnya; di antara zaman Musa as - Muhammad saw merupakan satu jarak tempoh yang jauh)
- Zaman yang ada Rasul, tetapi tidak sampai seruan dakwah kepada mereka. Mereka semua itu berjaya (tidak masuk neraka).
::Bermulalah Episod Seorang ‘Aris dan ‘Arisah::
‘Jemputan ke Majlis Walimatul Urus Kami..’
..Kad Jemputan Perkahwinan..
Dulu pernah saya tanya-tanyakan kepada seorang Pengetua MITIB, Ust Anas b Yaakob;
4 Mei 2009.
Saya cuba menalipon teman lamaku di
“Mal, selamat pengantin baru..” Ucapku padanya.. “Terima kasih..” balasnya sambil tersenyum-senyum bercampur gelak miangnya.. “Best wak..syok..”. Adus.. Kamal ni. Saja je nak kenekan aku. Terbakar je dengar dia cakap. Tak abis-abis asyik itu je yang diucapkan.. Entah berapa kalilah dia ulang-ulang macam tu..
“Gani, selamat pengantin baru..”. “Terima kasih wak..”. Gani ni lain pulak staillnya. Cool je..tak lah macam si Kamal tu. Asyik nak bako je kerjanye. Hish..macam-macamlah budak-budak ni..
Untuk kawan-kawanku..selamat pengantin baru.. Ingatlah aku ni..::Apakah Ucapan yang Dianjurkan oleh Baginda saw?::
- Kita disunatkan mengucapkan ucapan sebagaimana Sabda Nabi saw;
( بَارَكَ اللهُ لَك وَبَارَك عَلَيْك وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْر )
“Semoga Allah swt memberkati kamu dalam perkara kebaikan dan memberkati atas perkara yang melanda kamu dan dihimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan”.
( اللهُـمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ )
“Ya Allah ampunilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang Dikau rezekikan kepada mereka”
Juga kutujukan ucapan ini kepada kalian yang akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Juga kepada teman serumahku yang akan melansungkan majlis mereka dalam beberapa hari lagi. Mabruk..
Rujukan;
- Kaum-kaum Yang Pupus, Harun Yahya, Saba Islamic Media (April 2003).
- Arjuzah Jauharah at-Tauhid, Jilid; 1 (2006-07M/1427-28H).
- Adab al-Khitbah waz Zifaf, 'Abdullah Nasih 'Ulwan, Darus Salam, cetakan ke-9 (200M7/1428H).
- Pengalaman sendiri.
2 comments:
salam,... dah letak gambar tu
mal..kau letak gmbo tu kat mana???
Post a Comment