Alhamdulillah, semalam, 7.6.2009... saya baru sudah mengakhiri imtihan akhir tahun. Moga-moga apa jua segala yang dibaca dan dipelajari itu, mudah-mudahan ada ada redaNya dan ada berkat dariNya. Amin..
Saya berasa sangat-sangat bersyukur dan terasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk belajar di Mesir ini. Lebih-lebih lagi dalam Kuliyah al-Quran ini. Memang terus berkaitan dengan al-Quran itu sendiri. Belajar dan mengkaji kemukjizatan Kalam Ilahi yang teragung itu.
Saya teringat ketika masih saya balik bercuti beberapa tahun dulu, seorang Ustaz telah berceramah di Masjid depan halaman teratak saya, Ujarnya;
Terus dia membuat satu contoh supaya audian Jemaah masjid dapat faham dengan lebih jelas, lantas dia mengambil sehelai kertas sambil berkata;
Beliau ialah Ustaz Khairuzzaman bin Abdul Kadir. Seorang penceramah bebas, penasihat motivasi dan perunding syariah. Beliau merupakan seorang lepasan Uni. Azahr dan kini telah memiliki (MA) U.Malaya beberapa tahun yang lalu.
Sedar tak sedar, rupanya saya dah habis exam untuk tahun 3 ni. Memang tak sedar, kan? Rupanya masa dirasai itu, seolah-olah berlalu tanpa disedari, malah boleh kita katakan, masa 'berlari' dengan begitu pantas tanpa menhiraukan sasiapa pun. Lagi dirasai, apabila teman-teman Arabku mengucapkan; "Kullu sanah wenta toiyib..kita jumpe tahun 4 depan!!" Ish, cepatnya masa berlalu.. Apa pun saya dan sudah semestinya teman-teman seangkatan pasti mendoakan agar kita semua akan naik tahun kelak dan Najah semua madah. Dan yang paling penting selepas yang penting, keberkatan ilmu itu sendiri.
Hm.. Izinkan saya menyingkap satu tabir kenangan ketika imtihan tempoh hari. Ada yang kelakar sikit.. Ada jua yang mencemaskan.. Yang kelakar tu, masa saya imtihan Quran Syafawi. Alhamdulillah, kami pelajar wafidin (pelajar selian orang Mesir), dapat dengan Doktor kesayangan kami tu, juga kesayangan pelajar-pelajar Arab sendiri, Dr Nasr 'Abdul Maqsud. Itulah namanya. Ceritanya begini... Sejurus saya masuk bilik beliau, soalan pertama yang diajukan tuk saya ialah;
Alamak..soalannya nampak macam ringan je. Tapi susah nak jawab tu. Dengan yakin saya menjawab "De 3 tempat sahaja".
Beliau menyoal kembali untuk keyakinkan saya. Soalnya lagi "Kat mana je?"..
"2 tempat dalam surah al-Ahzab, 1 lagi dalam surah an-Nur.." Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke jawapan saya tu. Beliau tersenyum kecil dan katanya; "Ada 13 tempat sahaja!". Saya tersenyum segan. Malu.. sebab jawapan tak betul.
Soalnya lagi "Sila baca tempat pertama di dalam al-Quran".. Huh..saya terbisu sebentar, memikirkan apalah jawapannya ni.
Tak lama kemudian, terus beliau membaca ayat;
Ada satu ketika, bilamana saya sedang menunggu bas, depan mata saya sendiri, Dr. kuliyah kami berebut-rebut naik bas, bersaing-saing dengan pelajar-pelajar lain. Sebenarnya suasa sebeini adalah biasa dan lumrah di Mesir ini. Maka tak hairanlah bagi warga Mesir, tapi cukup hairan bagi pelajar-pelajar yang baru sampai ke Bumi Kinanah ni. Seolah-oleh mereka ini sama sahaja dengan orang lain. Adakala beliau hanya berjalan kaki sahaja menyusuri jalan pulang dari kuliyah. Ah..sayupnya hati ini melihat suasa seperti ini. Memang berbeza kita di tanahair. Betapa mulianya mereka di sisi kami. Malah lebih mulia di sisi Khalid al-Makhluq. Tetapi sederhana dalam kehidupan. Ya Allah, Dikau kurniakanlah kepada kami sifat, hati yang hening dan abad yang luhur agar kami beradab denganMu dan makhlukMu..
Ya Allah, Kau peliharalah guru-guru kami, yang telah mewaqafkan dirinya untuk pelajar-pelajar demi agamaMu ini. Panjangkanlah usia mereka ini, supaya sekalian alam ini mampu memanfaatkan sepenuh-penuhnya mereka. Jadikanlah apa yang ada pada mereka, cebisannya terpancar dalam diri kami juga. Amin..
Untuk akhirnya, Imam an-Nawawi pernah berkata dalam kitabnya; at-Tibyan: "Kami telah meriwayatkan dari Uthman RA, katanya, Baginda SAW telah bersabda;

"Apa-apa yang berkaitan dengan al-Quran, adalah Mulia"..
Terus dia membuat satu contoh supaya audian Jemaah masjid dapat faham dengan lebih jelas, lantas dia mengambil sehelai kertas sambil berkata;
"Contohnya kertas ni, kalau ia digunakan tuk tulis ayat-ayat al-Quran, ia jadi mulia, kita tak boleh sewenang-wenang nk sentuh. Tapi kalau hanya ditulis untuk perkara-perkara biasa, macam surat khabar.. jadi macam biase jela.."
Beliau ialah Ustaz Khairuzzaman bin Abdul Kadir. Seorang penceramah bebas, penasihat motivasi dan perunding syariah. Beliau merupakan seorang lepasan Uni. Azahr dan kini telah memiliki (MA) U.Malaya beberapa tahun yang lalu.
Sedar tak sedar, rupanya saya dah habis exam untuk tahun 3 ni. Memang tak sedar, kan? Rupanya masa dirasai itu, seolah-olah berlalu tanpa disedari, malah boleh kita katakan, masa 'berlari' dengan begitu pantas tanpa menhiraukan sasiapa pun. Lagi dirasai, apabila teman-teman Arabku mengucapkan; "Kullu sanah wenta toiyib..kita jumpe tahun 4 depan!!" Ish, cepatnya masa berlalu.. Apa pun saya dan sudah semestinya teman-teman seangkatan pasti mendoakan agar kita semua akan naik tahun kelak dan Najah semua madah. Dan yang paling penting selepas yang penting, keberkatan ilmu itu sendiri.
Hm.. Izinkan saya menyingkap satu tabir kenangan ketika imtihan tempoh hari. Ada yang kelakar sikit.. Ada jua yang mencemaskan.. Yang kelakar tu, masa saya imtihan Quran Syafawi. Alhamdulillah, kami pelajar wafidin (pelajar selian orang Mesir), dapat dengan Doktor kesayangan kami tu, juga kesayangan pelajar-pelajar Arab sendiri, Dr Nasr 'Abdul Maqsud. Itulah namanya. Ceritanya begini... Sejurus saya masuk bilik beliau, soalan pertama yang diajukan tuk saya ialah;
"Berapa kalikah ayat ( يَأَيُّهَا النَّبِىُّ ) di dalam al-Quran?"..
Alamak..soalannya nampak macam ringan je. Tapi susah nak jawab tu. Dengan yakin saya menjawab "De 3 tempat sahaja".
Beliau menyoal kembali untuk keyakinkan saya. Soalnya lagi "Kat mana je?"..
"2 tempat dalam surah al-Ahzab, 1 lagi dalam surah an-Nur.." Sebenarnya saya pun tak pasti betul ke jawapan saya tu. Beliau tersenyum kecil dan katanya; "Ada 13 tempat sahaja!". Saya tersenyum segan. Malu.. sebab jawapan tak betul.
Soalnya lagi "Sila baca tempat pertama di dalam al-Quran".. Huh..saya terbisu sebentar, memikirkan apalah jawapannya ni.
Tak lama kemudian, terus beliau membaca ayat;
( يَأَيُّهَا النَّبِىُّ حَسْبُكَ اللهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ المُؤْمِنِينَ )
- surah al-Anfal, ayat ke 64.
Ooo...terus saya sambung. Alhamdulillah..Syafawi kali ni saya kena 4 solan je. Tapi biasalah, macam kawan-kawan yang lain pun kena Ayat-ayat Mutasybihat (ayat-ayat yang mempunyai kersamaran dari segi ayat sahaja. Bukan dari segi hukum sepertimana yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ulum al-Quran). Rasenya kalau kawan-kawan Arab, lagi susah soalan-soalan mereka ni. Walau bagaimana pun, Alhamdulillah atas segala-galanya. Atas nikmat Allah yang memudahkan segala perkara, atas segala kurniaanNya dan atas nikmat-nikmatNya yang pasti kita tak kan sekali-kali mampu menghitungnya, kerana Dia sendiri telah mengatakan bahawa manusia itu takkan mampu membilang nikmat-nikmatNya. Walau sekali mengguanakan kalkulator sekalipun.- surah al-Anfal, ayat ke 64.
Dalam menyusuri kehidupan di bumi Saydi Badawi ini, khasnya di Jamiah (Universiti), bukan sahaja saya diizinkan untuk belajar di kuliyah-kuliyah formal. Tapi cukuplah saya ungkapkan "BELAJAR MELALUI TAUDALAN". Ya, itulah ungkapan yang selayaknya bagi insan-insan tepilih ini, 'Rasul' Allah di muka bumi Mesir ini kerana mereka membawa sifat-sifat Rasullullah SAW dalam membawa 'amanat' risalah. Merekalah guru-guru dan pensyarah kami. Keikhlasan mereka dalam mencurahkan ilmu-ilmu, kesederhanaan mereka dan ketinggian tahap memori mereka yang pastinya amat-amat saya kagumi. Otak mereka ni macam komputer, malah lebih baik dan pantas dari komputer. Klalaulah ada uslub Mubalaghoh yang tersesuai untuk mereka ini, pasti saya akan 'tiltle' kan khas untuk mereka.
Ada satu ketika, bilamana saya sedang menunggu bas, depan mata saya sendiri, Dr. kuliyah kami berebut-rebut naik bas, bersaing-saing dengan pelajar-pelajar lain. Sebenarnya suasa sebeini adalah biasa dan lumrah di Mesir ini. Maka tak hairanlah bagi warga Mesir, tapi cukup hairan bagi pelajar-pelajar yang baru sampai ke Bumi Kinanah ni. Seolah-oleh mereka ini sama sahaja dengan orang lain. Adakala beliau hanya berjalan kaki sahaja menyusuri jalan pulang dari kuliyah. Ah..sayupnya hati ini melihat suasa seperti ini. Memang berbeza kita di tanahair. Betapa mulianya mereka di sisi kami. Malah lebih mulia di sisi Khalid al-Makhluq. Tetapi sederhana dalam kehidupan. Ya Allah, Dikau kurniakanlah kepada kami sifat, hati yang hening dan abad yang luhur agar kami beradab denganMu dan makhlukMu..
Ya Allah, Kau peliharalah guru-guru kami, yang telah mewaqafkan dirinya untuk pelajar-pelajar demi agamaMu ini. Panjangkanlah usia mereka ini, supaya sekalian alam ini mampu memanfaatkan sepenuh-penuhnya mereka. Jadikanlah apa yang ada pada mereka, cebisannya terpancar dalam diri kami juga. Amin..
Untuk akhirnya, Imam an-Nawawi pernah berkata dalam kitabnya; at-Tibyan: "Kami telah meriwayatkan dari Uthman RA, katanya, Baginda SAW telah bersabda;
( خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَتلَّمِ القُرْأنَ وَعَلَّمَهُ )
"Sebaik-baik kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya".
0 comments:
Post a Comment