Friday, June 12, 2009

Musim Cuti..Musim Mengawan??

. Friday, June 12, 2009

س ل ا م ت - ڤ ڠ ا ن ت ن - ب ارو

Tibalah masanya yang dinanti-nanti oleh setiap yang berstatus students, tullab, pelajar, mahasiswa, mahasiswi atau jua kakitangan pekerja. Cuti..Musim Mengawan?? Ya, itulah tajuk entry kali ini yang akanku hidangkan untuk kalian semua.

Pasti sinonim denagn suasana bilamana menjelang ajazah akhir sanah (cuti akhir tahun) di Mesir ini. Kenduri sana sani, kenduri walimah, kenduri pindah rumah atau kenduri balik Malaysia. Ada juga yang sudah berplan nak berjalan-jalan dalam menitik sejarah peninggalan lama, mengenang kesan tinggalan sejarah para Ambiyak terdahulu. Malah tidak semata-mata mengenangkannya, tetapi lebih dari itu.. Kerana debu-debu pasir yang berterbangan di bumi ini, telah menyaksikan akan kedahsyatan bala’ Allah kepada mereka yang ingkar dan hujanan nikmat bagi yang beriman dan berserah sepenuhnya pada Allah dan rasulNya.

Sejarah ketamadunan agung Mesir telah menyaksikan kehebatan umat mereka. Mesir telah sinonim dengan kalimah; Musa-Firaun. Tetapi tahukan kita Firaun yang manakah hidup sezaman dengan Nabi Musa as? Adakah kesemua Firaun itu jahat dan zalim?

Ringkasnya, menurut pandangan ramai ahli sejarah, Ramses II lah yang hidup sezaman dengan Nabi Musa as dan dialah yang menindas Bani Israel. Dia juga yang paling lama memerintah Mesir. Dan kini, pemerintah negara Mesir yang paling lama dan masih bertahta ialah Husni Mubarak.. Tapi tiada kaitan pun dengan firuan ini. Saja-saja saya menambah.

Siapakah Firaun Monotheistik Amenhotep IV?

Secara tuntasnya, beliau merupakan seorang firaun yang berbeza daripada yang lain. Beliau telah mempertahankan agama yang dipercayai wujudnya hanya SATU PENCIPTA!! Beliau telah menerima tentangan hebat daripada paderi-paderi Ammon yang memperolehi pelbagai manfaat daripada fahaman politheistik. Paderi-paderi ini dibantu oleh sekumpulan tentera untuk membunuh firaun tersebut. Beliau ialah Amenhotep IV yang menaiki tahta pada kurun ke-14SM.

Dipendekkan cerita, beliau dan keluaganya telah berpindah ke suatu tempat dan menjadikan ia sebagai satu bandar baru dan moden, yang dikenali sebagai Akh-en-anon. yang bermaksud; "Kepuasan Amon". Beliau sendiri telah menukar nama itu kepada Akh-en-aton yang bermaksud; “Menyerah Diri kepada Aton”. Menurut Amenhotep, Aton adalah “Pencipta Langit dan Bumi”. Beliau menyamakan gelaran itu dengan ALLAH.

Pernah beberapa bulan lepas saya bertanya kepada seorang kenalan baruku yang datang ke Mesir semata-mata untuk mengumpul bahan kajian Phd beliau.. Afareez Abd Razak namanya (penulis buku "Alexander Bukan Zulqarnain"), yang dahulunya seorang pelajar Maahad Qiraat Shoubra dan terus melanjutkan pengajiannya di tanahair. Beliau mengambil jurusan Sosio-Sejarah di UIAM. Saya melontarkan soalan kepadanya “Adakah Firaun IV itu beriman?”. Beliau menjawab “Berdasarkan bukti-bukti yang saya dapati, dia beriman”. Pendek sahaja jawapan beliau. Tapi memang saya akuinya sebab sebelum ini pun saya pernah membaca sebuah buku tulisan Harun Yahya.. Oleh itu, mungkin Amenhotep IV bolehlah kita klasifikasikan sebagai golongan Ahli Fatrah. Ahli Fatrah ialah;

  1. Tempoh mereka yang berada di antara 2 ٌRasul. (contohnya; di antara zaman Musa as - Muhammad saw merupakan satu jarak tempoh yang jauh)
  2. Zaman yang ada Rasul, tetapi tidak sampai seruan dakwah kepada mereka. Mereka semua itu berjaya (tidak masuk neraka).

::Bermulalah Episod Seorang ‘Aris dan ‘Arisah::

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus Kami..’

..Kad Jemputan Perkahwinan..

Dulu pernah saya tanya-tanyakan kepada seorang Pengetua MITIB, Ust Anas b Yaakob; Cuba kita betulkan penggunaanya. Dari ‘Walimatul Urus ke Walimatul ‘Arus’.. Sebab ‘Arus tu bermaksud ‘perkahwinan’. Jawab Ustaz Anas “Nanti orang terkejut pulak, terpinga-pinga tak faham”. Pendek je jawapan beliau. Saya faham. Alhamdulillah..

4 Mei 2009.

Saya cuba menalipon teman lamaku di Malaysia, Kamal Ahmad & Abdul Ghani.. bak kata orang muda.. raja sehari itu sedang bermaharajalela di tanah yang subur dek limpahan cinta dalam jiwa yang menedak. Wah..canggihnya ayat ni.. Kamal (2 Mei), Ghani (3 Mei).

“Mal, selamat pengantin baru..” Ucapku padanya.. “Terima kasih..” balasnya sambil tersenyum-senyum bercampur gelak miangnya.. “Best wak..syok..”. Adus.. Kamal ni. Saja je nak kenekan aku. Terbakar je dengar dia cakap. Tak abis-abis asyik itu je yang diucapkan.. Entah berapa kalilah dia ulang-ulang macam tu..

“Gani, selamat pengantin baru..”. “Terima kasih wak..”. Gani ni lain pulak staillnya. Cool je..tak lah macam si Kamal tu. Asyik nak bako je kerjanye. Hish..macam-macamlah budak-budak ni..

Untuk kawan-kawanku..selamat pengantin baru.. Ingatlah aku ni..

::Apakah Ucapan yang Dianjurkan oleh Baginda saw?::

- Kita disunatkan mengucapkan ucapan sebagaimana Sabda Nabi saw;

( بَارَكَ اللهُ لَك وَبَارَك عَلَيْك وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْر )

“Semoga Allah swt memberkati kamu dalam perkara kebaikan dan memberkati atas perkara yang melanda kamu dan dihimpunkan kamu berdua di dalam kebaikan”. Riwayat at-Tirmizi.

( اللهُـمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَبَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ )

“Ya Allah ampunilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang Dikau rezekikan kepada mereka” Riwayat Muslim.

Juga kutujukan ucapan ini kepada kalian yang akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Juga kepada teman serumahku yang akan melansungkan majlis mereka dalam beberapa hari lagi. Mabruk..

Rujukan;

  1. Kaum-kaum Yang Pupus, Harun Yahya, Saba Islamic Media (April 2003).
  2. Arjuzah Jauharah at-Tauhid, Jilid; 1 (2006-07M/1427-28H).
  3. Adab al-Khitbah waz Zifaf, 'Abdullah Nasih 'Ulwan, Darus Salam, cetakan ke-9 (200M7/1428H).
  4. Pengalaman sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

salam,... dah letak gambar tu

mohd nazir said...

mal..kau letak gmbo tu kat mana???

Post a Comment